Sabtu, Mei 15, 2021

Ralat yang terbit akibat satu perjalanan jauh disangkakan dua perjalanan berlainan

Salam siang 3 Syawal. Ada satu ralat mesti ditangani sebelum dapat meneruskan dengan proses-proses seterusnya melibatkan senarai perjalanan-perjalanan saya sejak tahun 1989...


Selepas selesai mempersembahkan artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain jam 9.19 malam semalam proses seterusnya perlu dilakukan adalah mengatur kembali semua perjalanan dalam senarai menurut turutan kronologi iaitu bilakah ia sebetulnya berlaku. Ini penting untuk membuat analisis tren/corak perjalanan. Baru nampaknya misalnya ada perjalanan dilakukan berturut-berturut dalam satu bulan. Masuk hujung minggu aje keluar berjalan. Dan ada mengikut tema tertentu, misalnya dalam tempoh waktu 2-3 bulan itu menjejak bukit-bukit yang ada signifikan tertentu di sekitar Kuala Selangor. Ada masanya pula menurut gerak untuk menyelesaikan beberapa perkara seraya menggali sejarah tersembunyi melibatkan Kesultanan Perak.

Proses ini mengambil masa. Dan ia bertambah masa apabila terjumpa kenyataan seperti dalam gambar atas di mana ada satu tajuknya "Pantai Timur penghujung 2010" yang telah diletakkan sebagai perjalanan ke-23 paling jauh dalam keseluruhan senarai. Ada pula "Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2010" yang diletakkan sebagai perjalanan ke-13 paling jauh. Semakan perlu dibuat untuk menentukan perjalanan manakah  yang telah dibuat lebih dahulu supaya dapat diletakkan menurut turutan kronologi yang tepat. Keperluan ini tidak muncul dalam senarai menurut jarak kerana penekanan cuma diberikan pada yang mana lebih jauh itulah yang didahulukan dalam senarai.

Bila dua perjalanan tersebut diletakkan dekat-dekat untuk membina senarai baru baru tersedar bahawa kedua-duanya merujuk pada artikel kompilasi yang sama iaitu Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur". Terus timbul rasa pelik. Ait? Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana boleh merujuk pada perjalanan yang sama sedangkan satu dianggarkan meliputi jarak lebih 1,800 km, satu memberikan jarak tepat (berdasarkan meter kereta) iaitu 2,367 km? Nampaknya harus dirujuk lakaran peta bagi 'kedua-dua' perjalanan untuk dibuat bandingan...


13. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011

Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 715 km. Lihat sini.


Bahagian 2 : Lakaran mudah 944 km. Lihat sini

Jarak berdasarkan lakar mudah = 1,659 km (715 km + 944 km). Jarak sebenar = 2,367 km (ditunjukkan pada meter kereta). Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".

----------

Adapun peta dan maklumat atas disalin daripada artikel Senarai perjalanan terjauh - 1 hingga 20. Peta dan maklumat bawah disalin daripada artikel Senarai perjalanan terjauh - 21 hingga 40.

-----------

23. Pantai Timur 2010


Lakaran mudah hampir 1,600 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".

---------


Nampak macam dua perjalanan berlainan sebab yang atas ada dua peta, yang bawah cuma ada satu sahaja. Tetapi kenapa boleh merujuk pada artikel kompilasi yang sama? Kenapa juga berlaku dalam tempoh masa sama? 

Ah. Saya boleh melakukan perjalanan 1,000 km pada suatu waktu dan 2-3 hari selepas itu melakukan lagi perjalanan 1,000 km meliputi tempat-tempat yang sama. Tapi kalau satu memakan jarak 2,367 km, satu lagi jarak 1,800 km dalam tempoh masa sama agak mustahil itu. Kerana perjalanan sebegini jauh bukan sahaja memakan masa. Ia amat memenatkan lalu memerlukan tempoh masa rehat sekurang-kurangnya seminggu antara perjalanan.

Setelah diteliti lagi ternyata ya memang ia merujuk pada perjalanan yang sama. Yang atas  "Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011" itu menggunakan dua peta supaya lebih banyak tempat dapat ditanda dan dihubungkan oleh Google Map, yang bawah nama "Pantai Timur 2010" pula meringkaskan perkara. Itupun peta pertama bagi yang atas ada kesilapan kerana sepatutnya dinampakkan perjalanan ke Gua Musang adalah melalui Simpang Pulai ke Ipoh. Bila dah buat begitu baru jelas kesamaan dengan "Pantai Timur 2010", cuma lebih banyak butiran. 

Pun begitu yang sebenarnya dapat meletakkan jarak 2,367 km pada "Pantai Timur Dis 2010" adalah artikel pertama dalam kompilasi berkenaan iaitu Perjalanan 2,367 km dan 4,743 gambar. Jelas sangat dinyatakan jaraknya. Entah kenapa boleh terlepas pandang lalu membuat anggaran lebih 1,800 km atas nama "Pantai Timur 2010". Apapun peta dan anggaran jarak perjalanan "Pantai Timur 2010" itu dibuat dalam keadaan agak gopoh supaya dapat menyiapkan Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa secepat mungkin. Selepas dikeluarkan 23 April baru terasa tidak cukup . 

Maka dimulakanlah proses untuk membina senarai yang lebih komprehensif, antaranya disebabkan hal perjalanan 2,367 km itu! Sebab apa? Sebab dahulu ketika hendak membuat senarai 50 perjalanan saya main "tebuk-tebuk" sahaja berdasarkan ingatan apakah perjalanan lama yang perlu diangkat masuk ke dalam senarai. Bila hendak membina senarai komprehensif baru menyemak satu persatu setiap perjalanan yang ceritanya ada ditulis dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU sejak dibuka penghujung 2006. Itu yang boleh menulis update berikut di Facebook kemudian meletakkannya dalam artikel  Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Satu proses perlu bagi melengkapkan analisis 25 April...


PUNYALAH BANYAK MENGEMBARA JAUH SAMPAI SATU PERJALANAN LEBIH 2,300 KM BOLEH TERLEPAS, PANDANG TIDAK DIMASUKKAN DALAM SENARAI 50 PERJALANAN TERJAUH

Salam petang Sabtu 12 Ramadhan. Adapun selepas mempersembahkan artikel 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa semalam fikir saya boleh buat dah artikel analisis tentang tren perjalanan saya sejak tahun 1989 hingga 2020. Namun timbul pula rasa tak cukup. Kena betul2 melihat perjalanan2 lain yang tidak dimasukkan ke dalam senarai tetapi ada diceritakan di blogspot. Bermula malam semalam saya pun menyemak setiap artikel lama sejak blogspot dibuka penghujung tahun 2006. Tapi ketika masuk ke tahun 2010 baru tersedar ada perjalanan memakan jarak 2,367 km dengan 4,743 keping gambar diambil tapi tak masuk langsung dalam senarai.

Allah! Bagaimana boleh terlepas pandang ini? Sedangkan saya telah mengambil masa 4 bulan untuk menulis semua artikel berkenaan perjalanan tersebut - ada 123 buah disenaraikan dalam kompilasi  dan ada lagi 108 artikel tiada dalam kompilasi tapi ada dibuat dalam blogspot SENI LAMA MELAYU. Lainlah ada satu perjalanan sekitar 2,000 km sekitar tahun 1998-1999 diabaikan kerana tidak pernah menulis cerita tentangnya dan banyak pun tak ingat. Hal ini menunjukkan betapa banyak perjalanan jauh sudah buat sehingga boleh terlepas pandang...

-------------


Rupa-rupanya ia ada dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa yang keluar 23 April. Yang terlepas pandang sebenarnya adalah artikel pertama dalam kompilasi perjalanan sudah menyatakan ia memakan jarak 2,367 km. Disebabkan terlepas pandang itu saya membuat anggaran lain lalu terbitlah jumlah lebih 1,800 km. Ini menjadikan ia perjalanan ke-19 lain jauh dalam senarai.

Alhamdulillah. Setelah menyatakan hal ini baru boleh dibuat pembetulan berkenaan. Ini bermakna perjalanan sama yang dinyatakan sebagai 23 paling jauh dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain, kekalkan apa yang dinyatakan sebagai 13 paling jauh. Dengan itu perjalanan ke-24 terjauh dalam senarai harus dianjakkan naik ke-23, 25 jadi 24, 26 jadi 25 dan sebagai. Apabila perjalanan ke-60 dinaikkan ke-59 maka tinggal satu tempat kosong dalam senarai 60 terjauh. 

Nasib baik terus nampak solusi bagaimana mahu mengisinya. Ambil kembali perjalanan 'tercorot' dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa yang dahulu dinyatakan sebegini :-


50. Hol Gunung Jerai 2017 -  sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017.


Ia telah 'ditendang' keluar daripada 60 terjauh apabila membina senarai baru lalu menjadi nombor 63 di bawah kategori "Lain-lain perjalanan yang tidak boleh diabaikan" dalam  Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain (diatur menurut kronologi, bukan menurut jarak).  Pembetulan pembetulan berkenaan harus dibuat pada artikel ini malah tajuknya pun perlu diubah menjadi "Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain". Ia kerana jumlah 172 perjalanan harus dikurangkan menjadi 171.

Jumlah jarak keseluruhan semua perjalanan yang dinyatakan sebagai jumlah 181,189 km juga harus ditolak 1,800 km menjadi 179,389 km. Dibahagi dengan  ukurlilit bumi di garisan khatulistiwa iaitu 40,075.017 km  jadi 4.476. Dibahagi dengan ukurlilit membujur mengikut kutub utara dan selatan iaitu 40,007.86 km jadi 4.483. Maka jadi kurang sedikit 4.5 kali pusing bumi, bukan lebih seperti dinyatakan sebelum ini. Purata jarak bagi setiap perjalanan pula berkurang sedikit daripada 1,053 km menjadi 1,049.

Cukup sudah perkongsian ini supaya boleh disertakan dengan nota ralat pada pembetulan artikel-artikel yang 'terjebak'. Hmm. Ada baik "Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain" dijadikan artikel baru, bukan setakat menyunting kembali Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 82 lain-lain dengan ralat. Malah ada baiknya setiap artikel yang 'terjebak' dijadikan artikel baru dengan pembetulan supaya jelas segala macam proses yang dibuat untuk membina kemuncak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan