Khamis, Mac 19, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - The complete set

Salam malam Jumaat 30 Ramadhan. Ketika ini saya sedang berada di Masjid Jamek Muar. Pagi tadi sebelum Subuh sempat beriktikaf di Masjid Kampung Hulu Melaka. Sebelum keluar ke masjid menunggu dahulu pengumuman bilakah akan masuk 1 Syawal. Ternyata ia adalah pada hari Sabtu 21 Mac seperti telah diramalkan melalui falaq. Takut juga kalau berlaku raya 'terkejut' hari Jumaat 20 Mac, kerana ada sejumlah pihak merasakan boleh berlaku begitu.

Dengan itu saya akan berpuasa Ramadhan selama 31 hari. Kerana telah memulakan sehari lebih awal, menurut jadual di Tanah Arab iaitu pada 18 Februari. Cerita-cerita tentang perjalananan berkenaan yang memakan tempoh masa keseluruhan 15 hari atau setengah bulan telah selamat dikongsikan. Sekarang biar dibuat artikel kompilasi. Anggaplah sebagai buah tangan untuk musim raya ini. Selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir batin daripada saya dan keluarga.


Perjalanan berlaku atas asbab isteri hendak menunaikan nazar mahu membawa semua anak-anak pergi umrah. Apabila hajat berkenaan tertunai dilaksanakanlah nazar menggunakan khidmat seorang ibu saudara yang sebaya dengan saya, tapi jadi ibu saudara disebabkan berkahwin dengan almarhum bapa saudara, adik kepada bapa. Ibu saudara itu rajin mengatur perjalanan ke luar negara termasuk umrah untuk kumpulan sekitar 10 orang sekali pergi secara DIY. Apabila diberitahu dapat menjimatkan banyak belanja pergi ke Tanah Arab sehingga 10 malam 11 hari malah dapat pergi ke Istanbul di Turki sekali kami pun mengambil perkhidmatan beliau.

Seorang sepupu, anak kepada almarhum adik ibu mahu ikut sekali, bersama seorang ibu saudara, adik lain ibu berumur 76 tahun. Oh ketika hampir penghujung 2025 sudah mendapat tarikh untuk pergi lalu bersiap-siap. Tiba-tiba ibu kembali ke rahmatullah 22 Disember 2025, ketika berumur 84 tahun. Pun begitu ibu sudah lama uzur lalu tidaklah terperanjat sangat. 

Rancangan perjalanan diteruskan dalam keadaan Timur Tengah mula memanas dengan Amerika Syarikat menghantar armada tentera besar ke Teluk Parsi untuk mengugut dan menakut-nakutkan Iran agar mengikut kehendak mereka, sebenarnya lebih pada menurut kehendak Israel. Ketika perjalanan bermula dengan penerbangan ke Istanbul Isnin malam Selasa 9 Februari 2026 sudah terasa bila-bila sahaja perang boleh berlaku. Nasib baik tak jadi lalu pesawat bergerak melalui Teluk Parsi. Selepas melihat beberapa tempat di Istanbul bergeraklah ke Jeddah Selasa malam Rabu 10 Februari. 

Awal pagi dilakukan umrah pertama. Khamis malam Jumaat 11 Februari mendaki Jabal Nur lalu ke Gua Hira' tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama lebih 1,400 tahun lalu. Dipendekkan cerita saya sempat menunaikan umrah ke-5, isteri dan anak-anak umrah ke-4 pada malam 1 Ramadhan. Ketika itu Selasa malam Rabu 17 Februari. 

Penduduk Tanah Arab berpuasa sehari lebih awal berbanding di Malaysia. Petang Rabu 18 Februari pergi ke Madinah, Sabtu malam Ahad 21 Februari pergi lagi ke Turki. Pagi Isnin 23 Februari sampai kembali ke Malaysia. Dalam tempoh waktu  tersebut keadaan di Timur Tengah sebenar semakin memanas. Ahad 28 Februari Amerika bersama Israel lalu Iran menyerang balas. Lalu perang berpanjangan sehingga kini. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Umrah sekeluarga 2026 - Berangkat di tengah konflik Amerika-Iran di Teluk Parsi

2. Views from a hilltop restaurant in Istanbul

3. Views from bus to Istanbul

4. Walking in Istanbul old town centre

5. Walled Obelisk.








14. Waters east of the Galata bridge

15. Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul

16. Masjidil Haram sekitar Subuh (around dawn ) 2026

17. Around Masjidil Haram 2026

18. Umrah sekeluarga 2026 - Mekah selepas 13 tahun

19. Quick look at Jabal Thur

20. Jabal Rahmah 2026

21. Masjid (Mosque of) Arafah

22. Passing through Mina 2026

23. Muzium (Museum of) al-Amoudi, Mekah (Mecca)

24. Climbing Jabal Nur with family

25.  Gua (The cave of) Hira' pada malam (at night) 2026

26. Umrah sekeluarga 2026 - Dari Jabal Thur ke Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat

27. Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjidil Haram

28. Visit to Wadi D'Fajr 

29. Masjid (Mosque of) Hudaibiyah, 2026 

30. Masjid lama (Old mosque of) Hudaibiyah, 2026

31. Masjidil Haram from a terrace restaurant at the Mecca clock tower

32. Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-2 dari Hudaibiyah

33. Shopping at Al Kakiyyah

34. Checking out an uphill part of Aziziyah

35. Masjid (Mosque of) Imam Ahmed bin Hanbal, Aziziyah

36. Around Masjidil Haram rooftop

37. Outside look of Masjidil Haram new northern section

38. Umrah sekeluarga 2026 - Dari kedai Kak Kiah ke bahagian bumbung dan utara Masjidil Haram

39. Road to Taif












































Tiada ulasan:

Catat Ulasan