Sabtu, April 22, 2023

Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya

Salam pagi Sabtu 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444 Hijriah. Selamat hari raya maaf zahir batin daripada saya dan keluarga. Untuk hari raya ini biar dipersembahkan artikel kompilasi bagi perjalanan terbaru ke Perak yang berlangsung Sabtu malam Ahad 15 April bersamaan 25 Ramadhan sehingga petang Selasa 18 April bersamaan 27 Ramadhan. Sebagai gambar hiasan biar disuakan kad/poster hari raya yang dibuat berdasarkan kulit buku terbaru saya yang insyaallah akan siap dicetak 3 minggu lagi. Rujuk artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan diikuti Buku Laksamana Muhammad Amin dan Orang Kaya Arsyad dah masuk kilang.



Poster raya ini menggabungkan gambar saya dan keluarga bersama gambar Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah (1874-1877), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan sejumlah pejuang Perak di kota milik kaum kerabat kami di Batak Rabit pada 12 April 1874. Perjalanan ke Perak 15-18 April 2023 pula berlaku 149 tahun kemudian atas asbab mahu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah. Ia adalah kali pertama saya hadir perbicaraan bagi tahun 2023.  Sebelum itu selalu hadir, hampir setiap bulan tahun 2022. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama yang dipersembahkan pada 22/12/22, artikel terakhir di blogspot CATATAN SI MERAH SILU bagi tahun lalu. Tetapi selepas itu tidak dapat bersama disebabkan hal serta komitmen lain.

Seperti biasa apabila dah keluar berjalan ke Perak saya berusaha untuk singgah ke tempat-tempat menarik terutama melibatkan sejarah yang terkait dengan asal usul dan perjalanan keluarga. Ini boleh dilihat melalui artikel-artikel berikut :-


1. Masjid (Mosque of) Kampung Kelan, Slim River

2. Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng

3. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak

4. Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng siang hari (during daytime)

5. Going into Gua Tempurung 

6. Going further into Gua Tempurung

7. Visiting the Gaharu Tea Valley

8. Visiting oher parts of the Gaharu Tea Valley.

9. Masjid (Mosque of) Kampung Raja in Parit, Perak 

10. Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Pulau Semat

11. Masjid (Mosque of) Kampung Rambai Tujuh

12. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Panglima Alang Ishak

13. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari Gua Tempurung ke Bukit Chandan

14. Sebuah makam terserlah di Pengkalan Pegoh (An outstanding tomb at Pengkalan Pegoh)

15. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit

16. A more meaningful look of the Perak river at Batak Rabit

17. Makam terserlah di Kuala Bidor (An outstanding tomb at Kuala Bidor)

18. Perak river from Sungai Suli

19. Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Jejak persekitaran Kuala Bidor


1 ulasan:

  1. Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting oleh Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberikan saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubunginya melalui WhatsApp (+2348056051569) atau e-mel: (Illuminatiofficial565@gmail.com)

    BalasPadam