OK. Pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Asbab mesyuarat agung persatuan - Laksa di Kuale, sundang di Tepen dan bukit 'mistikal' di Pantai Remis.
Awal pagi Isnin 21 Oktober 2024. Setelah menginap di masjid jamek Lumut lalu menunaikan solat Subuh berjemaah saya bersedia untuk berjalan-jalan.
Pusing dahulu pekan Lumut.
Melihat suasana indah Sungai Dinding dari beberapa tempat dan sudut.
Selepas jam 8.30 baru mahu menunaikan misi utama bagi hari itu. Mahu mendaki ke puncak yang dikenali sebagai Bukit 300, melalui satu denai yang permulaannya pernah dilihat ketika kali terakhir bertandang ke Lumut lebih setahun lalu. Lihat Perak selepas 9 September.
Selepas mengalas perut di suatu kedai baru dapat menemui denai lalu memulakan pendakian. Tersilap mengambil laluan apabila denai bercabang sebelum menemui kembali jalan yang sepatutnya. Sampai ke satu bahagian memulakan bacaan Surah Syu'ara. Ini sebagai menyambung bacaan bagi Juzuk ke-19 yang mana surah sebelumnya iaitu Al-Furqan sudah diselesaikan di masjid Lumut.
Selepas jam 1 baru sampai ke Bukit 300. Sedangkan pendakian dimulakan jam 9.30.
Ini disebabkan laluan yang diambil iaitu dari arah Teluk Rubiah lebih jauh dan perlu turun naik 2 puncak lain yang hampir sama tinggi, ketiga-tiganya lebih 320 meter dari paras laut. Laluan popular dari Teluk Batik lebih dekat, terus menuju ke Bukit 300.
Berbaring atas hammock layan tidur sat. Oh. Ketika itu ada seorang warga emas berbangsa Cina berumur 72 tahun dari Sitiawan duduk di bahagian lain puncak. Beliau yang datang dari arah Teluk Batik memberitahu suka hiking seorang diri, seperti saya. Supaya mudah mengatur langkah tanpa banyak kerenah.
Punyalah selesa melepak atas tu, apabila turun hingga sampai ke kereta sudah jam 4.51. Oh. Baru teringat. Sebenarnya, akhir sekali, saya ada mendaki ke satu puncak paling selatan banjaran bukit bukau ini. Ketinggiannya lebih sedikit dari 210 meter dari paras laut. Kedudukannya agak terpisah dari 3 puncak utama yang 110 meter lebih tinggi.
Berkejar ke Bagan Datoh. Dalam perjalanan mandi dan bersalin pakaian di sebuah surah. Ketika perjalanan bulan Ramadhan setengah tahun lalu ada dirancang mahu ke sana selepas Lumut. Tetapi tak sempat kerana bergerak pun hampir hendak Maghrib lalu terus ke Teluk Intan. Lihat Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyusur kerajaan lama Beruas.
Di Bagan Datoh baru makan dan minum. Sepanjang berada di persekitaran bukit jam 9.30 pagi hingga hampir 5 petang saya cuma meneguk sedikit air sahaja.
Selepas itu terus ke Beting Beras Basah, satu lagi destinasi yang tidak sempat dijejaki setengah tahun lalu.
Kalau terakhir sampai adalah lebih pertengahan September 2023. Ketika itu dapat melihat beting di tengah perairan yang menjadi tempat persinggahan dalam pertabalan Sultan Perak lalu berjalan kaki ke sana. Lihat Perak selepas 9 September - 'Panggilan' tak disangka dari Beting Beras Basah.
Kalau cuaca cukup baik dapat dilihat dengan jelas bukit bukau di Pulau Pangkor dan sekitar Lumut. Di tengah itu adalah bukit yang baru didaki. Kelihatan 3 puncak utama yang tertinggi, Bukit 300 adalah paling kanan antara 3 itu. Tentang pendakian lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-
Membaca surah seterusnya, An-Naml sehingga selesai juz 19. Menariknya, apabila sampai pada ayat 30 yang berbunyi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan