Alhamdulillah. Hari ini Jumaat 13 Julai, Friday the 13th saya mahu berkongsi satu cerita.
Sebulan lalu saya telah dihubungi Jabatan Muzium Negara yang meminta agar saya mengadakan satu ceramah untuk kakitangannya di Kuala Lumpur. Saya boleh mencadangkan tajuk yang dirasakan sesuai lalu mula bertukar-tukar fikiran dengan mereka. Setelah memikirkannya sehari dua saya mencadangkan tajuk "Muzium sebagai wadah perjuangan akhir zaman". Cadangnya saya boleh mengemukakan hal-hal berkaitan perkembangan akhir zaman melalui pandangan dari pelbagai sudut termasuk hadis-hadis Nabi lalu mengemukakan buah fikiran bagaimana muzium boleh dijadikan alat untuk menjana kesedaran masyarakat untuk bersedia.
Satu perbincangan pun diadakan di pejabat mereka. Ternyata tajuk awal saya itu terlalu berat lalu saya diminta memikirkan tajuk lain lalu mencadangkan "Berpetualang ke Aceh : Satu pengalaman mencari diri dan erti". Fikir saya, dengan ini bolehlah dikongsikan pelbagai pengalaman mencari jati diri yang membawa kepada pengenalan tentang beberapa perkara melibatkan tamadun hebat Melayu yang kebanyakannya telah digelapkan oleh penjajah. Tarikh untuk mengadakan ceramah pun dipersetujui. Tetapi beberapa waktu kemudian saya diminta agar menukar topik kepada sesuatu tentang batu nesan Aceh pula...
Saya tiada masalah tentang ini. Saya harus menurut apa yang difikirkan terbaik untuk dihidangkan kepada orang muzium. Lagipun keberadaan batu nesan Aceh memang satu topik yang turut saya kaji dalam pencarian erti dan diri yang melibatkan salasilah keluarga. Apabila diminta untuk memberikan tajuk yang lebih mantap dan terarah saya pun mencadangkan "Batu nesan Aceh : Bukti ketamadunan Melayu lama".
Fikirnya, saya boleh menggunakan topik batu nesan Aceh untuk memupuk satu kesedaran bagaimana kewujudan objek yang melambangkan status tinggi pemiliknya itu boleh dijadikan bukti bahawa di mana terdapat batu nesan Aceh di situ ada penempatan Melayu bertamadun tinggi. Ini berdasarkan fakta bahawa batu nesan Aceh cuma dipakai untuk menandakan makam-makam orang berstatus tinggi dalam masyarakat seperti raja-raja, ulamak bertaraf wali dan pemimpin perang tertinggi. Orang-orang sebegini harus memiliki pengikut setia yang ramai sehingga mereka sanggup ikut berkampung ke mana sahaja. Lagipun memang terbukti beberapa lokasi berbatu nesan Aceh asalnya adalah pusat-pusat kerajaan, misalnya sekitar makam Sultan Malikus Saleh (mangkat 1297 Masihi) di Aceh dan makam Sultan Muzaffar Shah I (mangkat 1179 Masihi) di Kedah.
Cuma zaman telah berubah sehingga tempat-tempat yang menjadi pusat kerajaan dahulukala tinggal jadi kawasan kampung dan pendalaman yang tertinggal daripada kemajuan masa kini. Saya mahu menggunakan logik pemikiran ini untuk turut menyatakan bahawa beberapa makam berbatu nesan Aceh yang pernah saya temui di Kuala Lumpur boleh dijadikan bukti kukuh wujudnya penempatan Melayu Islam yang berwibawa, bukan sekadar kampung kecil-kecilan di sekitar bandar raya... sebelum si ketua samseng berbangsa asing (Ah Seng?) seperti Yap Ah Loy muncul membentuk suasana hingga diwar-warkan sebagai pembuka utama Kuala Lumpur. Untuk ini saya telah memilih, memperbaiki dan mengatur hampir 1,200 gambar berkaitan dari koleksi sendiri yang diambil sejak penghujung tahun 2006. Saya juga telah menyediakan 19 slaid Power Point yang mengandungi 17 pecahan topik berserta satu muka tajuk bergambar dan kesimpulan. Ceramah dirancang mahu disokong dengan gambar-gambar satelit secara on-line menggunakan Google Earth.
Oh. Ceramah dibuat tadi pagi Jumaat. Tarikh hari ini 13 Julai mengingatkan pada kegilaan Barat di mana Jumaat 13 atau Friday the 13th ditakuti sebagai hari malang yang boleh membawa kecelakaan. Kebetulan berlaku masalah teknikal di mana komputer saya tidak dapat disambung dengan projektor milik Muzium Negara. Setelah dicuba beberapa kali tak berjaya juga, nak tak nak segala isi yang sudah disediakan, isi yang memakan ruang sekitar 7.65 Gigabyte harus dialihkan ke komputer milik muzium. Itupun proses mengalihkan memakan masa lebih 40 minit. Nak tak nak saya terpaksa memulakan ceramah tanpa slaid.
Apabila berjaya dialihkan pula saya terpaksa mengubah cara persembahan. Ini kerana 53 shortcut yang telah diatur dengan teliti tidak boleh lagi dipakai setelah pengalihan keluar daripada komputer saya. Shortcut yang menghubungkan fail-fail penting disediakan untuk melancarkan proses 'ulang-alik' persembahan daripada slaid Power Point ke koleksi gambar terpilih. Nasib baik saya tidak mati akal. Saya masih boleh mencari fail-fail gambar dengan cara mengingatkan mana gambar yang perlu dipakai pada ketika yang sesuai secara manual.
Disebabkan keadaan yang berubah saya juga tidak dapat menggunakan Google Earth dalam ceramah. Ternyata masa 2 jam yang diperuntukkan pula tidak cukup untuk menghuraikan 17 pecahan topik yang disediakan dan dirancang. Saya cuma dapat menyentuh semua secara ringkas. Apabila masuk fasa penelitian setiap pecahan topik yang disokong gambar-gambar saya cuma sempat sampai ke pecahan 6, "Nesan Aceh di Melaka sebelum Portugis", sebelum harus melangkah laju untuk mencapai kesimpulan.
Namun saya masih sempat mengingatkan tentang signifikan tarikh hari ini Friday the 13th sebenarnya adalah momokan untuk menakutkan orang ramai. Ia asalnya hari malang untuk para penyokong gerakan penaklukan dunia Yahudi Zionis kerana momokan itu bermula dengan peristiwa Jumaat 13 Oktober 1307 Masihi di mana King Philip dari Peranchis telah menangkap ahli kumpulan kesatria Knights Templar yang sebenarnya menyokong misi jahat Yahudi. Alhamdulillah, sepanjang ceramah Allah telah melancarkan lidah saya dan menajamkan akal walaupun saya sebenarnya cuma dapat tidur selepas jam 4 pagi sebelum bangun 5.30 untuk bersiap keluar ke Muzium Negara. Walaupun penat lelah menyediakan bahan-bahan last minute hingga pagi buta (disebabkan ilham tentang cara persembahan ceramah lambat tiba) digugat masalah teknikal yang mengubah cara, pengalaman luas yang disokong ilham-ilham yang timbul semasa persembahan memastikan ia bukanlah hari yang malang, sekurang-kurangnya buat saya.
Ceramah tetap mencapai sasaran untuk menyampaikan ilmu yang berguna pada pagi Jumaat yang mulia. Lihat video yang akan saya masukkan di sini nanti.
OK. Adapun video asal ini direkod dalam bentuk HD yang menelan ruang sekitar 8.3 Gigabyte. Untuk perkongsian di Internet saya dapati ia harus memakan masa hampir 6,000 minit (lebih 4 hari) untuk dimuatnaik ke Youtube. Saya pun mengecilkan sehingga menjadi 517 Megabyte. Ternyata gambar yang terhasil agak 'tumpul' lalu saya menjadikannya sekitar 880 Mb... pun masih begitu tumpul.
Saya terpaksa meningkatkan kembali ketajaman gambar untuk mencapai tahap yang cukup cantik dikongsi. Tetapi saiz video menjadi 2.83 Gb yang harus memakan masa lebih 1,800 minit atau 1 hari dan 6 jam untuk dimuatnaik. Subuh pagi Selasa 17 baru ia selesai masuk ke Youtube. Silalah tonton ya... :]
Tahniah dan Syabas....
BalasPadamTerima kasih! :]
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamTahniah MS...
Program sebegini perlu diteruskan oleh pihak Muzium untuk memartabatkan khazanah warisan di Alam Melayu. Adakah seminar ini hanya untuk kakitangan muzium atau terbuka kepada pengunjung luar? Berapa kerap ianya dianjurkan?
Terima kasih
Wassalam. Yang ni memang program in-house untuk kakitangan. Kiranya saya punya ni gantikan program ceramah agama pagi Jumaat yang sebelum ini biasa mereka dok buat. Tapi ada lagi program lain, antaranya Forum Kurator yang boleh dihadiri orang luar. Kena tanya pihak muzium camana jadualnya...
BalasPadamAlhamdulillah..
BalasPadamNgam dgn program agama tu tuan... ingat nesan.. ingat kubur.. ingat Allah... Aamin