OK. Meneruskan penceritaan perjalanan di Pahang minggu lalu. Bersambung daripada Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau.
Selesai urusan di Pulau Tawar saya ke bandar Jerantut makan malam kemudian ke Kuala Tembeling lalu menginap di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kuala Tembeling di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
Pagi Sabtu 2 Ogos 2025, selepas solat Subuh saya diajak ahli jemaah bersarapan sama di kedai makan berdekatan lalu dibawa dengan motosikal. Selepas itu berjalan kaki bersendirian melihat pekan kecil situ.
Pergilah ke jeti yang selalu digunakan pelancong asing untuk ke Taman Negara. Lihat artikel A misty morning at Kuala Tembeling di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sambung bacaan Al-Quran bagi bulan Safar.
Sambung juga bacaan kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris...
Kembali ke masjid sambung rehat. Jam 11 baru sedia untuk menyambung perjalanan. Sebelum itu ambil gambar-gambar masjid waktu siang. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Tembeling.
Perjalanan diteruskan ke bandar Kuala Lipis.
Sekitar 15 km sebelum bandar tergerak untuk mengambil simpang ke suatu tempat yang mana pernah dibawa saudara masuk lebih 20 tahun lalu. Lihat Reminiscing at Kuala Kenong.
Sekitar jam 12.20 baru sampai ke Kuala Lipis.
Masuk ke pusat bandar lama.
Alas perut di kedai makan dalam stesyen lama kereta api. Lihat New visit to Kuala Lipis old train station. Didapati juga stesyen lama tidak lagi digunakan kerana sudah ada stesyen baru. Lihat Kuala Lipis new train station.
Seterusnya singgah beriktikaf di masjid lama. Lihat Lawatan baru ke masjid lama (New visit to the old mosque of) Kuala Lipis.
Satu lagi tempat di Kuala Lipis mesti disinggahi walau sekadar melihat dari dalam kereta adalah jeti ini.
Selepas itu berkejar ke Raub tanpa singgah berhenti lagi di mana-mana.
Sebabnya untuk mendapatkan hidangan kegemaran ikan keli masak gulai asam rong. Tengok-tengok dah habis, katanya seawal jam 12 lagi. Nasib baiklah kedai sebelah masih ada kuah. Layanlah dengan ikan keli goreng, jadilah.
Selepas itu singgah di masjid ini untuk menjamakkan solat juga melepaskan sedikit penat lelah. Lihat Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Sempam Baru.
Hampir jam 5 baru ziarah kubur Nenek, ibu kepada ayah saya.
Selepas menjengok ibu saudara di rumah arwah Nenek singgah di bandar Raub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan