Allah! Tadi saya menyemak fail-fail gambar untuk memilih sejumlah gambar yang sesuai agar dapat ditonjolkan dalam satu ceramah yang akan diberikan kepada satu jabatan kerajaan dalam masa terdekat. Dalam pada itu baru saya tersedar ada sekumpulan gambar dari satu perjalanan yang saya mahu dikongsikan di blogspot ini lebih 2 bulan lalu tetapi terlupa lantaran terlalu banyak yang berlaku ketika itu. Adapun perjalanan yang hendak diceritakan ini bermula 21 April. Kiranya ia bersambung cerita daripada artikel Bengkel
penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan yang dibuat 28 April, 3 hari sebelum perjalan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei bermula.
Cerita Bengkel
penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan meliputi kisah ketika bengkel tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka itu berlangsung Rabu hingga Jumaat, 18-20 April 2012. Sebaik sahaja kursus tamat tengah hari saya pun berkejar untuk kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Selepas tengah malam pula memandu kereta membawa anak-anak dan isteri ke Jelai, Negeri Sembilan untuk satu majlis di rumah kakak ipar.
Majlis itu adalah qeqah untuk anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan yang ketika itu baru melepasi umur 2 bulan.
Ia dibuat seiring kenduri syukur abang ipar yang baru selesai menjalani satu pembedahan. Lihat artikel Johan's
qeqah ceremony di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Esok sebelum tengah hari kami meninggalkan Jelai lalu ke Bahau.
Bahau adalah antara bandar yang biasa dilalui untuk kembali menghala ke Lembah Klang. Biasanya dari sini kami akan ke Kuala Pilah lalu ke Seremban. Kali ini saya memilih untuk mengambil laluan ke Kuala Klawang.
Ia adalah satu jalan yang belum pernah dijejaki isteri. Sejurus sebelum sampai ke Kuala Klawang, ada dua tempat bersejarah di tepi jalan. Lihat artikel Family
visit to the tomb of Moyang Salleh dan Canon
of Dato' Undang Abdullah.
Lebih dekat ke Kuala Klawang ada simpang untuk masuk ke satu lagi tempat bersejarah.
Ia adalah masjid terawal di daerah Jelebu. Lihat Mosque
of Kuala Dulang, Jelebu. Di sebelahnya ada sejumlah makam lama dengan batu hidup. Lihat artikel Makam
(Tombs of) Bilal & Pawang (of) Jelebu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kemudian baru kami ke bandar Kuala Klawang.
Selepas makan kami memilih untuk menghala ke Lenggeng.
Terlihat masjid ini dalam perjalanan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Mendum, Lenggeng.
Laluan membawa ke satu simpang. Kami menyambung dengan menghala ke Broga...
Saya tak ingat pekan apakah ini. Rasanya Ulu Beranang. Yang pasti tidak jauh dari sini ada masjid dengan nama tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Ulu Beranang, Lenggeng.
Bermula dari pekan itu kami dapat melihat sebuah gunung yang bernama Gunung Tok Wan kalau tak salah. Di lereng gunung ada bukit dipanggil Bukit Broga.
Zoom in camera. Teringat kami anak beranak memanjat hingga ke puncak bukit tanpa dirancang, saya memakai kasut yang sudah haus teruk, isteri yang sedang mengandungkan Johan dekat 2 bulan memakai kasut pejabat diikuti seorang lagi anak kami, Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ketika itu baru berumur 1 tahun 9 bulan gitu. Lihat artikel lama Dari Central Market ke Bukit Broga.
Tidak lama kemudian kami pun meninggalkan Negeri Sembilan lalu masuk ke Selangor. Cukuplah cerita ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1010 di blogspot ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan