Jumaat, Oktober 24, 2025

'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Mengimbau nostalgia Kluang sebelum ke Seremban

Salam petang Jumaat pertama bulan Jamadil Awal tahun 1447 Hijriah. Meneruskan lagi cerita perjalanan baru ke selatan. Bersambung daripada 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru.



Pagi Ahad 19 Oktober 2025. Setelah menginap di rumah adik bongsu saya di Setia Tropika kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan. Kali ini meninggalkan Johor Bahru untuk menghala kembali ke arah Lembah Klang.



Pun begitu masih ada banyak lagi persinggahan.



Mula-mula ke rumah seorang sepupu ibu di Renggam.



Kemudian ke bandar Kluang.



Ke Kluang itu untuk mengimbau nostalgia zaman pernah duduk di sana tahun 1983 hingga penghujung 1986.






Ketika itu saya duduk di asrama penuh Sekolah Menengah Sains Johor.






Lalu di beberapa tempat yang selalu disinggahi zaman persekolahan.






Dan tentunya masuk melihat sekolah lama yang memberikan sangat banyak kenangan.



Jika awalnya ada masuk Lebuh Raya Utara Selatan dari rumah adik sebelum keluar untuk ke Renggam dan Kluang, selepas itu masuk kembali lebuh raya melalui Air Hitam.



Kami cuba berhenti sebentar di tempat rehat Pagoh.



Selepas beberapa lama baru keluar lebuh raya melalui tol Pedas/Linggi untuk ke Rembau.



Pergi 'beraya ' ke rumah seorang lagi sepupu ibu iaitu di Senawang. Sebelum bermalam di rumah anak buah isteri di timur Seremban.


Khamis, Oktober 23, 2025

'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru

Melanjutkan penceritaan perjalanan baru ke selatan. Bersambung daripada 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Dari Shah Alam membawa ke Muar.


 

Pagi Jumaat 17 Oktober 2025. Saya, isteri dan ibu saudara keluar bersarapan di sebuah warung sambil menunggu basuhan pakaian saya dan isteri siap di dobi kampung milik datuk saudara, almarhum adik bongsu kepada almarhum bapa kepada ibu saya. Sempatlah menziarahi balunya di rumah.




Dari warung kelihatan jelas Bukit Treh yang memiliki legenda tersendiri. Sebelum basuhan siap sempat ke rumah seorang lagi saudara belah bapa kepada ibu, balu kepada anak kakak bapa ibu. Kemudian dua rumah milik saudara belah ibu kepada ibu. Satu asalnya diduduki almarhum abang ibu kepada ibu, satu lagi almarhum kakak ibu kepada ibu. Sekarang diduduki anak masing-masing, sepupu kepada ibu.



Masuk waktu untuk bersolat Jumaat membawa bapa ke masjid di bahagian lain Bukit Treh.



Selepas jam 3 bergerak meninggalkan kampung dan Muar untuk menuju lebih jauh ke selatan.



Ambil jalan lama ke Batu Pahat.



Kami mahu menziarahi sepupu ibu dekat bandar sana diikuti abangnya di Parit Raja. Almarhum bapa mereka adalah abang sulung kepada almarhum ibu kepada ibu saya.



Kemudian cadangnya hendak ke rumah saudara belah bapa kepada ibu di Parit Betak, Pontian. Tapi tak ingat kedudukan dan sudah malam lalu setakat lalu kawasan. Selepas itu singgah di rumah kawan sekerja lama isteri di bahagian lain Pontian sebelum bermalam di rumah ibu saudara, seorang lagi adik ibu, di Skudai, Johor Bahru.



Pagi Sabtu 18 Oktober. Selepas bersarapan di rumah ibu saudara tersebut ikut sama keluar berjalan.



Pergi ke rumah sepupu ibu di Pulai Indah, anak seorang lagi almarhum abang ibu kepada ibu. Kemudian ke rumah anak perempuan ibu saudara dekat Bandar Iskandar, persekitaran Gelang Patah. Anak itu, adik sepupu saya baru seminggu melahirkan anak.



Singgah pula ke rumah seorang lagi sepupu ibu di Bandar Baru UDA, anak bongsu kepada adik bongsu ibu kepada ibu. Selepas Asar baru bergerak untuk ke rumah adik bongsu saya di Setia Tropika kemudian menghantar balik ibu saudara ke rumahnya di Skudai.



Dah malam baru masuk ke pusat bandar raya untuk berjalan-jalan. Rasa tak lengkap kalau ke Johor Bahru tanpa lalu di sekitar pusat.



Kebiasaan saya lagi, kalau sampai ke pusat bandar raya mesti lalu Jalan Wong Ah Fook sehingga sekurang-kurangnya ke hadapan bangunan Tun Razak. Kali ini terpaksa mengelak disebabkan kesesakan luar biasa, nampaknya disebabkan persediaan bagi perayaan Deepavali hari Isnin 20 Oktober.

Rabu, Oktober 22, 2025

'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Dari Shah Alam membawa ke Muar

Salam. Merujuk pada artikel Tinjauan beberapa puncak bukit di Kuala Lumpur yang dipersembahkan awal pagi Jumaat 5 hari lalu. Ada dinyatakan bahawa ketika itu sudah masuk hari ke-4 satu perjalanan baru, kali ini ke selatan. Sukacita dimaklumkan lewat petang semalam selamat kembali ke rumah. Tanpa membuang masa biar dimulakan perkongsian.



Perjalanan secara rasminya bermula awal pagi Selasa 14 Oktober 2025 apabila keluar bersama isteri untuk menghantar ke pejabat beliau di Shah Alam.



Sejak 8 bulan kebelakangan iaitu sejak anak bongsu masuk tahfiz lalu duduk di asrama meninggalkan kami berdua di rumah saya agak kerap menghantar isteri pada hari-hari perlu berada di pejabat. Sementara isteri bekerja beriktikaflah di masjid negeri yang terletak tak sampai 1 km dari pejabat.



Kadangkala berjalan-jalan juga ke tempat lain di Shah Alam. Antaranya, ke kampus utama UiTM, Universiti Teknologi MARA seperti dilakukan petang itu kemudian. Selepas mengambil isteri dari pejabat balik ke rumah seorang ibu saudara di Petaling Jaya. Ini juga biasa dilakukan sejak 8 bulan kebelakangan. Kerana lebih dekat hendak pergi balik Shah Alam berbanding rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya, 50 km sehala perjalanan.




Cuma kali ini menginap Selasa malam Rabu sedangkan telah ditetapkan harus diadakan acara mingguan "Merah Silu live" melalui Tiktok bermula jam 9.30. Dengan itu berlangsunglah edisi ke-9 di rumah ibu saudara. Berdasarkan giliran dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021  tumpuan diberikan pada perjalanan berikut :-

 
19. Umrah ziarah 2005 - lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....



Pagi Rabu 16 Oktober keluar membawa beliau bersama menuju ke selatan. Isteri  bercuti panjang mengambil kesempatan atas cuti umum perayaan Deepavali Isnin 20 Oktober.




Singgah berjalan-jalan di Putrajaya...








Ibu saudara yang berumur sekitar 74 tahun sudah lama tak sampai.






Kami sempat 'beraya' di rumah adik beradik isteri di Bukit Changgang diikuti Salak Tinggi kemudian ke rumah adik beradik bapa saya di Tanjung Minyak dan Bukit Beruang, Melaka. Lewat malam sampailah ke rumah keluarga di Muar lalu bermalam.



Pagi Khamis 16 Oktober membawa ibu bapa saya keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Muar...



Memang setiap kali balik ke Muar akan ada satu hari ditumpukan untuk membawa mereka berjalan.



Ini adalah kali kedua ibu saudara berkenaan, adik kepada ibu, ikut sekali.




Kali pertama adalah pada sekitar 7 bulan lalu Asbab ke Muar awal Zulkaedah



Kali ini ibu saudara sempat menangani satu hal melibatkan tanah dan rumah yang diturunkan kepada adik beradik, di pejabat perbandaran. Dan kali ini juga beliau akan dibawa lebih jauh ke selatan.