Jumaat, April 23, 2021

Senarai perjalanan terjauh : Akhirnya Top Ten

Sampai masanya untuk memberitahu apakah 10 perjalanan saya yang paling jauh setakat ini. Untuk makluman senarai cuma mengambil kira jarak perjalanan di atas permukaan bumi sahaja iaitu di air dan darat. Kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Kalau ambil kira terus jadi banyak begitu sahaja. 

Misalnya kalau pergi Perancis jarak penerbangan pergi balik pun dah dekat 25,000 km. Kira 'tak aci' le sebab boleh sampai dalam tempoh tak sampai sehari sambil makan tidur makan tidur sahaja. Senarai mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan.  Maka bersambung kita daripada artikel  Senarai perjalanan terjauh : 20 hingga 11.


10. Misi HIKMAH IV 2013 


Lakaran mudah sekitar 2,300 km. Lihat sini. Namun meter kenderaan (motosikal kemudian kereta) menunjukkan jumlah 2,700 km. Lihat Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km.


9. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 


Lakaran mudah 2,658 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.


8. Cambodia penghujung tahun 2018 


Lakaran mudah lebih 2,900 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.


7. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 


Lakaran mudah 3,276 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi.


6. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 


Lakaran mudah 2,449 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung


5. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) 

Terbahagi kepada 3 bahagian :-


Bahagian Selatan.   Lakaran mudah kurang 1,000 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus hampir 1,100 km. 


Bahagian Utara Lakaran mudah lebih 1,500 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 1,600 km.


Bahagian Timur - Lakaran mudah kurang 1,300 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih daripada itu.

Jarak perjalanan keseluruhan harus sekitar 4,000 km (1,100 km + 1,600 km + 1,300 km). Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.


4. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007


Lakaran mudah lebih 3,500 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.


3. Pusing Thailand dengan kereta sendiri Disember 2017 


Lakaran mudah hampir 3,800 km. Lihat sini. Jarak sebenar menurut meter kereta 4,167 km. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.


2. Projek Daulah Melayu 2015-2016

Perjalanan boleh dibahagikan kepada beberapa sesi :- 


Recce - Lakaran mudah 1,520 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,550 km. 


Shooting Utara -  Lakaran mudah 1,266 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,300 km.


Shooting Melaka-Penang-Lenggong -  Lakaran mudah lebih 1,200 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,250 km. 


Sekitar Surabaya  -   Lakaran mudah 325 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 350 km. 

Jarak keseluruhan = 1,550 km + 1,300 km + 1,250 km + 350 km = 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016.


1. Kembara solo Eropah tahun 1995 


Lakaran mudah lebih 5,122 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 38,167 km (2,700 + 2,800 + 3,000 + 3,300 + 3,850 + 4,000 + 4,000 +4,167 + 4,450 + 5,900). Julat jarak perjalanan adalah 2,700 km hingga 5,900 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan