Rabu, Mei 03, 2023

Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Satu hari di Temasek

Salam semua. Masuk pada hari dan bahagian yang boleh dikatakan kemuncak bagi perjalanan baru selatan sempena cuti raya Aidil Fitri. Kali ini cukup banyak persinggahan dibuat sehingga harus disediakan dahulu 10  buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 4 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung penceritaan daripada artikel Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Menyusuri pantai barat Johor.



Pagi Rabu 26 April 2023. Selepas bermalam di rumah saudara di Skudai kami bergerak ke arah Kota Medini untuk mengambil pakej pelancongan kereta sewa berjalan-jalan di Singapura.




Asalnya saya mahu memandu kereta sendiri. Tetapi disebabkan tidak cakna peraturan baru masuk ke Singapura terutama jika membawa kenderaan sendiri kami tidak cukup masa untuk membuat permohonan berkenaan secara atas talian lalu adalah lebih baik mendapatkan perkhidmatan kereta sewa.




Tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya boleh berehat daripada memandu lalu boleh memberikan tumpuan pada perjalanan.




Apapun, lega rasanya dapat masuk ke Singapura setelah kali terakhir ke sana penghujung 2011.




Antara empat anak yang ikut sama seorang sahaja pernah merasa ke sana. Tetapi beliau masih kecil ketika itu. Lalu tidak ingat apa-apa walau sudah 3 kali sampai sebelum ini.




Tempat pertama dituju adalah Masjid Ba'alawi. Lihat Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Ba'alawi, Singapura.




Nasib kami baik kerana dapat bertemu imam masjid iaitu Habib Hassan Al-Attas kemudian diajaknya makan dan minum di ruangan makan tertutup masjid.




Seterusnya ke suatu kawasan pemakaman lama yang saya sendiri pun belum pernah sampai sebelum ini. Selepas itu baru ke dua buah makam yang pernah sampai. Lihat artikel-artikel berikut :-








Naik bukit tertinggi di Singapura iaitu Mount Faber kemudian masuk Pulau Sentosa (ini kali pertama saya sendiri sampai). Lihat artikel New visit to the peak of Mount Faber diikuti  A look at Sentosa Island.




Keluar dari Pulau Sentosa singgah ke Masjid Temenggong di Teluk Belanga serta kawasan pemakaman diraja Johor di sebelahnya. Selepas itu ke Makam Habib Nuh dan masjid dibawahnya kemudian Fort Canning atau Bukit Larangan untuk menziarahi satu makam di sana. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Lawatan baru ke Masjid Temenggong (New visit to Temenggong mosque), Teluk Belanga








Seterusnya pergi ke pusat tarikan pelancongan di muara Sungai Singapura di mana terletak patut "Merlion" (Mermaid _+ Lion = Ikan Duyung + Singa) yang menjadi satu mercu tanda utama negara. Lihat Views from around the Merlion.



Kemudian ke Masjid Sultan di Kampung Gelam melihat persekitaran sana. Lihat artikel Lawatan baru ke Masjid Sultan (New visit to the Sultan Mosque) diikuti Makam di bawah Masjid Sultan (Tombs under the Sultan Mosque).
.


Sebetulnya kami juga mahu berhari raya ke rumah saudara mara saya yang boleh tahan ramai di Singapura. Tetapi apabila dihubungi rupa-rupanya mereka semua sedang bercuti bersama di Batam. Isteri pula mahu mengajak ke rumah seorang kawan lama yang kini menetap di Singapura. Beliau yang kembali ke kampung di Perak sepatutnya sudah kembali ke rumah sendiri selepas jam 5. Tengok-tengok ada kelewatan penerbangan pula.




Sebagai penutup kami dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.




Rupa-rupanya di satu bangunan sana ada air terjun buatan yang sangat menakjubkan. Lihat The Jewel and its spectacular indoor waterfall




Dengan itu cukuplah perjalanan kami sehari di Singapura yang pada zaman dahulu dikenali sebagai Temasek. Ia boleh dikira sebagai kemuncak lalu selepas itu dimulakanlah perjalanan untuk kembali ke arah utara ke Lembah Klang.


1 ulasan:

  1. alhamdulillah kebetulan sy pon baru pergi ke temasek minggu lepas., ;p
    skrg sy di Batam 2023

    BalasPadam