Selasa, Januari 07, 2025

Perjalanan selatan penghujung 2024 - Muzium di KL sebagai penutup

Salam semua. Sampai masanya untuk mempersembahkan cerita hari ke-8, hari terakhir perjalanan baru selatan. Bersambung daripada Perjalanan selatan penghujung 2024 - Merentas pendalaman Negeri Sembilan ke Hulu Langat.



Pagi Ahad 29 Disember 2024. Kami sekeluarga telah menginap di rumah Hulu Langat. Merujuk kembali pada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Dari penghujung tanah besar Asia ke Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kluang yang menceritakan hari-5 perjalanan. Tidak diberitahu dalam artikel bahawa di Kota Tinggi isteri ada mencadangkan agar singgah ke muzium sana. Tetapi ia telah tutup apabila kami sampai. Sejak itu anak bongsu asyik menyebut hendak ke muzium




Artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Membawa anak-anak mengecapi pengalaman zaman Sekolah Sains yang menceritakan hari ke-6 perjalanan pula ada menyebut kami ke 'muzium kereta api' Gemas. Kira dapatlah membawa anak ke suatu macam muzium. Artikel  Perjalanan selatan penghujung 2024 - Merentas pendalaman Negeri Sembilan ke Hulu Langat iaitu tentang hari ke-7 pula ada menyebut kami ke Teratak Za'aba. Itu memang sah dikategorikan sebagai muzium. Tapi bila sampai, sama halnya seperti di Kota Tinggi. Ia sudah tutup kerana sampai lewat petang.



Memikirkan itu kami meninggalkan Hulu Langat dalam keadaan saya telah mengenal pasti beberapa muzium untuk disinggahi di sekitar Lembah Klang. Yang pertama dituju adalah di lapangan terbang lama TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) di Sungai Besi. Google Map menandakan ada muzium penerbangan. Tapi bila sampai ke lokasi rupa-rupanya dah tak da lagi. Kawasan sudah lama dibeli syarikat persendirian untuk satu projek pembangunan.




Kedua dalam laluan adalah Muzium Negara.




Kali terakhir saya sendiri pergi adalah awal tahun lepas. Untuk mencari bahan tentang Perjanjian Pangkor 1874 yang pada masa itu hampir genap 150 tahun berlaku. Kali terakhir bersama keluarga pula adalah bagi menjayakan satu acara lebih 8 tahun lalu. Namun tak lihat pameran kerana sibuk dengan acara. Lihat artikel Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).




Masuk dahulu ke galeri ini...







Menarik juga ada pameran animasi percuma.




Seterusnya ke galeri ini.






Selepas itu baru ke bangunan utama muzium.




Kena bayar sedikit sahaja, RM2 seorang bagi mereka yang berumur 13 tahun ke atas. Kalau umur 55 dah boleh dapat diskaun.




Pergi melihat semua pameran yang ada...










Selesai Muzium Negara anak bongsu cakap cukuplah. Tak payah pergi muzium lain.




Beliau mahu balik terus ke rumah.




Apabila sampai jam 3 petang didapati perjalanan selatan ini telah meliputi jarak pemanduan kereta sejauh 1,254.5 km. Selesailah cerita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan