Jumaat, Ogos 02, 2019

Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian

Menyambung gerak penulisan daripada artikel Tunggangan spontan motosikal besar pagi Sabtu 24 Zulkaedah. Seperti artikel tersebut artikel ini mahu berkongsikan suatu cerita daripada minggu lepas malah sehari lebih awal. Ia berkenaan ulasan tentang buku terbaru saya KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995 yang baru sebulan lebih keluar daripada kilang cetak. Alhamdulillah ulasan tentang buku muncul dalam akhbar Berita Harian hari Jumaat 26 Julai 2019 iaitu tepat seminggu lalu...



Gambar ulasan berkenaan ada dikongsikan dalam Facebook petang Jumaat itu berserta teks berikut.  Baru kini terasa mahu diletakkan dalam blogspot ini pula. Klik pada gambar untuk paparan bersaiz besar...


-------------------


BUKU KE-13 MERAH SILU - TRAVELOG YANG TIDAK RUGI DIBACA KATA BERITA HARIAN

Alhamdulillah. Sudah keluar rupanya ulasan tentang buku ke-13 saya, "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995" dalam akhbar Berita Harian hari ini, Jumaat 26 Julai 2019. Selepas solat Jumaat baru dapat tahu lalu saya pun mencari akhbar di kedai. Lihat bahagian Sastera & Budaya muka surat 78.

Ternyata ulasan yang diberikan sangat menggembirakan dan memberangsangkan. Dua perenggan akhir meringkaskannya :-


"Ternyata sesiapa yang menyelak helaian pertama naskhah ini pasti akan menamatkannya, kerana penulis berjaya menyuntik elemen ingin tahu dalam karya ini, selain bahan tambahan seperti peta laluan perjalanan, gambar lokasi lawatan, pas dan tiket perjalanan.

"Malah, ia turut menampilkan nota ringkas tulisan tangan yang dibawa bersama sepanjang pengembaraan, sekali gus menjadikan ia travelog yang tidak rugi dibaca."


Terima kasih kepada pengarang meja Sastera & Budaya BH, saudara Nazmi Yaakub kerana memberikan ruang. Terima kasih kepada saudari Siti Fatimah Mohamed Anwar kerana mengulas. Buku ini boleh didapatkan di kedai-kedai buku terpilih seperti Books Kinokuniya di KLCC. Boleh juga beli terus daripada saya dan dapat tanda tangan. Ikut panduan berikut...

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

Pilih salah satu harga:-

1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada penulis. Boleh berjumpa di rumah beliau di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya beliau berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)

2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun yang tertera :-

AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

MAYBANK - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju


---------------

Sungguh Berita Harian telah memberikan ulasan yang menyenangkan. Tentang penilaian yang diberi iaitu 5 itu risau juga saya pada mulanya. 5 daripada berapa? Kalau 5/10 itu setakat biasa-biasa sahaja. Bolehlah dan saya sudi menerima. Sudah diulas buku setelah sebulan ia keluar pun saya dah bersyukur amat-amat apa lagi kata-kata yang diberikan memang menyenangkan. 

Kemudian baru dibandingkan dengan ulasan buku-buku lain dalam ruangan sama. Ternyata penilaian 5 itu adalah 5/5 atau markah penuh. Alhamdulillah. Dengan ini biar dikumpulkan juga artikel-artikel saya yang lain melibatkan buku baru ini. Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,818 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan