Ahad, Mac 15, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Sehari lagi di Istanbul

Salam petang hari ke-25 bulan Ramadhan (di Malaysia, di Tanah Arab sudah 26). Pergi pada hari ke-14 perjalanan umrah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Bersedia untuk meninggalkan Madinah dan Tanah Arab



Dari Madinah mengambil penerbangan ke Istanbul lalu sampai sebelum tengah malam.



Malam itu setakat menginap di surau lapangan terbang.



Pagi Ahad 22 Februari 2026 jam 8.30 mula mengikuti perkhidmatan pelancongan Turkish Airlines. Ini adalah sepertimana ketika pertama kali sampai ke Istanbul 12 hari sebelum itu. Tetapi ketika itu menggunakan bas lebih besar. Lihat artikel Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul yang dipersembahkan 2 Mac.



Kali ini mengambil perkhidmatan separuh hari jam 8.30 pagi hingga 3 petang. Ini kerana perlu mengejar penerbangan kembali ke Malaysia jam 5.



Cuaca pula ini kurang memberangsangkan. Asyik hujan tak henti selain sejuk 6 darjah celsius.



Nasib baiklah tak hujan ketika lawatan pertama dahulu, setakat langit mendung. Dapatlah menikmati pemandangan sejauh mata memandang selain meriah berjalan-jalan.



Kali ini kami bahkan keluar buat sementara waktu daripada kumpulan pelancongan. Ini kerana mahu ke tempat yang tidak ada dalam jadual kumpulan. Sanggup berjalan kaki meredah hujan rintik.



Kami mahu menziarahi makam sahabat Nabi, Abu Ayub al-Ansari juga masjidnya. Inilah sahabat yang rumahnya di Madinah menjadi tempat tumpangan Nabi selama 7 bulan sambil Masjid Nabawi yang asal didirikan berserta rumah baginda yang bersambung dengan masjid.



Alhamdulillah saya dan anak-anak telah menjejakkan kaki di tapak rumah berkenaan, tidak jauh dari makam Rasulullah SAW. Lihat dalam Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjid Nabawi. Abu Ayub dimakamkan di Turki setelah meninggal dunia pada umur lebih 80 tahun. Ini adalah ketika menyertai usaha pertama umat Islam untuk menakluki Constantinople yang merupakan ibu kota kerajaan Rum Timur. 



Lokasi terletak di luar bawah tembok kota musuh. Beliau yang mewasiatkan agar dimakamkan di situ lalu demi memenuhi wasiat tentera Islam sanggup meredah serangan senjata musuh dari atas kota.  bisebabkan ada tersalah jalan singgah sekali satu tempat yang tak dirancang. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-








Singgah juga ke masjid dan makam Sultan Muhammad al-Fatih, sultan alim yang berjaya menakluki Constantinople milik kerajaan Rum Timur itu lalu menukar namanya menjadi Istanbul tahun 1453. Ketika itu baginda baru berumur 21 tahun.



Sultan ini jugalah yang bertanggungjawab menemukan makam Abu Ayub, setelah 8 abad tidak diketahui kedudukan. Nak cari pun susah selagi kerajaan Rum Timur masih berkuasa.Turut diziarahi makam isteri baginda yang melahirkan sultan kemudian. Lihat artikel-artikel berikut :-








Selepas itu baru ke kawasan utama pelancongan, untuk bersatu kembali dengan kumpulan.




Ini adalah di kawasan Istana Topkapi. 




Dapatlah melihat sejumlah barang peninggalan daripada Rasulullah SAW. Lihat artikel-artikel berikut :-









Keluar dari lingkungan luas Topkapi lalu di tepian Hagia Sophia, gereja agung Rum Timur yang ditukar menjadi masjid oleh Al-Fatih sejurus selepas kejatuhan Constantinople.



Tak berapa cantik rupa luar sebab dalam proses pembaikan.



Nak masuk dalam tak sempat kerana mengejar masa. Nak masuk percuma kena tunggu waktu solat berjemaah 5 waktu. Kalau tak kena bayar mahal sebagai pelawat. Cukuplah melihat dari luar sepertimana ketika pertama kali sampai ke Istanbul 12 hari lebih awal.



Jalan kaki lagi. Oh. Ketika ini hujan sudah berhenti.



Masuk bas pelancongan untuk kembali ke lapangan terbang. Sekarang tinggal satu sahaja lagi cerita tentang perjalanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan