Khamis, April 24, 2025

Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - "Last kopek" sebelum balik Malaysia

Hari ini sudah 25 Syawal. Sepertimana bulan raya ini menghampiri penghujungnya begitu juga penceritaan perjalanan berkenaan baru ini. Dengan itu bersambung daripada Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jejak raja-raja Patani dan pecahannya.



Dua minggu lalu iaitu pada pagi Khamis 10 April 2025 bersamaan 11 Syawal 1446 Hijriah. Kami anak beranak telah menginap di rumah seorang kawan di Bacho, Narathiwat.



Sampai masa untuk meneruskan perjalanan.



Dari rumah tersebut cuma lebih kurang 17 km sahaja ke masjid bersejarah ini. Lihat artikel Lawatan terbaru ke (Latest visit to) Masjid (mosque of) Wadi Hussein, Teluk Manok di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Ke hadapan lagi sekitar 15 km menghala ke bandar Narathiwat adalah bangunan baru Muzium Al Quran di Kampung Sala Anak Ayam.




Setelah pertama kali sampai ke bangunan lama iaitu dalam sebuah sekolah agama berdekatan lebih 2 tahun lalu ingatkan bangunan baru sudah dibuka kerana sudah siap ketika itu. Ini kerana kami ada diberitahu akan dibuka dalam masa beberapa bulan. Rupa-rupanya hingga kini belum dibuka. Difahamkan kerana mahu menunggu Raja Thailand datang merasmikan. Lihat artikel lama Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Memenuhi hajat sebelum diangkut ke sempadan.




Persinggahan seterusnya. Suatu tempat menarik yang difahamkan baru 2-3 bulan dibuka. Lihat Pusat perubatan tradisional dan budaya (Traditional medicine and cultural centre of) Seri Gading, Jeringo.




Ia milik seorang kawan.



Perjalanan diteruskan ke bandar Golok.




Saja pusing jalan-jalan.




Walaupun di Golok terdapat pintu sempadan untuk masuk kembali ke Malaysia melalui Rantau Panjang kami meneruskan lagi dalam Thailand ke arah barat laut.



Ini kerana mahu sedikit lagi lebih lama berada di negara itu. Ada lagi satu pintu sempadan iaitu di Buketa di mana dibuat persinggahan di dua buah masjid.. Kiranya "last kopek" kata orang zaman saya bebudak dahulu. Lihat Masjid (Mosque of) Umar al-Khattab, Buketa diikuti Masjid utama (Main mosque of) Buketa.



Di pintu keluar sempadan...









Selepas menyeberangi Sungai Golok yang merupakan sempadan semulajadi antara Thailand dan Malaysia masuklah Bukit Bunga di negeri Kelantan.




Makan tengah hari lewat di kedai sana. Ketika itu sudah melepasi jam 4.30 petang waktu tempatan.







Perjalanan diteruskan melalui Jeli menghala ke Gua Musang.



Ambil jalan melalui Dabong lalu menikmati pemandangan gunung ganang Banjaran Titiwangsa.




Kelihatan air terjun Jelawang di Gunung Stong.




Sekitar 15 km selepas Dabong singgah di rumah peranginan seorang kawan lama isteri.



Sekurang-kurangnya kawan-kawan di selatan Thailand itu ada ditemui dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan. Kawan di Kelantan suami isteri ini akhir sekali ditemui pada tahun 2010. Lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing sekitar Dabong sebelum ke Jeli.




Mereka membuat rumah peranginan juga beberapa chalet dekat air terjun ini. Lihat artikel Chilling out at Lata Kertas di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Kawasannya aman, terpisah daripada hiruk pikuk tempat-tempat lain sebegini.




Malam hampir masuk Isyak sampai ke Gua Musang lalu masuk ke pekan lama.




Singgah di 'Masjidil Haram'. Lihat Masjid (Mosque of) Razaleigh, Gua Musang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan