Khamis, Ogos 13, 2026

Merah Silu live ke-36 yang bersambung ke edisi ke-37

Salam. Melepaskan satu gerak. Biar dimulakan dengan gambar berikut. Daripada perjalanan pusing Eropah musim panas tahun 1995 meliputi 11 negara dalam tempoh 33 hari dengan duit belanja kurang RM1,000. 



Tentang hal-hal berkenaan gambar dan pengembaraan boleh rujuk artikel-artikel berikut yang dipersembahkan tahun 2019 :-



3.Menelusuri perkembangan penulisan buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995"

4. Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC

5. Bersedia untuk menyambut buku ke-13 Radzi Sapiee @ Merah Silu - Mengambil berkat beberapa Jumaat untuk menggerakkan usaha

6. Memulakan kembara buku sempena keluarnya buku ke-13


Sekarang pergi pada sebab utama artikel ini dibuat.


Selasa malam Rabu minggu lalu 4 Ogos 2026, ketika masih berada di Muar (rujuk Mencari tapak sejarah Kota Buruk yang tersorok, kini dipencilkan pula oleh pembangunan diikuti Pelajaran jiwa daripada cerita-cerita Rumi yang ditulis petang itu) saya dan isteri telah melangsungkan edisi ke-36 siaran langsung minggu "Merah Silu Live" melalui Tiktok. Lihat video bawah...


Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas adalah :-


56. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011 - 2,367 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".


Namun perjalanan yang  meliputi jarak masa 11 hari 10 malam ini tidak sempat dikongsikan ceritanya sehingga selesai kerana terlalu panjang. Sedangkan siaran harus dihadkan kepada sejam kerana hendak membawa bapa keluar makan malam.

Adapun terdapat pautan bagi 123 buah artikel telah dihimpunkan dalam kompilasi tersebut. Ketika itu, selain artikel-artikel utama perjalanan di CATATAN SI MERAH SILU saya cuma memasukkan artikel-artikel sokongan daripada blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Artikel-artikel  dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tidak disertakan. Kalau dibuatkkan  harus sekitar 200  artikel tersenarai.   Dengan itu pun cuma sempat  sampai ke artikel ke-57 dalam kompilasi iaitu  Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang



Selasa malam Rabu baru ini 11 Ogos, pada edisi ke-37 "Merah Silu Live" baru dapat disambung cerita sehingga selesai. Lihat video atas. Dengan ini cukuplah artikel kecil ini. Tentang kenapa dimulakan dengan gambar daripada perjalanan jauh lebih awal di Eropah akan diberitahu apabila sampai kelak insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan