Salam petang Jumaat 19 Syawal 1446 Hijriah. Setelah menyediakan 7 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 4 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) bolehlah menyambung cerita daripada Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Ke Hatyai dan 'floating market'.
Petang Isnin 7 April 2025 kami meninggalkan Hatyai untuk menuju ke bandar raya Songkhla melalui satu jalan pendalaman.
Jalan diambil kerana boleh membawa ke satu restoran yang isteri lihat telah menjadi viral dalam Tiktok. Beliau mahu kami mencuba masakannya. Tetapi sebaik sahaja sampai ke simpang cuma 200 meter ke restoran didapati laluan terhalang. Telah berlaku kemalangan melibatkan motosikal warga tempatan dengan sebuah kereta bernombor plet Malaysia.
Nampaknya kena tunggu lama sebelum motosikal jatuh yang menutup laluan akan dialih. Kelihatan seperti menunggu pihak yang lebih mahir datang bagi mengesahkan punca kemalangan. Dengan itu perjalanan diteruskan melalui laluan berkenaan tanpa ke restoran. Tidak lama kemudian boleh kelihatan Tasik Songkhla yang lebar meluas. Lihat First look of Songkhla lake after leaving Hatyai.
Sampai kembali ke jalan besar terus singgah ke Seven Eleven. Belilah sejumlah makanan untuk alas perut sebagai ganti tidak jadi singgah ke restoran.
Perjalanan diteruskan dengan mengambil jambatan masuk ke pulau yang dikenali sebagai Ko Yo.
Jalan pusing pulau lalu menikmati pemandangan tasik dan persekitaran dari beberapa tempat termasuk dari atas puncak bukit.
Lihat artikel-artikel berikut :-
2. Wat Thai Yo
Selesai meneroka pelbagai sudut pulau keluar melalui jambatan utara lalu terus menuju ke makam Sultan Sulaiman yang merajai kerajaan Singgora abad ke-17.
Sudah beberapa kali saya ke situ, kali pertama tanpa dirancang mahupun dijangka awal tahun 2017. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora. Selepas lawatan terbaru sebelum ini iaitu pada tahun 2023 baru mengamati bagaimana keberadaan baginda memiliki kepentingan tinggi dalam sejarah orang Melayu di selatan Thailand membawa ke utara Semenanjung iaitu di sekitar Kedah malam melata di Malaysia. Lihat Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali sempat bersolat di Jumaat di selatan Thailand. Apakah yang tersirat?.
Kini saya datang dengan kepekaan rasa kerterkaitan yang lebih tinggi. Ini kerana selepas kembali dari perjalanan tahun 2023, ketika menyelidik lagi bahan untuk penulisan buku ke-14 saya "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai" (terbit Mei 2023), baru menyedari bagaimana darah Sultan Sulaiman ada menitis dalam tubuh badan sendiri. Melalui seorang isteri Muhammad Amin bernama Wan Long Saadiah yang berketurunan Laksamana Kedah. Lihat artikel-artikel berikut berkenaan buku :-
1. Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan
3. Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian
5. Misi hartanah dan wacana Laksamana - Akhirnya terlaksana rancangan lebih 3 bulan lalu
Selepas ziarah makam pusing bukit bakau yang pernah menjadi kota pertahanan sultan sambil melihat pemandangan persekitaran termasuk Tasik Songkhla kemudian baru makan lagi. Lihat Songkhla lake from a pier south of Kao Deng.
Singgah untuk bersolat di masjid atas nama baginda. Lihat Rupa baru (New look of) Masjid (mosque of) Sultan Sulaiman, Songkhla.
Menyeberang tasik menggunakan feri untuk ke bandar raya. Lihat Taking the ferry across Songkhla lake from Kao Deng.
Masuk bersiar-siar di bandar raya.
Singgah di satu-satunya masjid di selatan Thailand yang mana saya akhirnya bersempatan untuk menunaikan solat Jumaat walau sudah banyak kali memasuki wilayah itu. Lihat Lawatan baru ke masjid lama Songkhla (New visit to Songkhla old mosque).
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan