Assalamualaikum. Lebih 3 bulan lalu saya telah membuat satu artikel bertajuk Sneak peek pengembaraan
sedang berlangsung melibatkan Johan. Artikel itu dibuat ketika perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012 (rujuk Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...) baru sahaja melepasi hari ke 5. Kembali ke rumah iaitu 5 hari selepas itu saya pun menambah gambaran cerita dengan artikel Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - si cilik membuka langkahnya....
Namun penceritaan sebenar pengembaraan cuma dimulakan hampir 3 minggu kemudian dengan artikel Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - dari Janda Baik ke Raub, Kuala Lipis dan Gunung
Senyum. Ini diikuti artikel Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Penat lelah pusing Dungun sebelum berkejar ke
Kuala Terengganu dan Jerteh (dibuat 25 April) dan Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang
Ngah (27 April). Selepas itu saya ada membuat dua artikel berkenaan hal lain kemudian ke luar negara bersama keluarga untuk perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei.
Pada 6 Mei iaitu hari ke 6 perjalanan di Jawa itu pula saya membuat artikel bertajuk Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Sneak preview. Dua hari setelah kembali ke tanah air saya membuat artikel Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Sedikit gambaran penceritaan setelah 14 hari
berjalan... diikuti Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Dari perjalanan ke Surabaya sahaja bertukar menjadi
perjalanan lebih 2,000 km pusing pulau 5 hari kemudian . Setelah itu baru saya menyambung kembali siri "Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung". Saya juga membuat keputusan untuk menggilirkannya dengan siri "Pusing Pulau Jawa" lalu bermulalah penceritaan sebenar pengembaraan Pulau Jawa itu... artikel-artikel sebelum itu lebih pada pembayang dan latar belakang.
Maka jadilah aturan siri yang digilirkan itu begini...
1. Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Danau Tok
Uban diikuti Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Membuka 'pencak' di makam Sunan Bungkul dan Ampel.
2. Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Sungai Pengkalan Datu, makam Tok Panjang dan
faktor 313 diikuti Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Ampel, Sunan Gresik dan Sunan Giri serta
makam-makam di Pulau Madura.
3. Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja
Ashman diikuti Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Dari Giri ke makam Sunan Drajat dan Sunan Bonang.
4. Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Ipoh, Papan dan legasi orang
Mandailing diikuti Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Sunan Muria, Sunan Kudus, Sunan Kalijaga dan Demak.
Fasa perjalanan lasak pun bermula...
5. Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Lumut, Teluk Intan, Kuala Kubu. Cukuplah
perjalanan 2,374.9 km diikuti Pusing
Pulau Jawa anak-beranak : Batik Pekalongan dan makam Sunan Gunung Jati.
Menariknya sebaik sahaja siri "Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung" tamat, cerita seterusnya siri "Pusing Pulau Jawa anak-beranak" juga tamat tetapi untuk fasa ziarah makam para Wali Songo.
Adapun tujuan utama kami ke Pulau Jawa adalah untuk menziarahi makam setiap 9 orang Wali Songo, perjalanan selepas itu dikira bonus kerana itulah kali pertama kami ke Pulau Jawa. Aturan yang tidak dirancang ini seperti mengisyaratkan sesuatu. Kalau nak kata kaitan itu adalah antara Pantai Timur dengan Pulau Jawa sahaja nampaknya ini tidak tepat kerana masuk bahagian ke-3 seperti disenaraikan di atas, perjalanan kembali dari Pantai Timur sudah masuk ke Perak. Mungkin kaitan itu lebih merujuk pada kerajaan lama Langkasuka yang pernah mengandungi separuh Semenanjung Malaysia termasuk Perak dan negeri-negeri Pantai Timur?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan