Salam petang Jumaat pertama bulan Jamadil Awal tahun 1447 Hijriah. Meneruskan lagi cerita perjalanan baru ke selatan. Bersambung daripada 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru.
Pagi Ahad 19 Oktober 2025. Setelah menginap di rumah adik bongsu saya di Setia Tropika kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan. Kali ini meninggalkan Johor Bahru untuk menghala kembali ke arah Lembah Klang.
Pun begitu masih ada banyak lagi persinggahan.
Mula-mula ke rumah seorang sepupu ibu di Renggam.
Kemudian ke bandar Kluang.
Ke Kluang itu untuk mengimbau nostalgia zaman pernah duduk di sana tahun 1983 hingga penghujung 1986.
Ketika itu saya duduk di asrama penuh Sekolah Menengah Sains Johor.
Lalu di beberapa tempat yang selalu disinggahi zaman persekolahan.
Dan tentunya masuk melihat sekolah lama yang memberikan sangat banyak kenangan.
Jika awalnya ada masuk Lebuh Raya Utara Selatan dari rumah adik sebelum keluar untuk ke Renggam dan Kluang, selepas itu masuk kembali lebuh raya melalui Air Hitam.
Kami cuba berhenti sebentar di tempat rehat Pagoh.
Selepas beberapa lama baru keluar lebuh raya melalui tol Pedas/Linggi untuk ke Rembau.
Pergi 'beraya ' ke rumah seorang lagi sepupu ibu iaitu di Senawang. Sebelum bermalam di rumah anak buah isteri di timur Seremban.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan