Dekat jam 3 saya masuk ke dewan Arkib Negara...
Kelihatan Profesor Dr. Supyan Hussin yang merupakan pengarah ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu di UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia) sedang memberikan pengenalan tentang tokoh bahasa terkenal, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berserta sedikit biodata dan latar belakang kecendekiawanan beliau.
Awang yang diperkenalkan sebagai pemegang Kursi Za'aba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak akan membawa syarahan/pembentangan bertajuk "Ceritera Bahasa Melayu di Negara Tercinta dan di Peringkat Antarabangsa".
Namun beliau membuka dengan mengingatkan terlebih dahulu bahawa walaupun dijadualkan memegang jawatan tersebut bermula 1 Jun ia belum berkuatkuasa secara rasmi kerana beberapa hal teknikal perlu diselesaikan terlebih dahulu. Oleh itu secara rasminya jawatan beliau masih ketua Unit Tamadun Melayu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam). Atas kapasiti inilah Awang menjadi pensyarah saya dalam subjek berkenaan tahun lepas.
Beliau masuk pada bab atau fasal pertama syarahan. Perkembangan bahasa Melayu dibahagikan kepada 4 fasa seperti yang kelihatan.
Ditunjukkan jangkauan kependudukan orang Melayu yang meliputi Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Bahasa Melayu awal atau purba dipercayai sudah wujud paling lewat pun 4,000 tahun lalu.
Fasa kedua - bahasa Melayu kuno meliputi zaman tertegaknya Empayar Srivijaya yang terkenal itu...
Bahasa Melayu ketika itu sangat jauh berbeza dengan apa yang ada kini.
Hmm. Mungkin ada sedikit kekeliruan di sini. Slaid membawa tajuk "Ceritera Fasal Keempat" sedangkan subjeknya iaitu "Bahasa Melayu Klasik" merupakan fasa ke-3 dalam perkembangan bahasa seperti dinyatakan pada awal tadi. Apapun ini merujuk kepada perkembangan bahasa setelah agama Islam mula tertegak di Alam Melayu. Bahasa yang digunakan ketika itu boleh dikenali kerana lebih menghampiri bahasa kini.
Masuk zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diakui gemilang abad ke-15 hingga awal 16 Masihi bahasa Melayu telah diakui sebagai satu bahasa besar dunia...
Masuk pula bahasa Melayu baharu atau bahasa Melayu kini yang merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik...
Disebutlah tentang perancangan untuk memajukan dan memartabatkan bahasa terutama setelah berlaku fasa penjajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu abad ke-19 hingga abad ke-20...
Namun berbagai cabaran dihadapi disebabkan pihak-pihak yang seperti memandang rendah bahasa Melayu...
Pun begitu ramai pula pihak luar berminat untuk mendalami lalu Awang berkongsi pengalaman beliau di luar negara termasuk mengajar di negara Cina sebelum menutup bicara dengan membacakan satu sajak tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan