Salam. Kita bercerita lebih santai.
Pagi Sabtu lalu kami anak-beranak bertolak ke Muar lalu sampai tengah hari.
Kami dapati bendera Johor sedang berkibar di merata bandar.
Nampaknya ia tinggalan daripada sambutan hari keputeraan Sultan Johor kurang sebulan lalu.
Di sesetengah tempat bendera NEGERI Muar (yang ada warna kuning tu), bendera sebelum Muar diserapkan ke dalam negeri Johor bermula penghujung abad ke-19 turut berkibar.
Kami singgah di sebuah warung di stesyen bas lama untuk menikmati hidangan kegemaran saya, nasi beringin. Rasanya sudah begitu lama kami tidak menikmatinya. Ketika kembali ke Muar untuk Hari Raya Aidilfitri lalu warung ditutup. Selepas itu ada kembali lalu ke warung tapi nasi dah habis.
Semasa cuti Aidil Adha iaitu kali terakhir kembali sebelum ini pula kami disibukkan dengan beberapa hal lalu tidak tergerak untuk mencari. Mungkin dah 8 bulan dah tak merasa. Alhamdulillah, walaupun kali ini sampai ke warung jam 12 dapat juga menikmatinya. Walhal ada masanya sampai jam 10 pun ia sudah habis...
Dari warung boleh dilihat pemandangan cantik ke arah kuala Sungai Muar. Kelihatan Masjid Kedua Muar di sebelah kanan, masjid yang dibina 10 tahun lalu untuk menyerupai Masjid Jamek Muar di seberang sungai kiri (tak kelihatan dalam gambar).
OK. Perjalanan kami ke Muar kali ini tercetus kerana beberapa faktor. Selain sudah lama tidak melawat ibu bapa juga makan nasi beringin keinginan menjadi kuat apabila bertemu kembali kawan-kawan lama dari sana. Sembilan hari lalu saya ada membuat artikel bertajuk Layan festival gambus. Ada disebut pengarah projek festival adalah kawan lama. Tidak disebut beliau kawan dari Muar yang pernah sama-sama seronok bermain gitar lead. Empat hari selepas itu saya ada membuat status update di Facebook menyatakan buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2006 kini tinggal 7 sahaja naskah yang boleh dibeli. Biar dicopy and paste update itu...
7 NASKAH TERAKHIR BKA I
Salam. Saya tak pasti nak sebut ini sebagai sukacita ke dukacita. Cuma terasa harus dimaklumkan tinggal 7 sahaja naskah buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006) atau BKA I yang boleh dibeli. Tak tahulah jika masih ada lagi terselit di mana2 kedai. Yang pasti sejak 2-3 tahun ini, untuk siri novel BKA saya tidak lagi berurusan dengan mana2 kedai buku mahupun pengedar kecuali seorang kawan. Itupun stok yang diberikan kepadanya sudah habis semuanya pada Ekspo Buku 1 Malaysia di PWTC yang tamat Ahad lalu.
Sekadar untuk memberikan perspektif, buku itu dicetak 3,000 naskah tetapi diterima 3,048 kesemuanya untuk menghabiskan gulungan kertas, satu perkara biasa dalam industri percetakan. Ia tidaklah sebanyak buku2 panas seperti novel cinta bersandarkan populariti artis yang kadangkala dicetak 10,000 sekali pergi namun tetap satu pencapaian yang tinggi kerana merupakan genre travelog sejarah yang ada cerita kesufian yang bukanlah kegemaran masyarakat umum terutama di Malaysia. Apabila kawan tadi diberitahu tinggal 8 naskah sahaja (1 saya simpan untuk diri sendiri, itupun tak ingat letak kat mana. Yang pasti bila disemak memang tinggal 7 dan itulah yang tinggal boleh dibeli) dia menyangkakan itu adalah baki dari 1,000 naskah dicetak. Agak terperanjat dia apabila disebut saya sebenarnya mencetak 3,000. Ini kerana sebagai penjual buku2 berbentuk akademik yang rata2 susah ditemui di kedai2 biasa dia tahu bukanlah senang menjual buku seperti BKA kerana memiliki khalayak yang terhad.
Semasa BKA dicadangkan mahu diterbitkan satu syarikat besar 8 tahun lalu (sebelum saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya sendiri) mereka setakat berani mencetak 500 naskah dahulu. Itupun sebahagian isi mahu diubah agar lebih komersial sedangkan ini melanggar prinsip jujur perkongsian dan luahan ilmu saya. Hakikatnya di luar sana banyak buku yang tidak mengikut trend kegemaran pasaran cuma dicetak sedikit sahaja. 500 naskah itu perkara biasa, kalau ada permintaan selepas itu barulah dicetak 1,000 untuk cetakan kedua, itupun selalu 500 lagi sahaja. Maka itu jika sesuatu buku bukan mengikut trend dicetak berulang kali ia sudah dikira popular. Namun ini tidak menghairankan pada mereka yang sudah faham industri. 6 kali cetak yang mungkin disebut sebagai bukti ia laris itu mungkin cuma bermakna 3,000 sahaja dibuat (6 x 500). Atau paling banyak 6,000 iaitu 6 x 1,000.
Tinggalnya 7 sahaja naskah dari 3,048 buku BKA I yang dicetak 7 tahun lalu sebenarnya adalah satu pencapaian yang tinggi untuk buku jenis ini. Dengan itu biar dimaklumkan saya tidak bercadang untuk membuat ulang cetak kerana terasa tak mampu lagi menanggung kos keseluruhan penerbitan yang termasuk penyimpanan sementara menunggu stok habis. Realiti dunia penerbitan, sebenarnya banyak buku harus disimpan lama kerana tidak begitu laris atau lambat dibeli. Tanya sahaja orang di DBP misalnya. Kita dengar nama2 hebat seperti A. Samad Said (maaf Pak Samad, saya cuma memberi contoh) dengan buku2 sajaknya. Tapi tahukah anda buku2 begitu, apatah lagi tulisan ahli akademik yang tidak memilik nama cukup gah berlonggok tersimpan di stor syarikat kerana masyarakat awam tidak mahu membelinya?Kalau dapat dijadikan pembacaan atau teks wajib di sekolah barulah ia bergerak...
Sebab itu juga jualan Big Bad Wolf di The Mines baru ini boleh menjual buku pada 10% harga pasaran atau lebih murah. Ia sebenarnya longgokan buku dalam simpanan dan mahu clear stock dari luar negara. Maka secara efektifnya 7 naskah terakhir BKA yang ada untuk dibeli sudah jadi rare item. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya, seelok2nya satu set dengan BKA II dan BKAII. Lihat panduan di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html

Beberapa jam selepas itu seorang lagi kawan dari Muar yang sudah lama tidak ditemui, kawan sama sekolah tadika dan sekolah rendah kemudian ada bertemu kembali semasa di kolej dan UK memberi komen mahu mendapatkan satu set buku. Kami bertemu di KLCC sebelum solat Jumaat kemudian balas membalas komen lagi FB lalu disampuk kawan yang menjadi pengarah projek festival gambus. Kawan gambus itu kemudian bertanya benarkah cerita yang didengarinya bahawa saya pernah memanjat ke atas bahagian tertinggi komplek membeli belah Lot 10 di Bukit Bintang lalu berjalan di atas temboknya, yang mana kalau jatuh tentu boleh mati kerana tinggi lebih kurang 10 tingkat daripada paras jalan? Atau ia sekadar myth, cerita dongeng dari mulut ke mulut? Jawab saya, tidaklah saya memanjat ke atas, sekadar naik lif dan tangga. Tapi ya saya ada berjalan-jalan atas tembok itu bukan sekali malah beberapa kali.
Ia membawa kenangan bagaimana saya sering memanjat tiang di Masjid Jamek Muar juga berlari-lari di atas tembok tinggi. Selesai makan nasi beringin saya pun membawa keluarga ke sana.
Saya pernah memanjat naik ke menara masjid.
Melihat batu seperti batu tanda di bawah teringat bagaimana ketika berumur sekitar 10 tahun lagi saya suka berdiri di atasnya kemudian cuba mencapai bahagian atas. Kalau perlu melompat saya akan melompat. Asal hujung jari dapat sangkut kat tepian atas tu, dapatlah saya mengangkat badan ke atas.
Tapi yang tak dapat dibayangkan lagi adalah bagaimana saya mampu turun naik tiang-tiang masjid bahagian ini, tiang antara kolam di bawah dan paras atas. Tiang tu boleh dibayangkan panjat tapi bila dah sampai atas tiang, bagaimana dapat melepasi sudut yang sukar untuk terus naik? Masyaallah! Bila dilihat kembali memang nampak macam mustahil. Tapi itulah yang biasa saya buat daripada umur 10 tahun sampai ke awal 30an. Sekarang ni dah 43 dan pernah patah kaki sekali, dah tak larat nak buat.
Esok petang Ahad, selepas puas bermalam di rumah ibu bapa kami pun mengorak langkah untuk kembali ke Rawang. Tergerak untuk singgah ke Masjid Kedua Muar lalu ternampak pemandangan cantik tepian Sungai Muar. Lihat artikel Muar and its river from nearby the Second Mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kemudian baru masuk ke masjid yang rupanya hampir serupa masjid jamek tempat saya biasa panjat zaman budak-budak. Lihat artikel Masjid Kedua (Second Mosque of) Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Oh. Berbalik pada hal kawan lama, kawan yang membeli satu set buku. Adapun namanya ada disebut dalam satu perenggan buku. Biar disertakan links cerita berkaitan...
MSD (Military, Spy, Detective)... Akhirnya jadi kongsi gelap pula?
Beberapa lagi cerita kenangan Muar boleh dilihat di sini...
Cerita-cerita Muar dalam "Berpetualang ke Aceh"...
Tempat jatuh lagi dikenang...
Views from on top of Muar town...
Muar river cruise part I...
Muar river cruise part II...
Muar river cruise part III
Climbing Bukit Treh with the wife and baby