Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru ke Pantai Timur. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang.
Awal pagi Khamis 2 Julai 2026. Bersolat Subuh di masjid jamek Karak.
Adapun sebelum itu telah bermalam di sebuah surau di Janda Baik. Tetapi selepas bangun untuk bersolat Tahajud jam 5 pagi terasa hendak bersiap lalu meneruskan perjalanan lebih jauh ke Pantai Timur. Kalau tidak harus selepas jam 10, selepas bersarapan lalu jalan-jalan di sekitar baru bergerak.
Dengan itu sampai ke tempat tujuan pertama bagi hari itu sebelum jam 7.30. Dah lama hendak singgah, sudah banyak kali lalu berdekatan, tapi baru kali ini jadi. Lihat artikel Centre point of Peninsular Malaysia di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Sasaran seterusnya adalah makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh. Saja-saja ambil jalan lalu bandar Mentakab.
Memandangkan masih awal (kalau bergerak dari Janda Baik selepas jam 10 tentu sampai di Temerloh pada waktu yang sesuai untuk memperolehi hidangan) beriktikaf dan berehat dahulu di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al Ubudiah, Kampung Batu Satu, Temerloh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.
Dekat jam 10.30 baru menyambung perjalanan iaitu selepas 2 jam berehat. Masuk sebentar berjalan-jalan di pekan Temerloh sebelum mencari kedai yang sudah dibuka untuk makan tengah hari .
Jumpa satu yang terasa sesuai memberikan pemandangan menarik Sungai Pahang. Ia dibuka bermula jam 11. Lihat Pahang river from a restaurant south of Temerloh.
Sebelum tengah hari sudah selesai makan. Di tepian jalan lama menuju ke Kuantan terjumpa gerai menjual durian pada harga diskaun. Layan pekena musang king.
Menurut rancangan asal mahu menuju terus ke Kuantan. Namun apabila mendapati ada banyak masa disebabkan bergerak awal timbul rasa hendak singgah dahulu di Pekan. Laluan yang dicadangkan oleh Google Map pula lalu di Chenor. Singgahlah di pekan kecil itu buat beberapa lama. Lihat artikel New waterfront attraction in Chenor diikuti Lawatan terbaru ke masjid lama (Latest visit to old mosque of) Chenor.
Laluan menuju ke Pekan juga membawa ke simpang untuk ke Tasik Chini. Singgahlah di tasik legenda tersebut. Lihat Latest visit to Tasik Chini.
Sebelum sampai ke Pekan (tapi sudah masuk daerahnya) singgah pula di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Acheh, Pekan.
Selepas itu terlihat simpang menuju ke tempat ini lalu masuk untuk melihat sebentar.
Di bandar diraja Pekan singgah di beberapa makam lama termasuk satu yang seingat saya belum pernah diziarahi sebelum ini. Lihat Makam (Tombs of) Nibong @ Tembuni.
Masuk juga ke Kuala Pahang untuk melihat satu kawasan tambak yang seharusnya memberikan pemandangan kuala sungai betul-betul di sebelah Laut Cina Selatan. Tapi ditutup kerana projek berkenaan masih tak siap-siap.
Singgah di makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka (hidup hampir 600 tahun lalu).
Sampai ke makam Tok Guru Peramu dekat Tanjung Lumpur, Kuantan jam 7.55 malam. Yang ini memang dalam rancangan asal.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan