Salam semua. Adapun saya dan isteri sekarang sudah 4 hari membuat perjalanan ke Pantai Timur. Pada masa ini sedang berada di Masjid Tokku Paloh di Kuala Terengganu mengikuti satu forum sempena Haul Tokku Paloh. Ada sedikit ruang kelapangan untuk berkongsi cerita satu majlis ilmu yang berlangsung 3 hari lalu.
Selasa malam Rabu 1 Julai 2026. Sebelum meninggalkan Lembah Klang lalu masuk ke negeri Pahang untuk menuju ke Pantai Timur pergi dahulu ke kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak.
Poster bagi majlis. Ia adalah yang kedua dalam siri berkenaan. Cerita tentang edisi pertama dan pembuka yang berlangsung sebulan boleh dirujuk melalui artikel Madani dalam sejarah : Islam, Timur dan Barat.
Di sini tidaklah perlu saya mengulas panjang. Selepas ini hendak berkejar ke Tok Bali di Kelantan untuk mengikuti majlis lain pada malamnya.
Secara rata syarahan kali ini adalah untuk menunjukkan bahawa konsep Masyarakat Madani tidak sama dengan Masyarakat Sivil.
Konsep Masyarakat Sivil muncul di Barat sebagai tentangan terhadap apa yang dilihat sebagai kekangan oleh agama (Kristian) terhadap hak kebebasan individu dan kumpulan.
Sedangkan konsep Masyarakat Madani muncul daripada penerapan murni agama Islam dalam kehidupan bermasyarakat di kota Madinah semasa zaman kepimpinan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
Dengan itu Masyarakat Sivil tidak sama dengan Masyarakat Madani.
Ini perlu kerana realitinya di Malaysia, pada ketika konsep Masyarakat Madani mahu diangkat tinggi ada kepentingan-kepentingan politik tertentu bukan Islam yang berusaha sedaya upaya untuk menyamakannya dengan konsep Masyarakat Sivil. Lalu dengan cara itu kepentingan Islam sebagai agama persekutuan dapat diketepikan. Ikuti sendiri syarahan melalui video bawah...











Tiada ulasan:
Catat Ulasan