Lagi cerita shooting baru ini. Bersambung daripada Daulah Melayu - Ke Kedah untuk outdoor shooting pertama, naik Gunung Jerai.
Pagi Khamis 9 Julai 2015. Tim "Daulah Melayu" keluar lagi untuk penggambaran.
Kali ini kami menuju ke Jeniang sekitar 40 km ke arah timur-laut dari Sungai Petani. Kami mahu mencari satu tapak arkeologi yang tidak seorang pun daripada kami termasuk saya sendiri pernah sampai.
Dalam pencarian itu kami lalu di jambatan ini.
Ada pemandangan menarik sungai. Lihat artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...
Dengan bantuan kaki tangan balai polis Jeniang kami pun sampai ke tempat yang dicari.
Nampak pondok besi tu? Di dalamnya tersimpan sejumlah bukti kesan satu industri purba di utara.
Dalam kesibukan menyiapkan kamera dan alatan untuk penggambaran ada pula selingan.
Orang kampung situ menghadiahkan kami durian penuh satu kereta sorong! Kalaulah bukan sebab berpuasa tentu kami dah melantak di situ juga.
Kembali pada tujuan iaitu penggambaran.
Di sini terdapat tinggalan relau-relau purba yang masih menghampir bentul asal. Lihat artikel Tapak peleburan besi purba di Jeniang (Ancient iron smelting site at Jeniang) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Selepas melakukan sedikit aksi untuk kamera saya pun berlepas dengan satu kereta ke lokasi penggambaran seterusnya.
Ia adalah tapak arkeologi di Sungai Batu.
Di sini terdapat banyak tapak-tapak purba yang boleh menggambarkan betapa hebatnya industri besi yang pernah wujud di utara. Lihat penerangan dalam artikelSungai Batu, industri besi purba dan makam Sultan Muzaffar Syah I. Lihat juga artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-
Dekat jam 5 baru selesai penggambaran di Sungai Batu. Seterusnya kami ke makam Sultan Muzaffar Shah I, raja pertama Kedah yang dikatakan memeluk Islam. Letaknya cuma 2 km daripada tapak arkeologi...
Selain membuat penggambaran kami juga mahu berziarah. Turun pula hujan lebat yang memaksa kami berlindung lama dalam bangunan makam.
Setelah hujan reda kami berkejar ke arah Pantai Merdeka 30-40 km gitu ke barat-daya Sungai Petani.
Kami mahu ke Pulau Sayak menurut saranan seorang yang ditemui di Sungai Batu. Katanya ada hidangan enak mee udang di sini.
Sayangnya cuma satu sahaja restoran mee udang dibuka hari itu dan ia terletak agak jauh dari pantai. Apapun hidangannya enak dan di situlah kami melayan durian-durian yang diterima di Jeniang...