Jumaat, Jun 14, 2019

Bersedia untuk menyambut buku ke-13 Radzi Sapiee @ Merah Silu - Mengambil berkat beberapa Jumaat untuk menggerakkan usaha

Salam petang Jumaat. Bersambung gerak penceritaan dan perkongsian daripada artikel Satu gerak berkenaan keberadaan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad... sementara ada sisa hari Jumaat 10 Syawal kerana apabila masuk Maghrib nanti dah jadi hari Sabtu menurut kiraan Islam.


Merujuk kepada buku ke-13 saya, "KENANGAN KEMBARA HITCHHIKE SOLO EROPAH TAHUN 1995" yang kini dalam proses percetakan. Kali terakhir saya ada menyebut tentangnya di blogspot ini adalah dalam artikel Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC yang dipersembahkan  Jumaat 24 Mei. Disebut bahawa buku telah dihantar ke kilang cetak pada petang hari Rabu 22 Mei yang bersamaan 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Quran. Pada Jumaat sebelumnya iaitu tarikh 17 Mei pula dikumpulkan perkembangan tentang buku daripada mula tercetus ilham untuk menulis hingga perkembangan terbaru waktu itu lalu dipersembahkan dalam artikel bertajuk Menelusuri perkembangan penulisan buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995".

Kebetulan artikel pertama tentang buku iaitu untuk mengisytiharkan usaha memulakan penulisan dibuat pada hari Jumaat juga iaitu pada 27 Julai 2018. Ini boleh dirujuk dengan melihat artikel Bila kenangan hitchiking solo pusing Eropah musim panas tahun 1995 menyapa...



Jumaat 31 Mei iaitu tepat 3 minggu lalu pula timbul gerak untuk membuat status update berikut di Facebook diiringi gambar yang kelihatan...

  
5 JUMAAT DI EROPAH

Salam Jumaat. Sempena hari ini 31 Mei 2019 bersamaan 26 Ramadhan 1440 Hijriah adalah hari Jumaat terakhir bagi bulan puasa ini timbul rasa hendak berkongsi sedikit tentang hari-hari Jumaat saya semasa melakukan kembara solo hitchhike pusing Eropah penghujung musim panas tahun 1995. Apabila disemak kembali segala yang berlaku dalam tempoh keseluruhan pengembaraan yang memakan masa 33 hari itu didapati ia meliputi 5 kali Jumaat. Ini boleh disenaraikan dan diringkaskan seperti berikut :-

1. Jumaat pertama 18 Ogos di Amsterdam, Belanda selepas bertolak dengan bas dari London pada malam Jumaat (bermalam dalam bas)

2. Jumaat kedua 25 Ogos di Frankfurt, Jerman selepas bermalam bawah jambatan di tepian Sungai Main

3. Jumaat ke-3 pada 1 Sept di Vienna, Austria selepas bermalam dalam kolong di tepi Sungai Little Donau (Danube)

4. Jumaat ke-4 pada 8 Sept di Zurich, Switzerland selepas bermalam bawah jejantas tempat letak kereta

5. Jumaat ke-5 pada 15 Sept sampai ke Paris selepas bermalam di tempat rehat lebuh raya luar kota Lyon 448 km ke selatan

Butiran dan banyak lagi perkara mengujakan ada dikongsikan dalam buku ke-13 saya, "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995". Ia dijangka akan siap dicetak 3 minggu lagi. Mereka yang menempah lalu membuat bayaran sebelum buku keluar akan diabadikan nama dalam senarai penyumbang kos percetakan. Sila pilih salah satu harga berikut.

1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh berjumpa di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya saya berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)

2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

MAYBANK - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju



Petang Rabu 12 Jun iaitu 2 hari lepas saya ada menelefon pihak pencetak untuk mendapatkan  berita perkembangan. Mereka baru sahaja kembali beroperasi Isnin 10 Jun iaitu selepas bercuti seminggu untuk hari raya. Dimaklumkan bahawa kulit buku sudah siap dicetak, begitu juga teks keseluruhan buku.  Namun masih perlu melalui proses folding atau lipat kertas yang mana 7 set kertas besar akan dilipat membentuk 32 muka surat buku setiap satu set (7 x 32 = 224 muka surat berwarna_. Selesai itu baru boleh dijilid menjadi buku yang siap untuk dibaca.

Dijangka ini akan siap minggu hadapan lalu saya boleh mengambil buku. Tetapi pegawai yang berurusan dengan saya tidak berani menyatakan pada hari bila. Apapun saya harus bersedia untuk menyambutnya termasuk menyediakan wang yang cukup untuk membayar baki kos percetakan. Dengan itu biar dikumpulkan artikel-artikel yang telah ditulis tentang buku setakat ini :-


1. Bila kenangan hitchiking solo pusing Eropah musim panas tahun 1995 menyapa

2. Ringkasan perjalanan solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995

3. Menelusuri perkembangan penulisan buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995"



Artikel Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC yang dipersembahkan  tepat 3 minggu lalu pula sekadar menyebut tentang buku masuk kilang cetak Jumaat 24 Mei. Petang Jumaat seminggu selepas itu saya menerima tempahan berbayar yang ke-44 untuk buku. Tetapi ia dinyatakan di FB pada waktu malam yang menurut kalendar Islam sudah masuk hari Sabtu 4 Syawal. Rujuk artikel Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu yang dipersembahkan sebelum solat Jumaat tadi. 

Selepas mendapat berita terbaru tentang perkembangan percetakan buku petang Rabu 12 Jun saya ada membuat membuat status update menyebut tentang buku tetapi dalam konteks sejarah kejatuhan Kekhalifan Turki Uthmaniyah yang dipercayai ada kena mengena dengan nasib seorang moyang saya. Lihat artikel Satu gerak berkenaan keberadaan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Arshad yang dipersembahkan jam 6.15 petang tadi. Cukuplah perkongsian tentang buku. Untuk makluman ini adalah artikel ke-1800 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan