OK. Dalam kesibukan musim raya kuat membara kerana dan dikira masih awal lagi (belum masuk setengah bulan) dan orang buat open house atau rumah terbuka merata kami pun ada cerita. Sesungguhnya semasa inilah orang bandar terutama di sekitar Lembah Klang mengadakan rumah terbuka mengambil kesempatan hujung minggu. Kalau hujung minggu lalu rata-rata orang Melayu Islam berada di kampung atau tempat asal masing-masing untuk menghabiskan masa bersama keluarga....
Sudah menjadi semacam tradisi buat saya dan isteri sejak berpindah ke rumah sendiri di Sungai Buaya, Rawang awal tahun 2014 membuat majlis rumah terbuka pada bulan Syawal musim raya.
Walau tak dirancang seringkali jadi juga open house. Ini disebabkan kami terutama isteri suka meraikan tetamu. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-
2014
2015
2016
2017
2018
Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018
Tahun ini isteri kata tak nak buat open house dah sebab penat mengatur perkara...
Tapi bila ada kawan-kawan sepejabat kata nak datang semalam hari Sabtu 15 Jun 2019 bersamaan 11 Syawal 1440 Hijriah terus jadi satu majlis open house secara tiba-tiba atau impromptu...
Cuma ia bermula tanpa saya mengajak kawan-kawan atau kenalan saya sendiri. Dah dekat nak malam baru nak buat undangan kepada mereka...
Ini kerana saya mahu mengajak kawan-kawan dan kenalan apabila buku ke-13 saya sudah disiap dicetak lalu boleh ditunjukkan kepada mereka. Buku dijangka akan keluar minggu hadapan. Cuma tak pasti hari apa. Lihat Bersedia untuk menyambut buku ke-13 Radzi Sapiee @ Merah Silu - Mengambil berkat beberapa Jumaat untuk menggerakkan usaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan