Khamis, Oktober 23, 2025

'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru

Melanjutkan penceritaan perjalanan baru ke selatan. Bersambung daripada 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 - Dari Shah Alam membawa ke Muar.


 

Pagi Jumaat 17 Oktober 2025. Saya, isteri dan ibu saudara keluar bersarapan di sebuah warung sambil menunggu basuhan pakaian saya dan isteri siap di dobi kampung milik datuk saudara, almarhum adik bongsu kepada almarhum bapa kepada ibu saya. Sempatlah menziarahi balunya di rumah.




Dari warung kelihatan jelas Bukit Treh yang memiliki legenda tersendiri. Sebelum basuhan siap sempat ke rumah seorang lagi saudara belah bapa kepada ibu, balu kepada anak kakak bapa ibu. Kemudian dua rumah milik saudara belah ibu kepada ibu. Satu asalnya diduduki almarhum abang ibu kepada ibu, satu lagi almarhum kakak ibu kepada ibu. Sekarang diduduki anak masing-masing, sepupu kepada ibu.



Masuk waktu untuk bersolat Jumaat membawa bapa ke masjid di bahagian lain Bukit Treh.



Selepas jam 3 bergerak meninggalkan kampung dan Muar untuk menuju lebih jauh ke selatan.



Ambil jalan lama ke Batu Pahat.



Kami mahu menziarahi sepupu ibu dekat bandar sana diikuti abangnya di Parit Raja. Almarhum bapa mereka adalah abang sulung kepada almarhum ibu kepada ibu saya.



Kemudian cadangnya hendak ke rumah saudara belah bapa kepada ibu di Parit Betak, Pontian. Tapi tak ingat kedudukan dan sudah malam lalu setakat lalu kawasan. Selepas itu singgah di rumah kawan sekerja lama isteri di bahagian lain Pontian sebelum bermalam di rumah ibu saudara, seorang lagi adik ibu, di Skudai, Johor Bahru.



Pagi Sabtu 18 Oktober. Selepas bersarapan di rumah ibu saudara tersebut ikut sama keluar berjalan.



Pergi ke rumah sepupu ibu di Pulai Indah, anak seorang lagi almarhum abang ibu kepada ibu. Kemudian ke rumah anak perempuan ibu saudara dekat Bandar Iskandar, persekitaran Gelang Patah. Anak itu, adik sepupu saya baru seminggu melahirkan anak.



Singgah pula ke rumah seorang lagi sepupu ibu di Bandar Baru UDA, anak bongsu kepada adik bongsu ibu kepada ibu. Selepas Asar baru bergerak untuk ke rumah adik bongsu saya di Setia Tropika kemudian menghantar balik ibu saudara ke rumahnya di Skudai.



Dah malam baru masuk ke pusat bandar raya untuk berjalan-jalan. Rasa tak lengkap kalau ke Johor Bahru tanpa lalu di sekitar pusat.



Kebiasaan saya lagi, kalau sampai ke pusat bandar raya mesti lalu Jalan Wong Ah Fook sehingga sekurang-kurangnya ke hadapan bangunan Tun Razak. Kali ini terpaksa mengelak disebabkan kesesakan luar biasa, nampaknya disebabkan persediaan bagi perayaan Deepavali hari Isnin 20 Oktober.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan