Isnin, Ogos 04, 2025

Asbab membayar kompaun motosikal

Pada awalan Artikel-artikel menilai penulisan Radzi Sapiee setakat ini yang dipersembahkan petang Jumaat 1 Ogos ada dinyatakan ketika itu saya sedang membuat perjalanan di Pahang dan artikel dipersembahkan di hadapan makam Mat Kilau di Pulau Tawar. Sukacita dimaklumkan saya sampai kembali ke rumah selepas jam 1 pagi tadi. Sebelum dikongsikan cerita perjalanan Pahang biar dilepaskan dahulu satu cerita kecil daripada Jun lalu.



Merujuk pula pada artikel Mendekati pemikiran Ibnu Khaldun dalam penulisan sejarah yang dibuat pada malam Jumaat 31 Julai sejurus sebelum memulakan  perjalanan ke Pahang. Gerak penulisan telah menyebabkan saya menyemak kembali bilakah kali terakhir ada membawa motosikal besar kesayangan berjalan lebih 13 km dari rumah iaitu jarak ke bandar Rawang di mana biasa dilakukan pelbagai urusan lalu mendapati ia berlaku pada 18 Jun. Namun asbabnya berlaku hampir seminggu sebelum itu. Pada pagi Khamis 12 Jun saya telah membawa motosikal ke Perpustakaan Negara untuk ke satu majlis. Lihat artikel  Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa diikuti Pameran Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa




Tidak diberitahu bahawa selepas itu ada pergi ke KLCC. Dan tidak diberitahu apabila kembali ke motosikal yang diparkir di satu bahagian hadapan bangunan didapati ada surat saman/kompaun diselit di motosikal, bukan daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tetapi daripada Polis Trafik. Selepas itu terus ke balai polis Dang Wangi untuk membayar kompaun. Tetapi pejabat polis trafik sudah tutup katanya. Perlu datang waktu bekerja hari lain.




Saya tidak akan pergi ke Kuala Lumpur yang terletak lebih 40 km dari rumah semata-mata untuk menyelesaikan kompaun. Maka itu esoknya apabila pergi menunaikan solat Jumaat 13 Julai di bandar Rawang pergi ke pejabat polis berdekatan. Tetapi diberitahu tak boleh bayar kompaun trafik kerana itu cuma boleh dibuat di pejabat bertaraf IPD, Ibu Pejabat Daerah. Yang terdekat adalah di Gombak atau di Kuala Kubu.




Rabu 18 Jun 2025 baru ada kelapangan untuk ke IPD di Hulu Selangor. RM150 ooo kena bayar kompaun. Nasib baik boleh dapat kurang jadi RM120. Tapi ambil masa untuk selesai kerana perlu buat rayuan ke ibu pejabat utama di Bukit Aman.




Apapun ia menjadi asbab saya berjalan-jalan di Kuala Kubu yang jaraknya hampir 40 kam dari rumah.



Pergilah berjalan hingga ke tasik empangan Hulu Selangor lagi 7 km lebih perjalanan.




Dalam perjalanan kembali ke rumah singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Melayu, Rasa di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN. Cukuplah cerita kecil ini sebagai 'pelepas rasa'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan