Sabtu, Mac 14, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Bersedia untuk meninggalkan Madinah dan Tanah Arab

OK. Cerita perjalanan umrah menghampiri hari-hari penghujung. Pergi pada hari ke-13 perjalanan. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjid Nabawi.



Gambar ini diambil jam 12.14 pagi Sabtu 21 Februari 2026. Saya masih berlegar-legar di sekitar Masjid Nabawi.


Hari itu adalah yang terakhir kami berada di Madinah dan Tanah Arab.



Ziarah lagi ke makam Nabi.



Dah keluar masuk lagi masjid tetapi melalui pintu lain.



Beriktikaf sehingga sekitar jam 1.30 gitu.



Gambar ini pula diambil sekitar jam 11.



Pusing-pusing jalan bawah payung-payung masjid yang sedang terbuka luas. Lihat artikel The canopies of Masjid Nabawi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kemudian masuk lagi pintu ini, Babussalam untuk ke makam Nabi.






Keluar dari pintu Baqi' ambil gambar dari tapak rumah Abu Ayub al-Ansari.




Pergi lagi ke tiga masjid terdekat, dalam kawasan halaman Masjid Nabawi. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-


1. Masjid (Mosque of) Ghamama 2026 waktu siang (during daytime)






Keadaan sebelum masuk waktu Zuhur.



Menyambung bacaan Al-Quran bagi bulan Ramadan. Ketika itu sudah masuk Surah ke-9, Surah at-Taubah, penghujung juzuk ke-10. Walhal baru hari ke-4 bulan Ramadhan di Tanah Arab. Apa yang berlaku adalah selepas masuk tarikh 1 Ramadhan, Selasa malam Rabu 17 Februari saya tekun mengaji sehingga dalam tempoh sekitar 20 jam sahaja, sebelum menaiki kereta api meninggalkan Mekah untuk ke Madinah petang Rabu 18 Februari sudah selesai 5 juzuk.



Bersama isteri selepas Zuhur, sebelum kembali ke hotel.



Gambar ini diambil jam 2.32 petang. Kami hendak meninggalkan Madinah malah Tanah Arab.



Nah. Berhimpit-himpit barang kerana campur apa yang dibeli dengan Mekah dengan apa yang di Madinah.






Setelah beberapa lama sampai ke lapangan terbang Madinah.




Saya mengambil kesempatan untuk singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid lapangan terbang Madinah (Airport mosque of Medina)



Mendaftar masuk diri juga barangan untuk penerbangan.



Berbuka puasa jam 6.19 petang. Penerbangan dijadualkan berlepas jam 7.20 malam. Sambung sedikit tentang bacaan Al-Quran...

Adapun saya telah mengkhatamkan bacaan bagi bulan Ramadan awal pagi semalam Jumaat 13 Februari 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447. Bukan selalu dapat seawal begitu. Biasanya  baca pada qadar satu juz sehari. Tetapi disebabkan dapat 5 juz dalam tempoh sekitar 20 jam Ramadan bermula di Mekah kemudian sambung hingga selesai juz ke-11 sebelum meninggalkan Madinah itu yang dapat selesai awal. 

Paling cepat saya pernah khatam untuk suatu bulan adalah dalam tempoh 13 hari. Buat masa ini tak nampak bila dapat dilakukan lagi. Sudah Allah SWT mudahkan. Amin. :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan