Selasa, September 06, 2022

Perjalanan kecil pusing Pahang - Pulau Tawar, Kota Gelanggi dan legasi Mat Kilau

Pada ketika ini saya sedang berada di rumah ibu bapa di Muar. Setelah sampai bersama anak dan isteri hari Ahad malam Isnin lalu. Petang ini akan bertolak ke Melaka kemudian ke kampung isteri di Tanjung Sepat dekat Banting, Selangor. Sementara ada kelapangan biar dilepaskan dahulu cerita hari ke-2 juga hari terakhir bagi pejalanan di Pahang baru ini. Sebelum itu harus disiapkan dahulu 3 buah artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH berserta 11 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) Sekarang bersambunglah cerita daripada Perjalanan kecil pusing Pahang - Menunaikan hajat yang tertunda akibat banjir hujung tahun lalu.




Pagi Sabtu 3 September 2022. Setelah bermalam di sebuah bilik dalam kawasan madrasah yang kelihatan saya melihat ke sekeliling.




Hebat madrasah ini sekarang. Siap sudah ada kelab menunggang kuda. Lihat The religious school of Pulau Tawar.




Padahal ia bermula daripada sebuah masjid lama yang telah ditinggalkan buat beberapa lama sebelum dipulihkan kembali lalu dijadikan madrasah. Kalau hendak tahu di masjid inilah pahlawan melayu terkenal yang filem tentangnya sedang meletup ketika ini iaitu Mat Kilau membesar dan belajar agama. Di sini jugalah beliau mendedahkan identiti sejati diri pada tahun 1969 iaitu selepas lebih 70 tahun diisytiharkan mati oleh British. Sedangkan beliau sebenarnya telah menyembunyikan diri. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat sambil memakai nama-nama lain. Lihat Lawatan baru ke masjid lama Pulau Tawar (New visit to the old mosque of Pulau Tawar)




Masjid terletak cantik di tepian Sungai Pahang tetapi kena turun lembah sedikit. Lihat  Latest look at the Pahang river in Pulau TawarAdapun saya pertama kali sampai ke Pulau Tawar lalu menziarahi makam Mat Kilau ketika sampai bersama keluarga pada tahun 2009. Lihat artikel Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau. Selepas beberapa lama baru tahu tentang masjid lama ini dan kisahnya lalu singgahda dan bermalam di dalamnya, juga bersama keluarga pada tahun 2014. Lihat Bertandang ke Pulau Tawar - Jejak legasi Mat Kilau. Kini sudah ada papan maklumat yang cukup isi di hadapannya. Baru tahu pengasas masjid iaitu Mualim Yunus membinanya pada tahun 1700. Ini adalah sekitar 150 tahun sebelum Mat Kilau lahir.




Selesai mandi dan bersiap kami ke masjid jamek lebih baru yang terletak sedikit ke utara. Lihat Lawatan baru ke masjid jamek Pulau Tawar (New visit to main mosque of Pulau Tawar). Kemudian baru ke makam Mat Kilau yang terletak tidak jauh dari situ.




Menariknya adalah seluruh tanah perkuburan berkenaan kelihatan terjaga cantik. Batu-batu nesan dicat putih. Lihat Tanah perkuburan Islam (The Muslim cemetery of) Pulau Tawar.




Buat pertama kali saya dapat melihat yang manakah makam Mualim Yunus. Untuk makluman ini adalah perjalanan kali ke-4 saya ke Pulau Tawar dan tanah perkuburannya. Untuk isteri ia adalah kali ke-3. Lihat Makam (Tomb of) Mualim Yunus. Ketika menulis artikel tentang makam tiba-tiba teringat sahabat seperjuangan saya dalam dunia penulisan dan pengkajian sejarah lama Melayu iaitu Ustaz Hasanuddin Yusuf yang kini sudah bergelar Dr (PhD). Terasa harus memberitahu kerana beliau pernah menyampaikan cerita tentang di Pulau Tawar terdapat tiga orang wali. 



Ketika itu, ketika cerita diterima sekitar tahun 2015 kalau tak salah, dua daripada mereka dikatakan telah meninggal dunia iaitu Mualim Yunus dan Mat Kilau. Oh. Di makam Mat Kilau sudah ada papan maklumat baru yang memberikan lebih banyak cerita. Lihat Lawatan baru ke makam Mat Kilau (New visit to the tomb of Mat Kilau).




Dalam lawatan kali ini juga baru tersedar bahawa tanah perkuburan di Pulau Tawar mengunjur lebih besar dan  jauh ke dalam lalu terdapat beberapa lagi makam lama yang dimiliki orang-orang handal. Lihat Lagi tentang tanah perkuburan Islam Pulau Tawar (More on the Muslim cemetery of Pulau Tawar). Berbalik pada cerita tentang tiga orang wali di Pulau Tawar. Seorang lagi iaitu imam masjid lama masih hidup ketika itu. Saya pun memberitahu Ustaz Hasanuddin bersempatan untuk bertemu orang tersebut pada tahun 2014. Ini ada diceritakan dalam Bertandang ke Pulau Tawar - Jejak legasi Mat Kilau. Beliau pula memberitahu pernah ke Pulau Tawar untuk mencari tetapi tidak bertemu.



Pada tahun 2016 saya ke Pulau Tawar lagi lalu berkesempatan untuk bertemu lagi hamba Allah yang dikatakan bertaraf wali itu. Lihat artikel 'Menimbang' air Sungai Pahang - Kaitan Perak-Aceh membawa ke Pulau Tawar dan Mat Kilau diikuti 'Menimbang' air Sungai Pahang - Mengambil berkat wali hidup di Pulau Tawar sebelum ke Gunung Senyum, seberang Temerloh dan Pesta Air Chenor. Dalam lawatan terbaru ini baru tahu beliau telah meninggal dunia pada tahun 2019. Lihat Makam (Tomb of) Imam Bakar, Pulau Tawar.

Hal ini disampaikan kepada Ustaz Hasanuddin. Kata saya sekarang Ustaz boleh menziarahi makam ketiga-tiga orang yang dikatakan bertaraf wali itu, dahulu imam tak dapat ditemui sedangkan pengasas masjid lama iaitu Mualim Yunus tidak diketahui kedudukan makamnya. Dalam perbualan melalui telefon itu baru tahu bahawa cerita tentang tiga orang wali itu bukan didapati melalui mimpi. Sebaliknya ia disampaikan oleh seorang ulamak tabligh bernama Maulana Helmi. Sedangkan beliau pula diberitahu oleh seorang penduduk tempat di Pulau Tawar.



Oh. Sepanjang berada di tanah perkuburan kami dapat melihat ada ibu bapa dari luar membawa anak-anak untuk menziarahi makam Mat Kilau. Ini adalah hasil penangan filem yang meletup. Tengok-tengok juga dekat-dekat situ sudah ada Warung Mat Kilau.



Siap ada jual baju lagi. Anak kecil saya Johan pun meminta agar dibelikan sehelai. Dia mahu yang berwarna hitam putih seperti di belakang...




Selepas bersarapan kami berkejar ke Gua Kota Gelanggi. Tempat ini pun sudah beberapa kali kami jejaki. Kali ini terus menuju ke gua paling utama dan terletak paling dalam. Lihat Straight to Gua Balai.



Dari situ menghala pula ke bandar Jerantut lalu terlihat galeri ini dan singgah. Lihat Galeri (Gallery of) Mat Kilau.




Perjalanan diteruskan melepasi pinggir bandar Jerantut untuk menghala ke Raub. Terlihat masjid lama kami pun singgah Masjid warisan (Heritage mosque of) Kampung Bharu, Jerantut.




Turut disinggahi masjid lebih baru ke hadapan sedikit. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Bharu, Jerantut.




Sampai ke Raub terus ke Simpang Kallang untuk pekena hidangan gulai asam rong ikan keli...




Puas makan ziarah makam Nenek iaitu ibu kepada ayah kemudian menjamakkan solat di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Muttaqin, Kampung Sempam Baru, Raub.




Perjalanan diteruskan dengan niat mahu membawa anak-anak bermandi manda di air terjun Chamang dekat Bentong. Tengok-tengok jalan ke Bentong yang terdekat dengan simpang ke air terjun ditutup lalu perlu mengambil lebuh raya baru yang dikenali sebagai Central Spine Road.



Tukar niat untuk bermandi manda di Hutan Lipur Lentang pula di tepian Lebuh Raya Karak. Tengok-tengok seluruh kawasan ditutup. Maka teruslah ke Janda Baik lalu bermandi manda di satu bahagian yang seingat saya belum pernah sendiri mandi, setakat ada lalu dengan kenderaan sahaja.



Sebelum seorang anak harus masuk kembali ke asrama tahfiz (lihat asbab perjalanan dalam artikel  Perjalanan kecil pusing Pahang - Menunaikan hajat yang tertunda akibat banjir hujung tahun lalu) makan petang pula di warung yang baru sebulan gitu dibuka oleh seorang kawan lama di hadapan surau Chemperoh.




Selepas jam 9 malam baru sampai ke rumah lalu mendapati kami sudah berjalan sejauh 594 km. Sekian cerita... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan