Jumaat, Ogos 17, 2007

Sejenak di Baling, Kedah.

Alhamdulillah, tadi saya baru menyiapkan sebuah artikel bertajuk Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan (and) Sheikh Muhammad Nur untuk blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Kemudian, seperti dijanjikan lebih awal, saya telah memulakan proses menyiarkan kembali pengalaman mengembara keliling Eropah tahun 1995, pengalaman yang pernah dinukilkan tahun 1997 semasa mula menjadi wartawan di The New Straits Times dan kini boleh dibaca melalui artikel Trip to Europe 1995... The story begins... di dalam blospot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.
Sekarang saya tergerak pula untuk menyambung kembali cerita berdasarkan pengembaraan terbaru meliputi beberapa buah negeri di Malaysia iaitu perkelanaan yang saya panggil sebagai BKA tour run. Maka ini dia sedikit cerita bergambar yang ringkas tentang Baling di Kedah sebagai menyambung daripada cerita terdahulu iaitu Mencari jejak Raja Bersiong... . Sila...

Ini adalah hotel murah tempat saya menginap selepas penat mencari jejak Raja Bersiong. Di belakang adalah sebuah bukit batu-kapur yang menjadi landmark bagi pekan Baling, Kedah...


Sedikit sejarah tentang asal-usul nama Baling dan kaitannya tentang cerita Raja Bersiong telah dinukilkan dalam artikel Mencari jejak Raja Bersiong.... Sekarang biar saya copy and paste daripada Internet salah satu peranan Baling yang terkenal dalam sejarah Malaysia iaitu rundingan kerajaan dengan pihak komunis tahun 1955... Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Rundingan Baling 1955

Rundingan Baling diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling , Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.

Jun 1955 , sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng . Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.
Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh Kerajaan kerana PKM sudah lemah . Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.
Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.
September 1955 kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang.
Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ketua Bureau NGO, Ronnie Liu Tian Khiew dalam laman web DAP pada 5 Ogos 2005, mendakwa bahawa Chin Peng adalah salah satu faktor memaksa pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaysia. Tetapi ada pihak yang berpendapat bahawa cadangan Liu itu adalah kurang tepat kerana Parti Komunis Malaya sudahpun lemah dan terpaksa memohon perundingan dilakukan pada 1955. Malah, pihak kerajaan yang mengetahui kelemahan Parti Komunis Malaya menolak permintaan langsung Parti Komunis Malaya agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik.
Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihak British, sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka kerana sekiranya Tanah Melayu jatuh ketangan komunis, ini akan menjejaskan bekalan bahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula industri mereka selepas Perang Dunia II.

Lagi gambar di sekitar Baling... Sudah lupa hari apa ketika gambar ini diambil tetapi saya masih ingat tarikhnya 16 Julai 2007 dan sudah masuk 1 Rejab...


Gambar daripada dalam sebuah kedai runcit di hadapan hotel tempat saya menginap.

Apa yang berlaku, pagi itu saya terbangun lewat selepas jam 9 pagi...Maklumlah penat akibat banyak sangat berjalan terutama hari semalam semasa mencari jejak Raja Bersiong. Perut saya pun kelaparan lalu saya keluar hotel tanpa mandi untuk mencari roti demi mengalas perut. Tergerak pula mengambil gambar ini kerana suasana ketika itu terasa lain macam... Art lah konon tu...


Tengok... Dalam kedai makan Cina yang terletak di bawah hotel tempat saya menginap pun sempat ambil gambar. Sampai apek yang menjaga kedai pun jadi pelik... Haiya... Apa ini olang mahu ambik gambar wa punya kidai? Ala betui ka?

Ketika itu saya sedang teruja akibat sesuatu... Apa itu? Lihat gambar di bawah...


Nah, nampak tak poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" digantung di hadapan masjid? Gambar ini ada dipaparkan dalam artikel BKA Tour run: Laporan daripada Aloq Setaq! yang dibuat hampir sebulan lalu. Itulah yang membuat saya teruja pagi itu. Ketika keluar untuk mencari roti mengalas perut, saya ternampak satu sudut yang sesuai untuk meletakkan poster. Apalagi, tanpa mempedulikan pandangan orang ramai (ketika itu, saya sedang memakai t-shirt buruk dan kain pelikat dengan muka tak mandi, rambut tak bersikat!) saya terus memasang poster tersebut...

Selepas memasang poster dan masih lagi berkain pelikat, saya sempat berjalan sedikit ke hadapan untuk menikmati pemandangan ini...

Hmm... Boleh tahan comel pekan Baling ni...

Petang sedikit, baru saya bersiap untuk meninggalkan Baling... Itupun selepas beberapa jam memerap di sebuah Internet Cafe untuk menaip beberapa cerita termasuk Danau Tok Uban pula... , BKA Tour Run: Jale-jale Kota Bahru, Kelantan dan Mendaki Bukit Panau .

Singgah sebentar di Masjid Jamek Baling ini untuk menjamakkan solat Zuhur dan Asar. Kemudian baru bergerak...


Lalu di menara jam ini... Kalau tak salah ingatan, menara ini didirikan semasa zaman pemerintahan British sejurus sebelum Perang Dunia ke 2...



Kemudian barulah saya menaiki bas untuk meninggalkan Baling. Rancangan sebenarnya mahu ke Alor Setar. Tetapi sekali lagi saya tersasar ke tempat lain. Kita sambung cerita sebentar lagi ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan