Isnin, Mac 16, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Kembali ke Malaysia mengelak zon perang

OK. Setelah beberapa lama sampailah  pada cerita hari terakhir perjalanan iaitu hari ke-15. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Sehari lagi di Istanbul.



Maka masuklah kami mendaftar untuk penerbangan kembali ke tanah air dari Istanbul.



Ketika gambar ini diambil jam 4.08 petang Ahad 22 Februari masih lagi hari ke-14 perjalanan.



Menunggu untuk menaiki pesawat jam 5.



Gambar paparan di hadapan tempat duduk dalam pesawat jenis Airbus A350-900 ini diambil jam 5.21 petang. Ia memiliki tiga kamera memberikan sudut pandang berbeza yang boleh dipilih setiap penumpang. Ini adalah ketika pesawat sedia untuk berlepas. 



Keadaan pada jam 6.02 waktu tempatan. Inilah kali pertama sejak memulakan perjalanan 9 Februari naik pesawat ketika masih siang. Penerbangan-penerbangan sebelumnya - Malaysia ke Istanbul, Istanbul ke Jeddah, Madinah ke Istanbul - bermula sehingga berakhir dalam kegelapan malam.



Tukar paparan untuk menunjukkan kedudukan. Ketika itu sudah melepasi separuh negara Turki.



Jam 6.49. Menghampiri ruang udara Tbilisi, ibu kota negara Georgia. Ketika itu sudah gelap. Di Istanbul lebih 1,200 km ke barat harus sudah masuk Maghrib. Selepas itu harus melalui ruang udara negara Azerbaijan dan ibu kotanya Baku. Kemudian Laut Kaspian, tasik terbesar di dunia.



Dahulu ketika bergerak dari Malaysia ke Istanbul 9 Februari pesawat ada melalui Teluk Parsi dan perairan Iran. Seperti ramai sudah sedia maklum ketika itu angkatan perang Amerika Syarikat sedang bersedia untuk menyerang Iran lalu ini dinyatakan dalam artikel berkenaan iaitu Umrah sekeluarga 2026 - Berangkat di tengah konflik Amerika-Iran di Teluk Parsi. Kelihatan seperti bila-bila masa sahaja boleh tercetus perang. Penerbangan kali ini nampaknya mengelak zon perang.



Maklumat pada telefon pintar menunjukkan gambar ini diambil jam 2.06 pagi waktu Istanbul. Ertinya 2 jam lebih awal sudah masuk tarikh 23 Februari 2026 Isnin, hari ke-15 perjalanan. Sudah terlupa ambil ketika sampai di mana. Yang nyata matahari sudah naik. Di tempat atau negara berkenaan harus sudah melepasi jam 7 pagi.



Hmm. Harus sudah dekat Malaysia ini. Jam 2.13 waktu Istanbul adalah bersamaan 7.13 pagi waktu kita.



Hampir hendak mendarat ...









Selamat sampai.









Ketika itu mana tahu Amerika, bersama Israel akhirnya mula menyerang 28 Februari kemudian Iran membalas? Dalam kelam kabut serang menyerang (yang masih berlarutan hingga artikel ini ditulis 16 Mac tanpa apa-apa tanda akan berhenti dalam masa terdekat) ada jemaah Malaysia yang hendak kembali dari Jeddah tersangkut kerana ruang udara ditutup. Ada pula baru hendak pergi tersangkut di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang) kerana penerbangan ditunda tanpa dapat dinyatakan bila boleh diadakan semula. 

Beberapa hari juga hal ini berlangsung sebelum penerbangan dibuka kembali. Cuma jadi lebih lama dan mahal kerana terpaka mengambil laluan lebih jauh bagi mengelak zon perang yang meliputi seluruh negara Iran, Teluk Parsi dan perairan berdekatan. Negara-negara Teluk turut terjejas, apa lagi Israel.  Malah ancaman ada merebak sehingga ke Cyprus dan sebahagian Turki. Syukur alhamdulillah kami sekeluarga selamat pergi dan kembali. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan