Jumaat, Oktober 17, 2025

Tinjauan beberapa puncak bukit di Kuala Lumpur

Merujuk pada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel petang Rabu 8 Oktober. Ada dinyatakan bahawa ketika itu saya baru sahaja kembali daripada satu perjalanan ke utara, 6 hari 6 malam yang memakan jarak pemanduan lebih 1,200km. Selasa seterusnya (14 Okt) pula mahu memulakan satu lagi perjalanan jauh tetapi berlawanan arah iaitu ke selatan. Disebabkan itu cerita perjalanan utara mahu dilepaskan secepat mungkin. 

Dengan itu cerita hari terakhir,  Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Majlis Maulidur Rasul bersama anak-anak dapat dipersembahkan Isnin 13 Okt. Esoknya pagi bermulalah perjalan ke selatan. Kini sudah masuk hari ke-4. Selepas perjalanan dijangka selesai Selasa berikut 21 Okt insyaallah akan dikongsikan cerita. Tetapi sebelum itu biar dilepaskan satu cerita kecil sebagai 'perantara'.



Dalam artikel Ringkasan aktiviti setengah bulan kebelakangan September yang dipaparkan Rabu 24 September ada dinyatakan bahawa pada Ahad 21 September saya  pergi ke puncak beberapa bukit di Kuala Lumpur yang boleh dihampiri dekat dengan kereta. Antaranya Bukit Bandaraya di Bangsar. Petang Khamis 9 Oktober 2025 pergi lagi. Ini kerana ada rasa tak puas hati.



Dahulu itu naik sehingga bangunan yang kelihatan di hadapan. Setelah melihatnya sebagai terletak di puncak atau kawasan paling tinggi di Bukit Bandaraya.



Kemudian, apabali menyemak kembali melalui Google Earth juga satu apps untuk hiking, baru kelihatan ada satu bahagian lain tetapi berdekatan yang mungkin lebih tinggi.






Semakan melalui komputer juga menyebabkan saya pergi ke puncak tertinggi Bukit Pantai.






Selama ini cuma selalu lalu di jalan di balik rumah-rumah ini sedikit rendah ke bawah...







Dari Bukit Pantai  bergerak ke medan selera bersebelahan tempat kerja lama saya The New Straits Times di Jalan Riong untuk menikmati hidangan nasi beringin kegemaran. Oh, saya berjalan-jalan mengambil kesempatan selepas menghantar isteri ke cawangan pejabatnya di Tasik Titiwangsa. Hari-hari sebelumnya Selasa dan Rabu menghantar ke pejabat utama di Shah Alam.



Seterusnya naik ke bahagian tertinggi Bukit Persekutuan atau Federal Hill di mana terletaknya Istana Kedah (istana hinggap).



Bukit Persekutuan pun sudah banyak kali lalu. Zaman kolej penghujung 80 beberapa kali naik kereta dengan kawan-kawan cari rumah hantu. Tapi baru beberapa hari kebelakangan tergerak untuk menyemak di manakah paling tinggi.



Kesinambungan gerak membawa Tugu Negara lalu meninjau persekitaran yang dikenali sebagai Taman Tugu.









Selepas itu ke tempat belajar saya ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku.



Kali terakhir bertandang adalah pada 2 September. Lihat Membina peranan bagi memperkuatkan ASEAN dan hubungan dengan masyarakat antarabangsa.







Disitulah dipersembahkan cerita hari kedua perjalanan utara, Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Begitu banyak persinggahan sebelum dan selepas mendaki Bukit Meriam yang memerlukan 12 + 16 = 28 artikel sokongan. 


Sekarang merujuk sekali lagi pada cerita pertama, Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel. Ada dinyatakan tentang edisi ke-7 "Merah Silu Live" dalam Tiktok yang dibuat di Pulau Pinag Selasa malam Rabu 30 September. Di sini biar dinyatakan edisi seterusnya selamat dibuat di rumah waktu sama minggu berikutnya 7 Oktober. Rakaman boleh ditonton di atas. Dapatlah meliputi cerita-cerita perjalanan lama berikut sebelum membuka sesi soal jawab bebas :-


17. Berpetualang ke Aceh 2004 sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004

18. Ke Terengganu selepas Aceh 2004 - sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.


Nota : Tinjauan melalui komputer menunjukkan kawasan perumahan atas bukit di Kuala Lumpur secara rata tidak melebih ketinggian 150 meter dari paras laut. Lebih tinggi Bukit Antarabangsa yang sudah masuk negeri Selangor (atas sedikit 200 meter), lebih tinggi lagi Ukay Perdana (mencapai sekitar 250 meter). Paras atas 200 meter di Bukit Antarabangsa sudah dijejaki secara fizikal, begitu juga di Ukay Perdana. Cuma menunggu masa untuk ke paras paling tinggi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan