Isnin, Mei 01, 2023

Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Dari kampung isteri di Tanjung Sepat ke kampung sendiri di Muar

Salam Hari Buruh 1 Mei 2023 bersamaan 10 Syawal 1444 Hijriah. Ini adalah hari yang baik untuk memulakan Puasa Enam secara berturutan hingga hari Sabtu kerana boleh dapat sekali pahala puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga pahala Puasa Putih (13, 14, 15 tengah bulan Islam). Adapun saya dan keluarga baru ini telah menyelesaikan satu perjalanan ke selatan yang meliputi jarak lebih1,300 km. Sekarang biar dimulakan perkongsian.



Perjalanan ini secara rasminya bermula tengah hari Khamis 20 April 2022 apabila saya, isteri dan dua orang anak bergerak ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor. 




Kami menghabiskan beberapa hari di sana termasuk hari pertama Aidil Fitri pada Sabtu 22 April. 




Dalam tempoh beberapa  hari itu dapatlah mengeluarkan artikel-artikel berikut dari Tanjung Sepat :-


1.  Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit (dipersembahkan petang Khamis 20 April)






Oh. Sedikit gambar kami berhari raya bersama saudara mara belah isteri di sekitar...










Ahad 23 April malam Isnin baru bergerak ke kampung saya di Muar, Johor. Ini dibuat supaya dapat bersama anak perempuan sulung kami yang cuma dapat memulakan cuti bermula Isnin 24 April. Anak kedua pula telah bercuti lebih awal tetapi memilih untuk bersama menemani kakaknya naik kereta api sehingga ke Rembau. Kami bertemu jam 9.30 malam lalu sampai ke Muar tengah malam. Petang Isnin itu, selepas menerima kedatangan beberapa orang saudara mara belah saya di rumah ibu bapa baru kami keluar berjalan-jalan di bandar Muar. Tempat pertama dituju adalah kedai Kopi 434 yang menjadi kegemaran kami anak beranak.







Selepas itu baru ke tempat-tempat lain di Muar.







Lewat petang itu buat pertama kali seingat saya sejak dilahirkan di Muar tahun 1970 lalu menetap sehingga tahun 1987 kemudian selalu kembali untuk bercuti saya tergerak untuk masuk ke dalam di suatu tempat bernama Parit Tiram. Baru tahu sudah ada jalan kecil persisiran Sungai Muar di sana.



Selalunya saya juga keluarga setakat lalu di jalan besar di hadapan, Kali ini baru ada singgah di surau sana. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Parit Tiram, Muar dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Lebih menarik lagi adalah pemandangan Sungai Muar yang dapat dilihat dari jalan persisiran. 


Memang cantik. Kedudukannya sesuai untuk melihat matahari terbenam.


Ada beberapa kedudukan sepanjang jalan persisiran boleh memberikan pemandangan menarik sekitar bandar Muar. 


Difahamkan kawasan ini baru dinaikkan untuk dijadikan tarikan pelancongan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-


1. Muar river from Parit Tiram

2. More of Muar river from Parit Tiram

3. Still more of Muar river from Parit Tiram


Tiada ulasan:

Catat Ulasan