Khamis, April 22, 2021

Senarai perjalanan terjauh : 30 hingga 21

Salam malam Jumaat 11 Ramadhan. Meneruskan perkongsian senarai daripada 50 perjalanan terjauh. Bersambung daripada artikel Senarai perjalanan terjauh : 40 hingga 31 dengan menyuakan senarai perjalanan ke-30 hingga ke-21. Untuk makluman senarai diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Ia mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan.


30. Jejak Merong 2010


Lakaran ringkas lebih 1,200 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.


29. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 


Di Semenanjung. Lihat sini


Di Riau. Lihat sini

Lakaran mudah Semenanjung 1042 km + (108 km x 2 = 216 km) feri pergi balik + pusing Bintan 52 km = 1,310 km. Jarak sebenar harus lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.


28. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (tahun 2012)


Lakaran mudah sekitar 1,000 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.


27.  Bermotosikal ke Pantai Timur 2012 


Lakaran mudah 1,374 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.


26. Ke Patani Januari 2017 


Lakaran mudah 1,325 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.


25. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 


Lakaran mudah lebih 1,300 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....


24. Pantai Timur Ramadhan 2009 


Lakaran mudah 1,426 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".


23. Ke Patani Mac 2018 


Lakaran mudah lebih 1,300 km. Lihat sini. Sedangkan meter kereta menunjukkan 1,537 km. Campur ada naik kereta orang harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.


22. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 


Lakaran mudah 1,358 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 1,400 km. 


Di Langkawi. Lakaran mudah 144 km. Lihat sini. Jarak sebenar termasuk perjalanan naik bot di 3 lokasi berlainan iaitu Kilim Geoforest (sekitar 10 km), Tanjung Rhu membawa ke Gua Cherita (sekitar 12 km) dan Kuah membawa ke Pulau Dayang Bunting (sekitar 42 km) harus lebih 210 km. 

Perjalanan keseluruhan sebenar harus 1,680 km (1,400 km + 70 km feri pergi balik + 210 km). Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun


21. Scotland 1993 


Lakaran mudah 1,579 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.

Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 14, 980 km (1,400 + 1,400 + 1,400 + 1,400 + 1,400 + 1,500 + 1,500 + 1,600 + 1,680 + 1,700). Julat jarak perjalanan adalah 1,400 km hingga 1,700 km.


1 ulasan: