Rabu, Ogos 28, 2024

Follow up Bukit Kiara lalu ke ISTAC lama dan Sungai Penchala

Merujuk pada artikel  Apabila Bukit Kiara menjadi persinggahan antara majlis zikir dan tazkirah ilmu yang dipersembahkan petang Ahad lalu.  Ini ada follow up atau susulannya.



Pendakian Bukit Kiara pada pagi Ahad 25 Ogos menyebabkan saya tergerak untuk mencari tempat pemandangan menarik daripada bahagian lain bukit. Pagi semalam Selasa 27 Ogos 2024. setelah membuat sedikit kajian bentuk muka bumi melalui gambar-gambar satelit di Google Earth saya pun keluar untuk ke satu tempat yang ditandakan sebagai memberikan pemandangan menarik




Dalam perjalanan jadi lagi peka memerhatikan kedudukan bukit bukau di sekeliling. Misalnya satu bahagian Lebuh Raya Utara Plus menghala ke tol Jalan Duta sebenarnya membelah bahagian utara Bukit Kiara yang menghala ke Kepong.




Tapi sebelum itu pekena nasi beringin kegemaran di medan selera berdekatan pejabat lama saya, The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsa.




Dari situ timbul rasa untuk mengambil jalan masuk ke Bukit Persekutuan.




Laluan diambil membawa ke Bukit Damansara lalu kelihatanlah  kampus lama ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Timbul rasa untuk singgah ke dalam.




Persinggahan tak dirancang menyebabkan tergerak untuk mengambil gambar atas lalu diletakkan di Facebook bersama teks berikut :-


NIKMAT TUHAN MANAKAH YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN?
Gerak perjalanan tanpa dirancang membawa ke bangunan ISTAC lama di Bukit Damansara. Kebetulan, menurut aturan bagi usaha mengkhatamkan Al Quran untuk bulan Safar, hendak masuk surah ke-55 iaitu ArRahman. Maka dibacalah di surau situ selepas solat Zohor.




Teringat kali pertama sampai atas tugasan sebagai wartawan di The New Straits Times pada tahun 1997 atau 1998 gitu. Ketika itulah mengenali Sharifah Shifa, anak kepada pengasas ISTAC, Profesor Tan Sri Syed Naquib al-Attas lalu beliau mengajak menyambung pengajian ke peringkat sarjana.




Namun ketika itu saya tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Siapa sangka dua dekad kemudian akan menyambung di kampus baru ISTAC di Bukit Tunku. Lihat artikel lama Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia.




Kini saya sudah bergelar alumni ISTAC juga UIA (Universiti Islam Antarabangsa, badan lebih besar yang menaungi ISTAC), selepas mendapat ijazah sarjana tahun 2023. Lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53. Tak lama lagi insyaallah akan menyambung ke peringkat PhD pula.




Dalam persinggahan kali ini, tak kurang 26 tahun sejak pertama kali menjejakkan kaki di kampus lama, baru ada membuat 'kajian'. Saya mengambil sedikit masa untuk menyambung satu penulisan jurnal yang sudah lebih 2 bulan terbengkalai. Oh. Saya juga ada mengambil sejumlah gambar untuk dijadikan artikel  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lihat :-








Selepas itu baru mencari tempat pemandangan menarik daripada bahagian lain Bukit Kiara. Berdasarkan apa yang dilihat di Google Earth saya mencuba dahulu laluan dari Sri Hartamas.




Namun didapati laluan pejalan kaki ke tempat berkenaan terhalang oleh kompleks bangunan perumahan. Perlu masuk ke kompleks terlebih dahulu untuk sampai sedangkan itu memerlukan kebenaran.




Hendak tak hendak saya cuma dapat melihat persekitaran dari satu bahagian lain bukit. Lihat artikel Looking for a viewing point up Bukit Kiara from Sri Hartamas  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari tempat tadi kembali ke Sri Hartamas sebelum mengambil terowong yang memotong  ke dalam Bukit Kiara untuk ke Sungai Penchala di barat bukit.



Saya ke situ kerana ada laluan lain yang boleh membawa ke tempat pemandangan menarik daripada bahagian lain bukit seperti ditemui melalui Google Map. Singgah sebentar di masjid yang kelihatan. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Tengku Abdul Aziz Shah, Sungai Penchala.



Pun begitu saya sekadar melepasi simpang masuk ke laluan tersebut. Ini kerana tahu kalau naik pun tetap akan terhalang oleh pagar kompleks perumahan, sama halnya seperti masuk dari arah Sri Hartamas. Sebaliknya saya jadi lebih tertarik untuk naik ke sebuah bukit lain berdekatan, kerana terlihat ada bangunan seperti masjid di atasnya.


Alhamdulillah dapat mencari jalan untuk ke atas....


Menariknya di dua bahagian berlainan atas bukit saya mengalami deja vu iaitu sudah melihat tempat dan keadaan walau pertama kali sampai. Seingat saya sudah berbulan, mungkin dekat setahun tidak mengalami hal ini. Entah apa makna dan petunjuk? Lihat Looking for viewing points up a hill at Sungai Penchala

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan