Selasa, Julai 07, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang

Merujuk pada artikel Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan yang dipersembahkan pada Sabtu 4 Julai iaitu 3 hari lalu. Ada dinyatakan bahawa ketika itu saya dan isteri sudah 4 hari membuat perjalanan ke Pantai Timur dan sedang berada di Masjid Tokku Paloh di Kuala Terengganu mengikuti satu forum sempena Haul Tokku Paloh. Sekarang biar ditambah. Memang Haul menjadi asbab utama perjalanan dibuat. Dan perjalanan baru sahaja selesai petang tadi. Tanpa membuang masa biar mula dikongsikan cerita.




Perjalanan secara rasminya bermula sebelum tengah hari Rabu 1 Julai 2026 apabila saya dan isteri meninggalkan rumah untuk ke Kuala Lumpur.



Isteri mahu menghadiri majlis khatam Al Quran berdekatan Tasik Titiwangsa lalu saya ke Perpustakaan Negara selepas menghantar. Dua hari sebelum itu baru mendapat maklum balas terbaru tentang cadangan tesis PhD saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) daripada penyelia tesis, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, setelah lebih 2 bulan menunggu. Sejurus sahaja mendapat maklum balas terus membuat perubahan seperti disarankan. Setelah dua hari berturut dapat melakukan dengan lancar fikirnya dapatlah disiapkan di perpustakaan.



Tengok-tengok komputer riba menghadapi masalah asyik sangkut lalu tidak dapat membuat kerja. Setelah beberapa lama masih begitu keadaannya pergi ke Bukit Bintang untuk mencari kedai membaik pulih komputer.



Sementara menunggu kerja membaik pulih siap berjalan-jalanlah di sekitar.



Dekat jam 5.30 baru dapat mengambil isteri kemudian singgah mandi air panas di Setapak.



Perjalanan diteruskan ke arah Gombak kerana mahu menghadiri syarahan di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) malam itu.



Singgah dahulu di beriktikaf masjid lama di Sungai Chinchin.



Hendak menyambung kerja perubahan cadangan tesis rentak sudah terganggu dan masa sedang terhad. Gantikan dengan membuat bacaan bahan sokongan bagi tesis. Itupun dalam keadaan kekok kerana banyak telah berubah pada sistem kompter. Pembaikan pulih memerlukan penukaran hard disk utama. Dengan itu harus dipasang baru Windows 11 sedangkan sebelum itu digunakan Windows 10. Dengan itu juga banyak penetapan/settings perlu dibuat kembali.



Semasa menunggu syarahan bermula pun masih bermain-main dengan settings dan bermacam lagi. Ini menganggu penumpuan pada syarahan walaupun setelah komputer riba ditutup.




Pun begitu tetap diikuti majlis sehingga selesai lalu dapat diceritakan dalam artikel Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan.



Ini pula di Janda Baik sekitar jam 11.15 malam. Selepas syarahan selesai jam 10 terus bergegas ke sana.



Oh. Malam sebelumnya 31 Jun telah melaksanakan edisi ke-31 "Merah Silu Live" di rumah. Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali ini adalah :-


49. Jejak Dinasti Al-Kamil Ogos 2010 - lebih 850 km. Lihat Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula....


Sebentar lagi jam 9.30 akan dilaksanakan edisi ke-32 insyaallah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan