Jumaat, April 24, 2026

Akhirnya, "Merah Silu Live" ke-23. Setelah 11 minggu tidak bersiaran

Salam tengah malam Jumaat. Ada perkongsian yang sepatutnya sudah lama dibuat tapi baru kini berkesempatan.



Ini adalah rakaman video bagi edisi ke-23 "Merah Silu Live" yang diadakan baru ini Selasa malam Rabu 21 April 2026. Sepatutnya edisi ini dilaksanakan pada 10 Februari, ketika saya, isteri dan anak-anak sedang berada di luar negara untuk melakukan umrah. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - The complete set. Namun berlaku tersilap perkiraan yang mana saya telah membuat siaran langsung dari lapangan terbang Jeddah jam 2.30 pagi waktu Tanah Arab, Rabu 11 April. Kerana menyangkakan ia bersamaan jam 9.30 malam waktu Malaysia. 

Setelah beberapa minit bersiaran baru tersedar sebenarnya ketika itu sudah melepasi jam 7.30 pagi di tempat kita. Sepatutnya saya mula bersiaran jam 4.30 petang waktu Tanah Arab hari Selasa. Ketika itu kami sedang berada di Istanbul berjalan-jalan waktu transit. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul.  Dengan itu dibuat azam agar edisi ke-23 itu dapat dibuat pada minggu berikutnya 17 April. 

Namun sampai waktunya saya masih belum selesai umrah ke-4. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan. Selepas itu berlaku keadaan-keadaan yang menghalang sehinggalah baru ini. Untuk makluman edisi sebelum itu dilaksanakan 3 Februari. Lihat Nisfu Sya'aban dan "Merah Silu Live" ke-22. Dengan itu edisi ke-23 berlaku setelah 11 minggu tidak bersiaran.

Apapun, seperti biasa, siaran dimulakan dengan mengulas perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Kali ini sampai enam perjalanan lama diulas :-


30. Ke selatan Dis 2008 sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 

31. Pantai Timur bersama isteri Dis 2008 - Jan 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.

32. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 -  lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

33. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.

34. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....

35. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan