Khamis, Mei 04, 2023

Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Mengimbau kenangan lama di Kluang

Setelah membuat perjalanan ke Singapura atau nama lamanya Temasek cerita perjalanan ke selatan sempena musim raya menghampiri penamat. Tetapi masih ada lagi dua hari perjalanan untuk dikongsikan. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Satu hari di Temasek.



Sekembalinya dari Singapura kami menuju ke rumah adik bongsu saya di utara bandar raya Johor Bahru lalu bermalam di sana. Esoknya Khamis 28 April 2023 sekitar jam 1 petang baru mengorak langkah untuk kembali ke arah rumah sendiri di Selangor.




Sengaja diambil jalan menghala ke Ulu Tiram kemudian ke Bandar Tenggara.



Kami mahu menuju ke Kluang dari situ.




Masuk ke bandar Kluang, tempat saya membesar semasa bersekolah asrama penuh tahun 1983 hingga 1986.




Pergi ke kedai makan ke stesyen lama kereta api Kluang.




Layan kopi Kluang.







Seterusnya ke tempat bersekolah lama...




Cukuplah gambar ini bagi menyampaikan maksud dalam hati. Pengalaman suka duka bersekolah asrama penuh ada dikongsikan dalam artikel-artikel berikut :-




Perjalanan diteruskan ke arah Segamat.










Singgah bersolat di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) India Muslim, Segamat dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Selepas itu menghala pula ke Gemas.




Kami mahu berehat di rumah kakak isteri di Felda Jelai, ke utara sedikit perjalanan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,388 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan