Khamis, Ogos 06, 2026

Insan Madani sebagai asas kemampanan masyarakat : Pembaharuan peradaban semasa

Salam petang Khamis 22 Safar 1448 Hijriah. Merujuk pada artikel-artikel sebelum ini, Mencari tapak sejarah Kota Buruk yang tersorok, kini dipencilkan pula oleh pembangunan diikuti Pelajaran jiwa daripada cerita-cerita Rumi yang ditulis dan dipersembahkan petang Selasa 4 Ogos. Ada dinyatakan dalam kedua-duanya bahawa masing-masing ditulis di Muar iaitu di rumah bapa saya, di kampung almarhum ibu. Pada penghujung artikel kedua ditambah bahawa esoknya (hari ini le tu) baru hendak meninggalkan kampung, kerana hendak menghadiri majlis ilmu kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak, Kuala Lumpur. Sedangkan cadangan asalnya hendak bertolak pagi Selasa untuk mengikuti majlis ilmu di ISTAC (Institut Antabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Sekarang biar disambung cerita daripada itu.



Petang Rabu 5 Ogos 2026 iaitu semalam, setelah puas membawa bapa keluar makan di bandar Muar kemudian berjalan-jalan, setelah 2 malam menginap di rumahnya, bergeraklah saya bersama isteri menuju kembali ke Lembah Klang.



Sekitar jam 5.30 sampailah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur. Kami mahu ke Bukit Bintang untuk satu hal.



Selesai itu terus menuju ke UIA.



Poster bagi majlis ilmu. Isteri sedia menemani sebelum kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya.



Sementara menunggu majlis bermula jam 8 malam menghabiskan satu juz bacaan Al-Quran bagi hari itu menghadap bukit menarik.



Selesai solat Maghrib jamak sekali Isya' pergilah ke bangunan utama pentadbiran universiti untuk majlis.



Majlis berupa syarahan adalah yang ke-3 dalam siri bulanan berkenaan. Saya telah hadir lalu menulis tentang kedua-dua edisi sebelum ini. Lihat Madani dalam sejarah : Islam, Timur dan Barat diikuti Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan.



Untuk yang kedua awal bulan lalu isteri ada menemani kerana dalam perjalanan untuk ke pantai timur. Lihat Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang. Kali ini pula dalam perjalanan setelah keluar bermusafir ke arah selatan sejak petang Jumaat 31 Julai. Oh. Slaid ini menunjukkan pembentang iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar sudah bergelar Dato' Sri. Beliau yang merupakan Rektor UIA, penyelia tesis Sarjana saya di ISTAC, sekarang penyelia PhD, baru menerima gelaran tertinggi negeri daripada Sultan Pahang,  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Ulang Tahun Keputeraan ke-67 baginda Sabtu 1 Ogos.



Di sini tak perlulah saya mengulas panjang ya. Slaid-slaid harus cukup jelas untuk menunjukkan apa yang dibincangkan dan dikupas.



Ia  bermula dengan mengupas apa yang diistilahkan sebagai Insan Madani.



Yang perlu diterangkan sedikit adalah makna beberapa istilah dalam bahasa Arab. Di sini amal jama'i membawa makna amal yang banyak, ta'aruf saling mengenali, tafahum saling memahami dan ta'awun saling tolong menolong.



Seterusnya adalah tentang bagaimana Insan Madani boleh membina masyarakat dan tamadun...









Untuk huraian lanjut ikuti sendiri syarahan melalui video bawah...







Sampai kembali ke rumah hampir jam 11.30 malam didapati saya sudah memandu sejauh 680 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan