Khamis, Jun 20, 2019

Ceritera Bahasa Melayu di Negara Tercinta dan di Peringkat Antarabangsa oleh Awang Sariyan

Bersambung daripada Sedikit berkenaan sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2019 di Arkib Negara.


Dekat jam 3 saya masuk ke dewan Arkib Negara...











Kelihatan Profesor Dr. Supyan Hussin yang merupakan pengarah ATMA  (Institut Alam dan Tamadun Melayu di UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia) sedang memberikan pengenalan tentang tokoh bahasa terkenal, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berserta sedikit biodata dan latar belakang kecendekiawanan beliau.


Awang yang diperkenalkan sebagai pemegang Kursi Za'aba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak akan membawa syarahan/pembentangan bertajuk "Ceritera Bahasa Melayu di Negara Tercinta dan di Peringkat Antarabangsa".


Namun beliau membuka dengan mengingatkan terlebih dahulu bahawa walaupun dijadualkan memegang jawatan tersebut bermula 1 Jun ia belum berkuatkuasa secara rasmi kerana beberapa hal teknikal perlu diselesaikan terlebih dahulu. Oleh itu secara rasminya jawatan beliau masih ketua Unit Tamadun Melayu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam). Atas kapasiti inilah Awang menjadi pensyarah saya dalam subjek berkenaan tahun lepas.

Beliau masuk pada bab atau fasal pertama syarahan. Perkembangan bahasa Melayu dibahagikan kepada 4 fasa seperti yang kelihatan.


Ditunjukkan jangkauan kependudukan orang Melayu yang meliputi Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Bahasa Melayu awal atau purba dipercayai sudah wujud paling lewat pun 4,000 tahun lalu.


Fasa kedua - bahasa Melayu kuno meliputi zaman tertegaknya Empayar Srivijaya yang terkenal itu...


Bahasa Melayu ketika itu sangat jauh berbeza dengan apa yang ada kini.


Hmm. Mungkin ada sedikit kekeliruan di sini. Slaid membawa tajuk "Ceritera Fasal Keempat" sedangkan subjeknya iaitu "Bahasa Melayu Klasik" merupakan fasa ke-3 dalam perkembangan bahasa seperti dinyatakan pada awal tadi.  Apapun ini merujuk kepada perkembangan bahasa setelah agama Islam mula tertegak di Alam Melayu. Bahasa yang digunakan ketika itu boleh dikenali kerana lebih menghampiri bahasa kini.





Masuk zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diakui gemilang abad ke-15 hingga awal 16 Masihi bahasa Melayu telah diakui sebagai satu bahasa besar dunia...





Masuk pula bahasa Melayu baharu atau bahasa Melayu kini yang merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik...



Disebutlah tentang perancangan untuk memajukan dan memartabatkan bahasa terutama setelah berlaku fasa penjajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu abad ke-19 hingga abad ke-20...














Namun berbagai cabaran dihadapi disebabkan pihak-pihak yang seperti memandang rendah bahasa Melayu...



Pun begitu ramai pula pihak luar berminat untuk mendalami  lalu Awang berkongsi pengalaman beliau di luar negara termasuk mengajar di negara Cina sebelum menutup bicara dengan membacakan satu sajak tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu...





Sedikit berkenaan sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2019 di Arkib Negara

Salam petang Khamis 16 Syawal. Merujuk pada artikel Open house impromptu Syawal 1440 Hijriah yang dipersembahkan 16 Jun iaitu Ahad lalu. Sepatutnya pada malam berlakunya open house yang disebut itu saya berada di kampus UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk satu majlis pelancaran di CASIS (Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation) diikuti kuliah ilmu. Tapi tak jadi akibat melayan tetamu dan membantu isteri menangani rumah terbuka yang asalnya dibuat untuk meraikan kawan-kawan sepejabatnya sahaja. Pagi tadi pula saya sepatutnya hadir majlis diskusi buku di tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ini pun tak jadi kerana rasa tak larat kurang sihat.

Kalau ikutkan memang beberapa hari ini saya tak sedap badan lalu tak mahu keluar dari kawasan. Tapi ada satu majlis dihadiri di Kuala Lumpur 2 hari lepas walaupun sampai lewat...


Majlis yang dimaksudkan adalah sambutan Hari Arkib Antarabangsa pada hari Selasa 18 Jun 2019 di Arkib Negara. Saya telah diberitahu tentangnya oleh tokoh bahasa terkenal, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan yang merupakan salah seorang pensyarah saya di ISTAC. Disebabkan undangan daripada beliau yang berserta peruntukan khas tempat duduk saya memberikan komitmen akan datang. Majlis dijadualkan bermula jam 9 pagi dengan perasmian diikuti pengisahan sejarah bertajuk "Arkib Negara Malaysia: Enam Dekad Mendepani Cabaran".





Tetapi saya sampai selepas jam 2 petang. Rancangnya memang nak hadir daripada pagi tapi saya betul-betul rasa tak sihat dan tak larat nak keluar rumah.


Kalau tidak kerana telah memberikan komitmen tentu saya akan berehat sahaja di rumah. Bila dah keluar tu orang jarang nampak kita sebenarnya sedang kurang sihat sebab dah diketepikan segala rasa kurang enak  apa lagi saya datang berbusana tradisional Melayu lengkap bertanjak, bersampin, berkeris bagai...


Bahagian pagi ke tengah hari acara termasuk makan sudah pun selesai. Saya pun sedang puasa enam bersama puasa putih (13, 14, 15 tengah bulan Hijriah) jadi memang tak perlu makan. Tapi masih ada lagi sesi petang boleh dihadiri. Sementara itu lihat sedikit pameran sementara di ruang legar.


Ia memaparkan gambar tokoh-tokoh yang koleksi peribadi mereka sedang diangkat sebagai simpanan arkib berserta sejumlah koleksi...











Turut diangkat adalah Awang Sariyan dan koleksinya...


Ini bermakna beliau sudah diiktiraf sebagai seorang tokoh besar.



Ahad, Jun 16, 2019

Open house impromptu Syawal 1440 Hijriah

OK. Dalam kesibukan musim raya kuat membara kerana dan dikira masih awal lagi (belum masuk setengah bulan) dan orang buat open house atau rumah terbuka merata kami pun ada cerita. Sesungguhnya semasa inilah orang bandar terutama di sekitar Lembah Klang mengadakan rumah terbuka mengambil kesempatan hujung minggu. Kalau hujung minggu lalu rata-rata orang Melayu Islam berada di kampung atau tempat asal masing-masing untuk menghabiskan masa bersama keluarga....


Sudah menjadi semacam tradisi buat saya dan isteri sejak berpindah ke rumah sendiri di Sungai Buaya, Rawang awal tahun 2014 membuat majlis rumah terbuka pada bulan Syawal musim raya.



Walau tak dirancang seringkali jadi juga open house. Ini disebabkan kami terutama isteri suka meraikan tetamu. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-


2014

2015

2016

2017

2018
Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018




Tahun ini isteri kata tak nak buat open house dah sebab penat mengatur perkara...


Tapi bila ada kawan-kawan sepejabat kata nak datang semalam hari Sabtu 15 Jun 2019 bersamaan 11 Syawal 1440 Hijriah  terus jadi satu majlis open house secara tiba-tiba atau impromptu...

















Cuma ia bermula tanpa saya mengajak kawan-kawan atau kenalan saya sendiri. Dah dekat nak malam baru nak buat undangan kepada mereka...








Ini kerana saya mahu mengajak kawan-kawan dan kenalan apabila buku ke-13 saya sudah disiap dicetak lalu boleh ditunjukkan kepada mereka. Buku dijangka akan keluar minggu hadapan. Cuma tak pasti hari apa. Lihat Bersedia untuk menyambut buku ke-13 Radzi Sapiee @ Merah Silu - Mengambil berkat beberapa Jumaat untuk menggerakkan usaha..