Khamis, Januari 19, 2017

Misi jejak Aceh-Langkasuka : Air terjun Gunung Stong dan faktor 313 sebelum masuk ke selatan Thailand

Sementara ada ruang untuk menggunakan Wifi, sebelum bertolak ke destinasi seterusnya dalam pengembaraan terbaru ini biarlah diceritakan hari kedua perjalanan. Bersambung kita daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Pembukaan malam Jumaat.



Pada penghujung artikel sebelum ini ada disebut tentang 'perkara menarik' yang terdapat di destinasi persinggahan hari itu. Pagi Jumaat 13 Januari 2017 selepas Subuh, apabila hari sudah sedikit terang baru dapat dilihat 'perkara' tersebut. Nampak tak dalam gambar atas?



Zoom in. Nampak jelas bukan apa 'perkara'nya...




Adapun tempat kami melihat 'perkara menarik' itu adalah sebuah masjid kampung di Kelantan. Lihat artikel Rupa baru masjid Jelawang (New look of the mosque of Jelawang) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lokasi tepat adalah di Jelawang, Dabong. Di masjid inilah saya dan dua orang kawan perempuan yang mengembara sama bermalam.



Bergambar lagi sebelum meninggalkan masjid. Di belakang adalah Gunung Stong di mana kelihatan 'perkara menarik' yang merupakan sebuah air terjun gergasi. Tetapi ketika ini ia sudah diliputi awan dan kabus tebal.



Bersarapan di gerai berdekatan/ Sudah disebut dalam artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Pembukaan malam Jumaat bahawa seorang rakan perempuan saya panggil sebagai Kak Nora. Itu yang di kiri gambar ini Sekarang biar diperkenalkan yang di kanan. Kami panggil dia Sally.




Melihat gunung dari warung makan. Awan dan kabus dah terlerai. Air terjun gergasi seperti memanggil-manggil kami datang.



Pada artikel pertama di blogspot ini untuk tahun 2017 iaitu Rancangan tahun 2017 dan HIKMAH 313 yang ditulis 12 hari lalu ada diterangkan bagaimana telah muncul satu macam petunjuk agar saya singgah ke tempat ini. Baca betul-betul penerangan yang diberikan dalam artikel. Maka nampaklah apakah faktor 313 yang disebut-sebut di sini.


Selesai sarapan kami pun menuju ke arah air terjun. 


Sampai di bahagian kaki gunung menuju ke air terjun faktor 313 muncul dalam bentuk akta perhutanan yang berkenaan...


Kalau ikutkan mahu sahaja saya naik mendaki sampai ke gigi atas air terjun gergasi yang terletak pada ketinggian 1,600 kaki dari paras laut. Namun memikirkan faktor masa juga tenaga dengan dua orang rakan perempuan perlu diperhatikan selain selepas itu perlu berjalan jauh lagi untuk pergi ke Patani cukuplah kami sampai ke air terjun lebih kecil di bahagian atas pusat peranginan di kaki gunung. Lihat artikel Visiting Gunung Stong waterfalls after more than 6 years di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Memang ada sesuatu yang hebat dan terasa sakti tentang kawasan ini yang memberikan 'faktor 313' buat saya, faktor yang terkait dengan perjuangan demi meninggi syiar Islam. Keistimewaan tempat ini termasuk kaitan dengan watak legenda raja perempuan Kelantan yang dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang. Tak perlu dipanjangkan ceritanya di sini. Sudah saya kongsikan panjang lebar dalam artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Deja vu Gunung Stong dan misteri 313...  yang ditulis lebih 7 tahun lalu.



Hampir-hampir kami terleka menikmati keindahan kawasan kalau tidak kerana mengingatkan harus berada di Kota Bahru paling lewat selepas orang selesai bersolat Jumaat. Sekitar jam 10.25 kami pun meninggalkan kawasan menuju ke arah Jeli...




Kak Nora memandu kereta milik beliau sambil saya mengambil gambar pemandangan-pemandangan menarik sepanjang perjalanan.










Malam sebelumnya beliau telah memandu dari Kuala Lumpur ke Gua Musang. Selepas itu saya memandu sampai ke Dabong dan air terjun.



Beberapa kilometer selepas Jeli kami mengambil jalan menuju ke Rantau Panjang. Terserempak pula kereta dengan nombor 313...



Kami lalu sahaja di bandar Rantau Panjang.



Dah keluar sedikit ke arah Kota Bahru baru berhenti untuk singgah di masjid dengan reka bentuk Cina yang dikenali sebagai Masjid Beijing...







Perjalanan diteruskan ke Kota Bahru lalu masuk ke Kubang Kerian.



Makan di warung berdekatan masjid besar sana di mana saya sempat menunaikan solat Jumaat.



Selepas solat kami berziarah ke makam wali Allah terkenal Tok Kenali kemudian ke masjid dalam kawasan sekolah pondok yang didirikan beliau.


Di masjid ini kami menunggu orang untuk mengambil kami bertemu sejumlah lagi rakan yang akan masuk sama ke Patani dengan menaiki van. Kereta Kak Nora ditumpangkan di rumah seorang cucu Tok Kenali yang dikenali sebagai Ayah Man, ayahanda kepada pelakon dan pelawak Bob Lokman. Lihat artikel The colours at Tok Kenali mosque.




Sekitar jam 4 kami dibawa ke lapangan terbang di Pengkalan Chepa.



Setelah menunggu beberapa lama muncullah kawan-kawan lain yang datang menaiki pesawat dari lapangan terbang Subang di Kuala Lumpur.



Kami pun menaiki van yang disewa dari selatan Thailand.







Sekitar jam 6.30 petang baru sampai (sekali lagi bagi saya, Kak Nora dan Sally) ke Rantau Panjang. Barulah menyeberang sempadan masuk ke Thailand. Demi memudahkan urusan antara sempadan kami diminta berjalan kaki dari pusat imigresyen dan kastam Malaysia hingga ke pusat belah sana di Golok. Kami perlu menyeberang Sungai Golok yang membentuk sempadan semulajadi antara negara. Lihat Crossing Golok river at Rantau Panjang by foot.




Dari Golok perlu memandu 160 km untuk sampai ke Patani. Disebabkan urusan di sempadan hampir Maghrib baru kami bergerak. Perjalanan selepas itu berlaku rata-rata dalam kegelapan malam. Sampai di satu tempat kami diajak turun untuk menikmati juadah makan malam.



Tempat persinggahan ini katanya terletak di tengah perjalanan antara Golok dengan Patani. Menariknya ia adalah satu muzium persendirian yang mempamerkan banyak barangan lama orang Melayu. Lihat Muzium tempatan di (Local museum at) Khun Laharn.


Jam 9.40 waktu tempatan bersamaan 10.40 malam waktu Malaysia baru sampai ke hotel tempat kami menginap di bandar Patani.


Difahamkan ia adalah hotel terbaik di wilayah ini. Kemudahan yang ada pada saya bersamaan apa yang terdapat di hotel-hotel 4-5 bintang di Malaysia. Tetapi kadar sewa bilik seperti hotel 3 bintang ke bawah. Alhamdulillah...



2 ulasan:

  1. Assalammualaikum saudara merah silu...sudikah kiranya saudara memberi tunjuk ajar pd sy tntg sesuatu yg dh lama ingin sy ketahui..cumanya terkadang ikutkan nafsu diri smpaikn merana rohani jasmani ku ini

    BalasPadam