Bersambung dari artikel Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis ...
Perjalanan diteruskan untuk memasuki kawasan kampung lebih dalam...
Dahulu ketika masih bertugas di akhbar The New Straits Times terutama sebagai wartawan sukan, saya selalu juga berjalan-jalan di sekitar ini kerana meliputi hal-hal berkaitan sukan berkuda lasak atau endurance racing yang ada satu pengkalan di Terachi...
Lama kemudian iaitu baru sebulan kebelakangan, baru saya tahu bahawa kawasan ini memiliki makna tertentu yang lain dan lagi bermakna buat saya...
Oh... di sini saya turun kereta untuk melihat lebih dekat sebuah rumah kayu lama. Sangka saya, seperti sebuah rumah di tepian jalan menghampiri Tanjung Ipoh (lihat artikel Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis ) ia juga memiliki ukiran seperti lidah tergantung pada hujung bumbung. Rupa-rupanya yang saya nampak itu sekadar sebahagian ukiran yang patah...
Apapun, keingin kuat dalam diri untuk mencari kaitan antara beberapa perkara yang saya kenali dan baru ketahui dalam beberapa tahun kebelakangan inilah yang turut membawa saya lagi ke sini. Lalu saya keluar sebentar dari jalan tadi semata-mata untuk memastikan apakah jambatan yang saya lihat ini menyeberangi sebuah sungai yang mempunyai banyak makna dalam hidup saya iaitu Sungai Muar...
Yang pasti, baru sebulan ini saya menyedari bahawa Sungai Muar yang kualanya terletak di bandar Muar, Johor, tempat saya dilahirkan dan dibesarkan hingga remaja turut mengalir di sebelah ini. Saya tak pasti berapa panjangnya Sungai Muar jadi tadi saya cuba buat ukuran sendiri dengan menggunakan alatan ruler ataupun pembaris di Google Earth lalu membuat anggaran... dapatlah jumlah sekitar 285 km gitu.
Hmm. Kalau tak salah ingatan, begitulah juga panjang Sungai Muar yang pernah saya baca kat buku semasa kecil-kecil dahulu. Aduh... susah sungguh nak cari maklumat seperti ini sekarang. Dahulu senang je... peta buku sekolah pun cukup lengkap dengan kontor yang menunjukkan dengan jelas bentuk muka-bumi serta ketinggian bukit-bukau dan gunung-ganang selain laluan sungai.
Ini adalah Masjid Kampung Talang. Rasanya dahulu saya pernah singgah sekali dua untuk bersolat. Ketika kami lalu kelihatan 2-3 orang berpakaian jubah berserban sedang masuk ke dalam masjid... rasanya orang-orang Tabligh.
Dari Kampung Talang, masih ada 4 km lagi untuk ke tempat tujuan kami iaitu, Talang Dam ataupun Empangan Talang.

Akhirnya sampai juga ke pintu empangan. Melalui apa yang terpampang, maka confirm le di sini terletaknya hulu Sungai Muar yang telah diempang. Masalahnya kami tidak dibenarkan masuk. Hmm... dulu-dulu sekitar tahun 1999 atau 2000 gitu saya pernah masuk ke dalam dengan menaiki motosikal. Sekarang tak boleh masuk pulak. Nasib baik pengawal empangan memberitahu kami boleh masuk melalui jalan lain iaitu laluan kampung...
Kami pun masuk ke dalam kampung bersebelahan atau lebih tepat, di bawah empangan...
Oh. Nampak tak bangunan di latar-belakang atas gambar? Itulah binaan yang mengempang Sungai Muar untuk membentuk Empangan Talang. Kami perlu mencari jalan kampung untuk naik dan masuk ke sana. Isshhh... boleh tahan jauh tu!
Semasa meletakkan kereta untuk memulakan perjalanan kaki, baru kami tersedar meter bawah pada dashboard kereta menunjukkan nombor 131. Adapun meter ini mula dikosongkan di hadapan balai polis Dang Wangi petang Jumaat sejurus sebelum kami ke Kajang untuk bermalam dan kemudian menyambung perjalanan ke Negeri Sembilan, dengan niat utama untuk ke tempat ini di mana terdapatnya hulu Sungai Muar.
Sekali lagi biar diberitahu betapa nombor 131 membawa makna tertentu buat saya. Di sini biar diletakkan link-link artikel yang ada melibatkan nombor ini...
Malah perjalanan saya dan isteri ke Aceh bulan lepas pun turut dipengaruhi unsur 131. Sila lihat artikel Sampai ke Aceh setelah 5 tahun 5 bulan menunggu! Rupa-rupanya ada faktor 131 di sini... . Apakah ada sesuatu di hulu Sungai Muar yang mengaitkan segala ini? Bersambung...
Bukan apa... saja seronok tengok Sungai Muar di sebelah sini. Maklumlah, Sungai Muar yang saya kenali sejak kecil iaitu di bandar Muar yang berhampiran kuala serta sekitar jauh lebih lebar... 400 meter lebar atau lebih gitu. Kalau dah 100km meliuk-lintuk ke pendalaman pula, kalau masih dalam daerah Muar ia mengecil lagi tapi masih sekitar 70 meter lebar dan cukup besar. Tiba di sini pula ia sekadar sebesar parit sahaja... tersenyum saya memikirkan ini. Itu belum lagi jumpa punca sebenar sungai yang selalunya sekadar mata-air di pergunungan...
Oh. Nampak tak bangunan di latar-belakang atas gambar? Itulah binaan yang mengempang Sungai Muar untuk membentuk Empangan Talang. Kami perlu mencari jalan kampung untuk naik dan masuk ke sana. Isshhh... boleh tahan jauh tu!
Rupa-rupanya jalan kampung masuk tak sampai 200 meter pun dari jambatan tadi. Yang tinggal cuma sebuah rumah kampung sebagai tanda, lupa pulak nak ambil gambar. Ertinya seseorang itu perlu berjalan kaki jauh untuk masuk ke empangan. Larat ke? Isteri saya yang sedang sarat mengandung tetap mahu ikut sekali. Kuat betul semangatnya, eh ke pembawakan budak?
Semasa meletakkan kereta untuk memulakan perjalanan kaki, baru kami tersedar meter bawah pada dashboard kereta menunjukkan nombor 131. Adapun meter ini mula dikosongkan di hadapan balai polis Dang Wangi petang Jumaat sejurus sebelum kami ke Kajang untuk bermalam dan kemudian menyambung perjalanan ke Negeri Sembilan, dengan niat utama untuk ke tempat ini di mana terdapatnya hulu Sungai Muar.
Sekali lagi biar diberitahu betapa nombor 131 membawa makna tertentu buat saya. Di sini biar diletakkan link-link artikel yang ada melibatkan nombor ini...
Malah perjalanan saya dan isteri ke Aceh bulan lepas pun turut dipengaruhi unsur 131. Sila lihat artikel Sampai ke Aceh setelah 5 tahun 5 bulan menunggu! Rupa-rupanya ada faktor 131 di sini... . Apakah ada sesuatu di hulu Sungai Muar yang mengaitkan segala ini? Bersambung...
Salam Atas saudara, tuan masih belum tergerak hati ke untuk bercerita sedikit mengenai Embah Raden Subroto @Dandiar yang pernah tuan kisahkan dalam kisah kerabat Johor terdahulu...minta hubungi saya melalui email....gambar saya pernah tuan abadikan diblog tuan;pameran buku baru ini sekian wassalam
BalasPadamWassalam. Saya pun tak tahu ceritanya. Dulu-dulu ada juga le orang cerita pasal kehebatannya masa zaman saya budak-budak di Johor tapi saya tak ingat dah. Selalunya saya cuma dapat ingat apa-apa perkara yang saya sedang fokuskan pada sesuatu masa sahaja. Harap maaf ya...
BalasPadam