Rabu, April 23, 2025

Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jejak raja-raja Patani dan pecahannya

Salam semua. Salam petang Rabu 23 April 2025 bersamaan 24 Syawal 1446 Hijriah. Malam tadi telah disediakan lalu diterbitkan 1 sahaja artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tetapi 12 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Begitu juga artikel induk ini telah disediakan malam tadi. Tetapi baru siang ini  mahu diterbitkan. Kerana apa yang diceritakan berlaku tepat 2 minggu lalu. Bersambung daripada Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Dari Kao Seng ke makam Sheikh Abdussamad ke Patani.



Tengah hari Rabu 9 April 2025. Setelah mendaftar keluar dari hotel penginapan kami di bandar raya Patani alas perut di halaman hotel menghadap Sungai Patani.



Pagi itu telah diambil gambar sekeliling dari atas bumbung hotel. Lihat artikel Views from on top of our hotel in Patani.



Setelah cukup mengalas perut lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Patani pun dimulakan dengan persinggahan ke Masjid Kerisek.




Mengaji beberapa muka surat Al Quran.




Singgah perigi Hang Tuah di seberang jalan.



Mengaji lagi sementara menunggu makan tengah hari disediakan di warung sebelah perigi.




Kembali ke masjid kelihatan ada ramai pelawat datang berbaju Melayu...







Ada sekumpulan datang dari Narathiwat, sekumpulan lagi dari Yala...







Selepas menziarahi makam raja Islam pertama Patani diikuti makam 3 ratu yang sangat terkenal dalam sejarah (Raja Hijau, Raja Biru dan Raja Ungu) pergi ke Kampung Bendang Daya di mana terdapat satu perigi yang memiliki sejarah istimewa melibatkan Lailatul Qadar.




Kemudian ke makam tokoh pendakwah yang daripada almarhum dikatakan terbit raja-raja Islam Champa juga raja-raja kemudian Patani dan Kelantan. Untuk makluman, semua ini pernah diziarahi dalam lawatan-lawatan terdahulu.  Cuma ada satu  tidak pernah ditulis artikel tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-











Selepas itu baru ke satu tempat yang belum pernah dijejaki...




Isteri dapat tahu setelah melihat video menunjukkan ramai orang Melayu Patani berkumpul meraikan semangat Melayu 1 Syawal baru ini.




Rupa-rupanya di sinilah tempat Raja Jambu ditabalkan, raja kepada kerajaan Jambu yang merupakan salah satu kerajaan yang dipecah bahagian daripada Patani oleh Siam supaya tidak cukup kuat untuk bangkit memberontak lagi, setelah beberapa lama Patani berjaya ditakluki tahun 1785. Lihat artikel  Pintu gerbang ( Gate of) Kampung Nasa diikuti Replika perahu pertabalan (Replica of coronation boat of) Raja (ruler of) Jambu.




Ingatkan selepas itu mahu terus ke rumah kawan di Bacho, dalam wilayah Narathiwat. Tetapi terlihat batu tanda menunjukkan bandar Saiburi boleh dicapai terlebih dahulu buatlah persinggahan.




Untuk makluman Saiburi merujuk kepada kerajaan Melayu Teluban yang seperti Jambu juga adalah salah satu pecahan daripada Kesultanan Patani. Kami pernah sampai sekali setelah dibawa orang. Lihat artikel lama Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : 'Teguran Tok Pasai' sebelum meneruskan ke Narathiwat.




Kali ini baru ke istana utama kerajaan, setelah dipelawa datang oleh seorang anak cucu raja Teluban. 




Sebelum ini cuma tahu kewujudan istana lain berdekatan yang rupanya milik kerabat, bukan tempat persemayaman raja, Lihat artikel-artikel berikut :-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan