Rabu, Oktober 30, 2024

Asbab mesyuarat agung persatuan - Dari Batak Rabit ke pesanan mee kari isteri

Salam semua. Sampai masanya untuk menamatkan siri kecil ini. Pergi pada hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Asbab mesyuarat agung persatuan - Menyambung dari Bukit 300 ke Beting Beras Basah.



Pagi Selasa 22 Oktober 2024. Bersantai menghadap Sungai Perak.




Tadi tu di hadapan chalet yang baru sebulan dua dibuka. Dahulu ia cuma jeti terapung untuk orang menyewa bot keluar memancing udang galah.




Jeti terletak di hadapan masjid warisan keluarga di Batak Rabit. Saya telah bermalam di masjid. Selepas jam 10.30 baru bersedia untuk menyambung perjalanan.




Masuk ke bandar Teluk Intan...



Ziarah makam Sultan Abdullah Muhammad Syah I, Sultan ke-22 Perak di Durian Sebatang.




Makan nasi kandar di Padang Speedy.




Selepas itu ziarah makam Keramat Kuala Bidor lalu pertama kali melihat ia bersih tanpa pokok sejak pertama kali bertandang penghujung tahun 2001. Lihat artikel Rupa baru makam (New look of the tomb of) Keramat Kuala Bidor  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Boleh kata setiap kali ke Teluk Intan mesti menziarahi makam moyang keluarga Laksamana Perak ini. Menyambung bacaan bagi Juz ke-20 yang telah dimulakan di masjid keluarga. Habis Surah al-Qasas, hendak masuk Surah al-Ankabut yang merupakan surah terakhir juzuk.




Dari Teluk Intan menghala ke Sungkai kemudian masuk ke Felda Besout.




Berhenti sebentar di "Bukit Selfie"...



Sambung sedikit membaca Al Quran.



Juz 20 ditamatkan di tepian jalan sebelum satu persimpangan di Behrang.





Ini kerana mahu masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan. 




Biasanya saya cuma masuk lebih raya selepas Tanjung Malim. Kali ini isteri telah meminta agar membeli mee kari di perhentian rehat Ulu Bernam arah ke selatan. Untuk mencapainya mesti masuk lebuh raya selewatnya di Behrang.


Disebabkan itu pilihan laluan perjalanan jadi terhad. Kalau tidak mungkin saya akan berjalan-jalan dahulu di Tanjung Malim malah mungkin memanjat sekali sebuah bukit berdekatan. Ketika sampai ke rumah petang itu didapati perjalanan Perak memakan jarak lebih 700 km. Cukuplah perkongsian cerita yang berlaku atas asbab mahu menghadiri mesyuarat agung persatuan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan