Jumaat, April 23, 2021

Sepuluh perjalanan istimewa

Pada awal artikel Senarai perjalanan terjauh : 50 hingga 41 ada disebut begini :

... senarai 50 perjalanan terjauh saya setakat ini yang dapat diingati cukup butiran. Disebut cukup butiran kerana sebenarnya terdapat lagi perjalanan-perjalanan yang boleh membentuk senarai tetapi diabaikan kerana tidak cukup butiran. Bila cukup butiran baru boleh dibuat cerita-cerita yang cukup memuaskan. Jarak perjalanan pun dapat dikira lalu dibandingkan untuk membentuk senarai.

Sekarang biar diberitahu bahawa antara perjalanan yang boleh memasuki senarai 50 terjauh tetapi diabaikan adalah membuat liputan acara pertama lumba basikal Jelajah Mesra anjuran PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama lebih kurang seminggu keliling Semenanjung. Ketika itu saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times (1996-2001). Saya ikut sama sepanjang perjalanan bersama rombongan polis lalu mencapai jarak yang harus mendekati 2,000 km kalau tidak pun lebih. Pun begitu yang melekat dalam ingatan cuma aktiviti malam di Alor Setar juga mengikut seorang penyanyi baru (ke pelakon?) wanita yang baru mencipta nama lalu boleh tahan terkenal makan malam di Pulau Pinang. 

Kedua-dua cerita tidak sesuai dikongsikan kepada umum. Bilakah acara berlaku pun tak ingat, cuma harus sekitar tahun 1998 hingga 1999. Cari kat Internet pun tak jumpa rujukan walaupun masih boleh terjumpa cerita dan berita acara atas nama Jelajah Mesra PDRM tetapi bagi edisi-edisi yang jauh lebih lewat beberapa tahun kemudian. Lagipun ketika teringat tentang acara saya sudah menyiapkan senarai 50 perjalanan terjauh. Cuma mahu mengambil masa untuk mengeluarkan butiran, sesetengahnya sambil menggali kembali ingatan, satu proses yang memakan masa dan agak memenatkan.

Memikirkan itu terasa lebih elok perjalanan tersebut diabaikan. Selain itu terdapat beberapa perjalanan lain yang setiap satu melepasi jarak 1,000 km tapi tidak ingat juga butiran. Rasa malas hendak cuba mengorek kembali  ingatan kerana apa yang dapat disenaraikan pun sudah cukup banyak. Sebaliknya ada yang diingati segala macam butiran malah sudah dikongsikan cerita-ceritanya di blogspot tetapi jarak perjalanan tidak cukup untuk dimasukkan ke dalam senarai 50 terjauh  Namun ia cukup bermakna lalu harus disebut dalam satu senarai tersendiri yang dipanggil "Sepuluh perjalanan istimewa"




1. Mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 


Lakaran mudah kurang 900 km. Lihat sini.  Jarak sebenar sekitar  950 km malah boleh jadi lebih 1,150 km (ada satu bahagian perjalanan yang kurang pasti apakah dilakukan pada masa itu atau pada sesi perjalanan lain). Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000.


2. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 


Lakaran mudah kurang 700 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.


3. Aceh Feb 2010 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 144 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 170 km. 


Luar Banda Aceh - Lakaran mudah 780 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 800 km. 

Jumlah = 170 km + 800 km = 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...


4. Brunei 2010 


Lakaran mudah 475 km. Lihat sini. Jarak sebenar  lebih 500 km.


Pulau Labuan - Lakaran mudah 67.3 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 70 km. 

Jarak keseluruhan = 500 km + 70 km (feri pergi balik ke Labuan) + 70 km = 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos


5. Sulawesi Selatan 2013 


Sekitar kota Makassar - Lakaran mudah 118 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus mendekati 130 km.


Luar Makassar - Lakaran mudah 486 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 500 km. Kalau tidak kerana masalah sakit akibat patah kaki tentu perjalanan dapat dilanjutkan sehingga mencapai jarak 900 km.

Jumlah = dekat 130 km + sekitar 500 km = sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation


6. Kalimantan Barat 2015 


Lakaran mudah 745 km. Lihat sini. Jarak sebenar kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled


7. Menyusur Sungai Johor 2015 


Lakaran mudah 927 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015


8. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang tahun 2016 


Lakaran mudah dekat 650 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus mendekati 700 km. Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016


 9. Tengah Sumatera 2017 


Lakaran mudah 855 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 900 km. Ia sepatutnya melepasi 1,200 km kalau tidak disebabkan masalah tertentu. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.


10. Aceh 2017 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah kurang 79.4 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 90 km.


Luar Banda Aceh - Lakaran mudah kurang 800 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 830 km. 


Pulau Sabang - Lakaran mudah 71.2 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 80 km. 

Jumlah = 90 km + 830 km + 80 km = 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak  8,320 km (950 + 780 + 970 + 640 + 630 + 800 + 950 + 700 + 900 + 1,000). Julat jarak perjalanan adalah 630 km hingga 1,000 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan