Ahad, April 20, 2025

Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Dari Kao Seng ke makam Sheikh Abdussamad ke Patani

Penceritaan kali ini memerlukan 9 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 8 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Bersambung daripada Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Tasik Songkhla, Pulau Ko Yo dan legasi Sultan Sulaiman Singgora.



Pagi Selasa 8 April 2025. Saya berjalan kaki seorang diri keluar dari tempat penginapan di Kao Seng,di tenggara bandar raya Songkhla sambil isteri dan anak-anak berehat.




Ada tempat cantik mahu dituju sambil beriadah.




Dapat juga menyambung bacaan Al Quran bagi bulan Syawal.




Apakah tempat tersebut? Sebetulnya ada beberapa tempat berdekatan yang memberikan banyak sudut pemandangan menarik. Lihat artikel-artikel berikut :-















Selepas mendaftar keluar dari tempat penginapan baru membawa ke isteri dan anak-anak melihat. Sebetulnya di tempat penginapan pun ada pemandangan menarik. Lihat Kao Seng river and around from a resort.




Perjalanan diteruskan melalui laluan pantai ke arah timur dan selatan.




Masuk ke jalan besar tidak lama kemudian kelihatan masjid ini.




Baru makan tengah hari kemudian menjamakkan solat Zohor dan Asar di masjid. Lihat  Masjid (Mosque of) Bandan.




Selepas itu baru ke destinasi utama bagi hari itu iaitu makam seorang ulamak besar bertaraf wali yang  mati syahid pada umur melebihi 100 tahun, ketika menyertai angkatan perang gabungan Kedah menghambat Siam keluar dari Kedah menuju ke arah Bangkok.




Tengok-tengok ramai pula orang datang berpakaian hari raya, dua bas dari Patani kemudian dua bas dari Yala.




Saya sendiri sudah beberapa kali sampai. Tapi kali ini baru turut menziarahi makam para syuhada di atas puncak bukit. Lihat artikel-artikel berikut :-








Perjalanan diteruskan ke pendalaman wilayah Patani, satu laluan yang belum pernah diambil sebelum ini.




Terlihat masjid menarik ini kami pun singgah. Lihat Masjid Darussalam (Mosque of Darussalam), Lam Long.



Sampai ke satu pekan berhenti makan petang. Kami dimaklumkan masih berada dalam wilayah Songkhla yang bertaraf negeri, belum masuk lagi wilayah Patani.




Beberapa kilometer ke hadapan lagi baru sampai ke Patani. Singgahlah ke stesyen kereta api yang terletak sekitar 30 km dari bandar raya. Lihat Visiting Patani train station.




Selepas itu baru menuju ke bandar raya Patani lalu mendaftar masuk ke satu hotel kesukaan.




Saya sebut hotel kesukaan kerana kedudukan di tepian satu liku Sungai Patani.







Pemandangan hampir senja ke arah pusat bandar raya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan