Selasa, Ogos 15, 2023

Kompilasi cerita "Antara perpustakaan dan mahkamah"

OK. Seperti kebanyakan cerita yang dibuat secara bersiri cerita perjalanan yang membentuk siri "Antara perpustakaan dan mahkamah" pun perlu ada kompilasi.


Perjalanan berlaku atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada pagi Selasa 8 Ogos 2023. Setelah mendapatkan tahu Pesta Buku Perak 2023 mahu diadakan di AEON Klebang dekat Ipoh 3-7 Ogos saya pun bergerak petang Ahad 6 Ogos lalu berjaya mendapatkan ruang bagi mempromosi buku terbaru saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai. Selesai bicara saya bergerak untuk menghala kembali ke rumah melalui jalan lama ke Lembah Klang lalu singgah dari perpustakaan ke perpustakaan awam yang dapat dikesan melalui Google Map bagi menyumbangkan buku ke-13 saya Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 (terbit Jun 2019). Tengah hari Rabu 9 Ogos baru kembali ke rumah. Hal melibatkan buku Laksamana (juga hal melibatkan kes mahkamah sebenarnya) mendapat kesinambungan apabila dapat menyampaikan buku Laksamana kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah selepas satu majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada hari Khamis 10 Ogos.


1.  Antara perpustakaan dan mahkamah : Pesta Buku Perak 2023

2. Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang

3. Sebuah tanah perkuburan Islam di (A Muslim cemetery at) Sri Kinta

4. A visit to the Gepai waterfall

5. Masjid (Mosque of) Kampung Poh, Bidor

6. Bidor river at the far end of Kampung Poh

7. Bidor river from a bridge at Kampung Poh

8. Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor

9. Masjid (Mosque of) Felda Besout 1 

10. Morning at Felda Besout 1

11. Antara perpustakaan dan mahkamah : Melengkapkan sumbangan di Besout dan Slim

12. Antara perpustakaan dan mahkamah - Bersama Sultan Nazrin di ISTAC


Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,414 di CATATAN SI MERAH SILU. Semoga apa yang berlaku terutama penyerahan buku Laksamana kepada baginda Sultan menjadi petanda baik dalam usaha membela maruah keluarga kami yang cuba dikacau dan diasak sejumlah pihak.



Ahad, Ogos 13, 2023

Antara perpustakaan dan mahkamah - Bersama Sultan Nazrin di ISTAC

Salam petang Ahad 13 Ogos 2023 bersamaan 26 Muharram 1445 Hijriah. Cerita seterusnya ini berlaku selepas kembali daripada perjalanan Perak 6-9 Ogos. Tetapi ia diletakkan sebagai penutup siri "Antara perpustakaan dan mahkamah" kerana memang ada kesinambungan. Dengan itu bersambung daripada artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Melengkapkan sumbangan di Besout dan Slim.



Adapun semasa hari kedua perjalanan Isnin 7 Ogos (seperti diceritakan dalam artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang) saya menerima poster di atas dalam grup WhatsApp ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) menyatakan acara berkenaan jadi dilangsungkan pada pagi Khamis 10 Ogos. Acara ini sebenarnya telah diwar-warkan dalam kalangan warga ISTAC sejak lebih sebulan lalu. Cuma ketika itu ia dinyatakan sebagai akan berlangsung pada pagi Sabtu 12 Ogos.




Namun rancangan jadi terganggu apabila diumumkan Pilihan Raya Negeri (bagi 6 buah negeri) akan diadakan pada tarikh sama. Walaupun kemudian muncul cadangan ia boleh diadakan pada 10 Ogos tetapi masih tidak pasti sehinggalah diwar-warkan kembali poster pada 7 Ogos.




Saya pula memang merancang untuk hadir bersama isteri.




Ini kerana selain memang sukakan majlis ilmu terutama di ISTAC, buat pertama kali Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin  Shah akan datang bertandang.




Sebetulnya baginda pernah ke bangunan lama ISTAC di Bukit Damansara. Bangunan baru yang siap beberapa tahun kemudian di Bukit Tunku ini yang belum pernah.




Kelihatan permaidani kuning diraja telah diletakkan di beberapa laluan. Ini menunjukkan baginda akan membuat lawatan ke bahagian-bahagian berkenaan terutama perpustakaan.




Majlis berupa pelancaran buku akan diadakan di dewan utama ISTAC.




Ketika saya dan isteri sampai jam 9 sudah ramai tetamu undangan mengambil tempat. Cuma masih menunggu ramai lagi sampai.




Poster menyatakan majlis bermula jam 9.30. Sultan Nazrin sampai selepas jam 10.



Keadaan yang tak dirancang membawa saya berdiri di satu sudut. Tak sangka berdekatan meja tempat baginda mahu menandatangan rekod kedatangan ke ISTAC.




Tak pasal-pasal "enter frame" ketika ramai jurugambar terutama dari pihak media merakamkan kenangan...



Sebetulnya saya menunggu masa yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu kepada Sultan Nazrin. 



Tetapi kenalah tunggu majlis berupa pelancaran buku bertajuk Islam and Biomedicine yang disunting oleh cendekiawan besar anak Melayu, Datuk Dr Afifi Al-Akiti, selesai.



Kelihatan baginda memberikan titah diraja yang sarat dengan sejarah dunia perubatan melibatkan Islam sebelum membawa ke hal masa hadapan melibatkan AI (Artificial Intelligence).



Seterusnya diadakan forum melibatkan Afifi dan seorang profesor yang pakar dalam ubat-ubatan terutama vaksin. Kedua-dua mereka merupakan tenaga pengajar di University of Oxford di United Kingdom.



Apabila dibuka ruang untuk menanyakan soalan saya adalah antara orang yang ke hadapan...




Kemudian diadakan ucapan oleh guru saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.




Apabila majlis selesai lalu Tuanku Sultan Nazrin bergerak untuk ke luar dari dewan baru dapat peluang untuk menyampaikan 'sesuatu' . Itu yang kemudian dipaparkan gambar atas di Facebook bersama teks berikut :-


-----------


BUKU LAKSAMANA RAJA MAHKOTA MUHAMMAD AMIN SUDAH SAMPAI KE TANGAN SULTAN PERAK

Alhamdulillah. Berpeluang menyampaikan buku terbaru saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai (terbit Mei 2023) kepada tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Syah di ISTAC tengah hari tadi Khamis 10 Ogos. Semoga dengan ini penceritaan sebenar mengenai keluarga kami sampai lalu baginda cakna tentang beberapa hal berkaitan yang sedang berlaku sekarang. Turut disampaikan buku ke-3 saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" (Nov 2007) dan buku ke-13 Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 (Jun 2019). Isteri yang suruh bagi. Kata beliau supaya tuanku dapat mengenali diri saya sebagai seorang penulis selain apa yang dikongsikan tentang hal ehwal keluarga Laksamana Perak.



Selepas itu saya dan isteri harus berkejar untuk mengambil anak balik dari sekolah pagi jam 12.50 petang. Tetapi sebelum itu tunggu guru saya sampai dari tempat duduknya di hadapan. Tengok-tengok mantan Menteri Besar Perak yang juga pemegang jawatan Orang Kaya kaya Sri Agar Diraja (Dato' Sagor, Orang Besar Lapan Perak) ada bersama lalu kami pun bergambar.



Malam itu kami dapat tahu majlis disiarkan secara langsung dalam Astro Awani. Lalu boleh kelihatan  saya bertanyakan soalan bermula minit ke 1:21.43.



Bermula minit 1:27.12 pula muka saya, kali ini bersama isteri  kelihatan lagi dalam video malah lebih lama. Ini disebabkan ada orang lain bertanya soalan sedangkan kedudukannya menyebabkan kami masuk dalam medan pandangan. Walhal beliau berdiri sekitar 15 kaki ke hadapan. 



Semua ini boleh ditonton dalam video penuh atas. Laporan-laporan yang mengenengahkan titah Sultan juga perkongsian daripada Afifi boleh dilihat di sini. Titah diraja penuh pula di sini.




Seterusnya didapati saya menyampaikan buku kepada Sultan itu ada terakam oleh ISTAC TV, badan yang bertugas membuat siaran langsung dan merakamkan acara ISTAC.




Lihat video atas ini, bermula minit 2:16.29 iaitu hampir penghujung rakaman.