Selasa, Oktober 14, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - The compilation

Sebagai melengkapkan perkongsian biar dibuat kompilasi bagi artikel-artikel yang membentuk penceritaan perjalanan utara.


Perjalanan bermula pagi Selasa 30 September 2025 untuk menghantar isteri menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang. Isteri terlibat dengan kesatuan sekerja syarikat-syarikat telekomunasi dan datang sebagai salah seorang wakil dari zon Selangor Barat. Mesyuarat berlangsung sehingga tengah hari Jumaat 3 Oktober. Sementara itu saya keluar berjalan-jalan membuat hal sendiri. 

Sempatlah pusing pulau, singgah di beberapa tempat di Kedah, mendaki Bukit Meriam tempat Sultan pertama Kedah bersemayam 900 tahun lalu, naik Gunung Jerai dan mendaki Bukit Mertajam walaupun mengalami kereta rosak di Parit Buntar malam Jumaat lalu harus menunggu bengkel dibuka pagi Jumaat  untuk membaiki kerosakan. Selepas kereta dapat berjalan kembali sempat mendaki Gunung Semanggol sebelum bertemu lalu mengambil isteri di Taiping. Perjalanan diteruskan singgah lagi beberapa tempat termasuk ke majlis Maulidur Rasul tahfiz anak di selatan Cheras pagi Ahad 5 Oktober. Apabila kembali ke rumah 10.30 malam didapati kereta telah dipandu sejauh 1,226.7 km. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Masjid Lama (Old Mosque of) Tanjong Huma, Batu Ferringhi 

2.  Batu Ferringhi visit 2025

3. Teluk Bahang visit 2025

4. A viewing point between Teluk Bahang and Sungai Pinang

5. The recreational area of Sungai Pinang

6. Sunset from Balik Pulau viewing point

7. Masjid Jamek Benggali (Main Benggali Mosque), Pulau Pinang

8. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel

9. Sunrise at Padang Kota

10. Lawatan baru (New visit to) masjid (mosque of) Batu Uban 

11. Tanah perkuburan (Cemetery at) masjid (mosque of) Batu Uban

12. The seafront at Kuala Muda







20. Pantai Merdeka after many years 

21. Masjid (Mosque of) Tuan Husein, Pantai Merdeka

22. Views from a prawn noodle shop in Pulau Sayak









































64. Lawatan terbaru ke (Latest visit to) makam (tomb of) Sheikh Ahmad Marzuki

65. Taman Tebu Aidil, Sungai Besar 

66. Kopi Sawah in Sekinchan

67. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Bersama ipar duai di Sungai Besar dan Sekinchan

68. Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Majlis Maulidur Rasul bersama anak-anak



Isnin, Oktober 13, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Majlis Maulidur Rasul bersama anak-anak

Salam. Setelah beberapa lama sampailah pada cerita hari ke-6 dan terakhir perjalanan. Bersambung daripada Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Bersama ipar duai di Sungai Besar dan Sekinchan.



Pagi Ahad 5 Oktober 2025 selepas Subuh. Saya dan isteri sedia untuk meninggalkan inap desa di Sekinchan.



Bergerak terus menghala ke Lembah Klang.



Cuma ada singgah di rumah makcik di Petaling Jaya yang asalnya kami bercadang untuk bermalam. Untuk mengambil beliau pergi ke majlis Maulidur Rasul di selatan Cheras.



Sampai awal lalu bersarapan terlebih dahulu.



Setelah beberapa lama baru majlis bermula lalu bergerak ke dalam rumah berkenaan.



Ini adalah Maulidur Rasul anjuran pemilik dan pengasas pusat tahfiz di mana dua orang anak kami sedang belajar lalu duduk di asrama.









Dibuat sekali majlis tahnik bagi beberapa orang bayi.



Kedua-dua anak kami menjadi antara lima pelajar tahfiz yang ditugaskan untuk membawa barangan tahnik seperti madu, kurma dan air zamzam ke hadapan ulamak jemputan.






Antara ulamak yang hadir...



Selesai majlis  singgah di beberapa tempat termasuk menghantar makcik kembali ke rumah.


Apabila sampai kembali ke rumah sendiri jam 10.30 malam didapati meter kereta menunjukkan ia sudah dipandu sejauh 1,226.7 km. Oh. Hampir terlupa. Hari ini 13 Oktober adalah hari ulang tahun ke-16 kelahiran anak kami Muhammad al-Aminul Rasyid. Beliau dan adiknya Muhammad Alauddin Johan yang 2 tahun setengah lebih muda belajar di tahfiz berkenaan.


Ahad, Oktober 12, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Bersama ipar duai di Sungai Besar dan Sekinchan

Meneruskan untuk cerita hari ke-5 perjalanan. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol.


Pagi Sabtu 4 Oktober 2025. Kami suami isteri telah bermalam di masjid ini lalu menziarahi makam ulamak yang mengasaskannya. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN :-


1. Lawatan terbaru (Latest visit to) Masjid (Mosque of) Marzukiyah, Lubuk Pusing

2. Lawatan terbaru ke (Latest visit to) makam (tomb of) Sheikh Ahmad Marzuki



Ini bagi memenuhi hajat isteri hendak menginap di masjid tersebut. Kami pernah beberapa kali sampai. Tetapi cuma saya sahaja pernah bermalam.



Kami juga mahu menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu isteri di Sungai Besar.



Masjid di Lubuk Pusing sudah tidak jauh dari tempat majlis perkahwinan. 



Hari berlaku majlis pula adalah sehari selepas selesai mesyuarat isteri di Pulau Pinang.



Itu yang diatur perjalanan sebegitu rupa supaya saya dapat bertemu isteri di Taiping petang Jumaat kemudian ke Lubuk Pusing untuk bermalam di masjid. Rujuk kembali cerita dalam Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol.






Beberapa orang adik beradik isteri hadir bersama keluarga masing-masing lalu saya mengajak mereka makan mee udang lipan di sebuah kedai berdekatan.



Hidangan istimewa ini susah hendak ditemui. Tak banyak tempat menghidangkannya.



Sudah bertahun juga saya tak rasa. Kali terakhir lalu bulan Jun kedai sedang tutup.



Seterusnya kami berjalan bersama beberapa buah kereta melihat tempat-tempat menarik.






Antaranya ada satu tempat makan bertemakan tanaman tebu. Lihat artikel Taman Tebu Aidil, Sungai Besar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas itu pergi ke inap desa di Sekinchan. Adik beradik isteri mahu bermalam. Saya dan isteri asalnya mahu menginap di rumah makcik di Petaling Jaya. Tetapi bertukar fikiran kerana isteri mahu bersama dengan adik beradik.



Lewat petang kami keluar ke satu tempat tarikan yang dilihat ketika menuju ke inap desa.



Memang menarik tempat ini. Seronok kami bersantai sama.






Walau isteri dan adik beradik asal orang kampung, dan ramai masih menetap di kampung, tempat mereka tiada sawah padi seperti halnya di sini. Lihat Kopi Sawah in Sekinchan.