Jumaat, Ogos 08, 2025

Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau

Salam petang Jumaat 13 Safar 1447 Hijriah. Hari ini baru ada kelapangan dan cukup tenaga untuk memulakan perkongsian cerita perjalanan Pahang yang ada disebut dalam beberapa artikel sebelum ini sebagai selesai awal pagi Isnin selepas jam 1 pagi. Untuk itu harus disediakan terlebih dahulu 11 buah artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 7 di BERPETUALANG KE ACEH. Kita mulakan...



Perjalanan secara rasminya bermula Khamis malam Jumaat 31 Julai 2025 jam 9 apabila keluar rumah membawa isteri untuk ke cawangan pejabat beliau dekat Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Isteri mahu menyertai rombongan pekerja syarikat seramai 40 orang ke Pulau Redang selama 3 hari 2 malam.




Saya pun mengambil peluang untuk ke Janda Baik, Pahang lalu bermalam. Tengok-tengok surau yang selalu dijadikan tempat iktikaf telah mengalami perubahan. Lihat Lagi perubahan (More changes to) surau (praying hall of) Chemperoh.




Adapun kali terakhir singgah ke Janda Baik lalu bermalam di surau adalah dalam perjalanan kembali dari selatan Thailand bersama isteri dan anak-anak bulan April. Lihat Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jumaat di Janda Baik dan UIA. Ingatkan hendak melepak paling singkat pun hingga ke tengah hari. Tengok-tengok selesai wirid selepas Subuh pagi Jumaat 1 Ogos  'terpanggil' untuk bergerak awal.




Menurut rancangan asal memang mahu melepak lama di Janda Baik kemudian ke Raub kemudian ke Janda Baik lagi sebelum mengambil isteri kembali dari Pulau Redang di cawangan pejabat. Tetapi timbul rasa untuk berjalan lebih jauh dan meliputi lebih banyak tempat di Pahang.




Menurut rancangan asal sarapan adalah di Janda Baik, makan tengah hari mungkin di Raub kalau tidak pun ke sana keesokan harinya. Sebaliknya yang jadi adalah bersarapan di taman menghadap Sungai Pahang di Temerloh. Lihat Latest visit to Temerloh waterfront.




Gerak hati kemudian menyuruh menghilir Sungai Pahang menghala ke Bera.



Sampai ke Kampung Mengkarak buat pertama kali dalam ingatan singgah lalu ke masjidnya, tanah perkuburan di sebelah dan makam seorang ulamak silam yang dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Lihat artikel-artikel berikut :-








Selepas Mengkarak menghilir Sungai Pahang ke arah Chenor pula. Terlihat simpang ke satu jambatan baru pergi jengok sat. Lihat New bridge of Kampung Guai.



Ternampak kuala sungai ini singgah untuk melihat lebih dekat. Lihat The rivermouth at Kuala Triang.  




Adapun saya bergerak meninggalkan Janda Baik seusai wirid Subuh itu adalah disebabkan timbul rasa untuk mendaki Bukit Kertau di Chenor. Sebetulnya dari Temerloh ada jalan yang boleh lebih cepat sampai. Namun diambil jalan lebih jauh supaya dapat menghilir Sungai Pahang. Sebelum sampai ke kaki bukit singgahdi surau ini untuk melepaskan hajat.  Lihat Surau (Praying hall of) Tebing Tembah, Kertau.



Saya mula tahu tentang kewujudan Bukit Kertau apabila pertama kali sampai ke Chenor tahun 2015 untuk menganjurkan satu acara lalu terlihat bukit dari kejauhan. Lihat artikel Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Namun baru beberapa bulan kebelakangan menyimpan hajat untuk mendaki, setelah mendapat tahu ada denai yang cukup terang.




Jam 12.19 sampailah ke pangkal denai penndakian. Jam 1.10 sampai ke puncak. Lihat artikel  Climbing up Bukit Kertau diikuti On to the summit of Bukit Kertau.



Alhamdulillah masih sempat menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan, Jumaat pertama bulan Safar. Lihat Masjid baru (New mosque of) Seberang Chenor.



Namun itu adalah masjid terdekat menurut laluan jalan. Ada masjid lebih dekat kalau boleh terbang terus dari bukit, tidak perlu mencari jambatan untuk menyeberangi Sungai Pahang yang luas. Azan dari masjid itulah yang didengari ketika masih berada di atas bukit. Selepas solat Jumaat saya pun mencari lalu beriktikaf seraya melepaskan penat lelah. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Sekara.



Sekitar jam 3.30 baru menyambung perjalanan lalu singgah ke pekan lama Chenor. Pergilah ke masjid lamanya di mana pertama dianjurkan majlis lebih 10 tahun lalu kemudian ke medan pesisir Sungai Pahang. Lihat Lawatan baru ke masjid lama Chenor (New visit to the old mosque of Chenor) diikuti Latest look at the Chenor waterfront.




Selepas itu berkejar ke Gua Kota Gelanggi lebih 60 km perjalanan. Ini adalah antara persinggahan yang terbit dalam fikiran selepas mendapat 'panggilan' Bukit Kertau selepas Subuh. Sampai sejurus sebelum ditutup jam 5 petang. Lihat Latest visit to the caves of Kota Gua Gelanggi. Sempat membuat rakaman untuk dimuatnaik ke Tiktok. Lihat Gua Kota Gelanggi - Pusat latihan pejuang lama Melayu? diikuti Lagi Kota Gua Gelanggi - Banyak lagi boleh diteroka.




Turut terbit dalam fikiran adalah persinggahan ke Pulau Tawar, Iktikaf di dua buah masjid yang memiliki sejarah tersendiri. Lihat artikel Lawatan terbaru ke masjid lama Pulau Tawar (Latest visit to the old mosque of Pulau Tawar) diikuti Lawatan terbaru ke masjid jamek Pulau Tawar (Latest visit to main mosque of Pulau Tawar.



Pulau Tawar sebenarya terkenal sebagai tempat pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau lahir dan dibesarkan. Di situlah beliau dimakamkan setelah hidup lebih 100 tahun. Lihat Lawatan terbaru ke makam Mat Kilau (Latest visit to the tomb of Mat Kilau).




Di hadapan makam terbit rasa untuk mempersembahkan artikel Artikel-artikel menilai penulisan Radzi Sapiee setakat ini petang. Sebelum itu dibuat rakaman video untuk Tiktok. Lihat Tentang Mat Kilau dan perjuangannya".



Di situ juga dimulakan pembacaan Surah Al-A'raf dalam juzuk 8, bagi proses pengkhataman Al-Quran bagi bulan Safar. Agak mencabar juga mahu mengejar bacaan sekurang-kurangnya satu juz sehari dalam keadaan banyak berjalan juga banyak membuat persinggahan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan