Khamis, April 22, 2021

Senarai perjalanan terjauh : 40 hingga 31

Berkongsi dahulu satu posting saya di Facebook tadi. Sesuatu yang menggembirakan dan sebenarnya ada kena-mengena dengan perkongsian cerita-cerita perjalanan lama...



SASARAN MALAM JUMAAT SEBELUM SASARAN 13 RAMADHAN

Alhamdulillah berjaya mencapai sasaran pembacaan Al-Quran untuk hari apabila dapat menamatkan Surah Fatir pada penghujung Juz 22 selepas solat Asar. Insyaallah bolehlah menyambung dengan surah seterusnya iaitu Yasin sambil masuk Juz 23 selepas Maghrib malam ini. Dengan itu dapat sekali memenuhi kebiasaan membaca Surah Yasin pada setiap malam Jumaat sebelum menyambung ke surah-surah seterusnya. Sasaran selepas itu - khatam Al-Quran bagi bulan Ramadhan pada hari ke-13. Doakan saya dimudahkan. 

---------

Ini pula kata-kata saya tentang posting atas setelah meletakkannya di WhatsApp group Kelab Buku Merah Silu...

Sambil lepaskan cerita sambil kejar sasaran beramal dalam bulan Ramadhan. Saya percaya setiap kali berjaya menyelesaikan suatu perkara yang tercetus akibat gerak hati akan muncul suatu hikmah atau perkara baik yang tak terfikirkan.

Sekarang biar disambung cerita daripada artikel Senarai perjalanan terjauh : 50 hingga 41. Dikeluarkan pula senarai perjalanan ke-40 hingga ke-31 terjauh saya. Sekadar mengingatkan lagi - Senarai diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Ia mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan.


40. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003


Lakaran mudah 900 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus lebih 1,100 km. Lihat  Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003.


39. Umrah ziarah 2005 


Lakaran mudah hampir 1,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....


38. Medan-Aceh November 2011 


Lihat sini


Di Pulau Samosir. Lihat sini

Lakaran mudah 1031 km + 130 km = 1061 km. Jarak sebenar harus lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".


37. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu 2018 


Lakaran mudah dekat 1,030 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,100 km. Lihat Perjalanan terbaru ke Terengganu tahun 2018 - Menyahut panggilan kebatinan dan isyarat-isyarat yang muncul kemudian....


36. Aceh 2009 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 195 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 250 km. 


Ke luar Banda Aceh - Lakaran mudah 871 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 900 km.

Jarak keseluruhan = 250 km + 900 km = 1,150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....


35. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003


Lakaran mudah kurang 1,163 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus  sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003.


34. Naik basikal separuh Semenanjung 1989


Lakaran mudah hampir 1,220 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.


33. Aceh 2014 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 155 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 180 km. 


Ke luar Banda Aceh - Lakaran mudah 1,051 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 1,100 km. 

Jarak keseluruhan = 180 km + 1,100 km = 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.


32. Pantai Timur bersama isteri 2009


Lakaran mudah 1,218 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.


31. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 




Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 11,993 km (1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,150 + 1,250 + 1,250 + 1,280 + 1,300 + 1,363). Julat jarak perjalanan adalah 1,100 km hingga 1,363 km.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan